Nama : Laili
Pekerjaan : Swasta – Asst Manager (Account/ HR)
Bilangan Anak : 2
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Sebelum di temukan dengan FormulaMasa, MasyaAllah…Saya boleh di katakan seorang cepat naik angin bila tengok rumah bersepah. Otak sentiasa rasa serabut bila di rumah.Rasa kerja sentiasa tak habis. Akhirnya suami dan anak2 jadi mangsa kemarahan. Suami ada hobi, tapi saya hanya dengan anak-anak di rumah pada hujung minggu. Tidak ajar anak walau ada beli macam-macam buku, -hanya biarkan anak-anak dengan tv dan tablet (Ya Allah, teruk sangat rasa). Hati rasa tak gembira sebab rasa tertekan dengan masalah kewangan. Dah pernah cuba niaga sikit-sikit tapi tak lama. Tiada masa nak berbisnes, di rumah sibuk dengan anak-anak sahaja dan urusan rumah.
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Tiada ungkapan boleh gambarkan perasaan gembira saya setelah saya dikemukan dengan FormulaMasa, Permulaan hanya email free yang diterima pada bulan 9, 2014. Saya baca setiap email dan banyak berfikir. Alangkah ruginya saya selama ini. Subhanallah, Allamdulillah, Allahuakbar… Permulaannya saya rasa tak nak membazirkan setiap saat saya. Pergi kerja dengan motor, sepanjang jalan saya berzikir. saya memang tak kira bilanganya tp tempoh 40 minit tu panjang sekali jika tidak dimanfaatkan. Kedua, setiap hari selepas solat magrib, saya ajar anak sulong saya (bermula 3 thn, skrg 4 Tahun) Iqa’ bermula bulan 10 (sekarang dah 6bulan, hampir habis Iqra 1), Anak sulong juga sudah hafal 4 surah, sudah hafal 70% ayat2 dalam solat. Masyallah, kerana itu saya teramat yakin, otak kanak2 amat mudah menerima ilmu kerana masih tidak dicemari perkara negatif. Ketiga, saya sudah boleh berhobi semula, Cita-cita saya beli mesin jahit sudah tercapai.Hobi saya menjahit.dan bila menjahit, rasa aura kegembiraan tu meresap masuk dalam jiwa. Dan bila menjadi apa saya jahit, rasa nak niaga pulak (Kihkihkih)..Alhamdulillah. Setelah terjadi 3 perkara di atas, barulah saya beli Pakej Kuali pengurusan masa, supaya lebih tahu apa rahsianya…dan memang banyak ilmu berguna. dan kekadang ilmu yang tak terlintas di fikiran, Terima Kasih Husna kerana menjadi Sumber Inspirasi saya dan ibu-ibu di luar,