Skip to main content

LEMAS DALAM LAUTAN KEHIDUPAN?

LEMAS DALAM LAUTAN KEHIDUPAN?

Berenang adalah sukan sunnah. Terfikir juga.. Rasulullah S.A.W berenang kat mana ya? Oasis? Sungai nil? Laut Merah? Tak perlu fikir segalanya. Apa significant nya swimming itu yg perlu di explore.. Itu adalah asas bila mahu memahami Alquran.
.
Dari dulu camping setiap 2 minggu menyebabkan kami selalu mandi laut, tasik dan sungai. Tak pandai berenang, tapi confident summersault terjun dari batu air terjun mengalahkan atlit sukan renang. Walaupun hanya pakai life jaket. Tanpa disedari, keselamatan itu telah didoakan oleh ma dan abah yg setia berdoa…
.
Bila sudah berkahwin, suami minta saya untuk belajar berenang. Dalam hati saya, “ok lah belajar.. Kalau aku tercampak kat laut dalam, aku boleh survive” maka, swimming dipelajari atas niat itu..
.
Sekiranya dikejar oleh ikan paus? Pasti jadi santapan lazat si ikan. Kalah nak berenang. 😂😂😂 8 tahun saya swimming, statusnya amatur..swimming level 1 sahaja.
.
2 tahun lepas, ketika teman anak swimming.. Allana terjatuh di kolam dalam. Ammar mahu selamatkan tapi tiada skill. Dalam keadaan yang sungguh struggle dan berpakaian skirt panjang, saya terjun selamatkan kedua dua anak. Of course saya pun tiada skill. Tapi naluri seorang ibu yg sayangkan anak menyebabkan skill itu TERada. Tak de fikir apa dah. Nak anak selamat je. love power knows what to do. Serah segalanya pada Allah.
.
Ketika itu syukur tahap tercabut jantung rasanya.. Fffuhhh..dalam masa yg sama, terfikir I MUST UPGRADE MY SWIMMING SPEED.. Free style swimming perlu lebih laju! Floating dgn tolakan kaki perlu upgrade.
.
Ternyata saya belum upgrade…
Dan bila dalam proses kuruskan badan, my personal trainer suggest utk go for swimming. I really love it. Sebab swimming adalah effortless sports and low impact exercise. Cuma, swimming pool jauh… Maka masih belum upgrade.
.
OhHo! Panjang cerita salasilah swimming ni apa hal?
.
Mesti lah ada kaitan dengan Alquran..
.
Sudah berapa lama kita baca AlQuran sekadar tahu baca AlQuran? Sekadar tahu tajwid. Sekadar tahu baca selepas solat maghrib. Umpama swimming level 1? Eh pandai juga! Boleh survive juga! Boleh dapat pahala juga!
.
Dalam masa yang sama, perhatikan kita diberikan pelbagai urgency desakan untuk di upgrade ilmu Alquran. Dalam konteks swimming, saya didesak oleh anak yg hampir lemas, badan yang sungguh comel. 😘.. Tak upgrade swimming? Yaa still boleh survive. Tapi struggle lah.
.
Sama.. Alquran perlukan kita upgrade. Upgrade kepada penggunaan Alquran. Amal apa yang dibaca. Audit kehidupan dengan ilmu Alquran. Ada problem? In shaa Allah tahu nak setelkan. Bukan sebab kita pandai. Kita serba jahil. Tapi kita tahu, Allah tolong sangat banyak melalui Alquran.
.
Masalah kewangan, masalah tak cukup masa, masalah anak tak dengar kata, masalah kasih sayang, masalah tiada orang tolong… Semuanya solusi ada dalam Alquran. Alquran itu adalah kata kata Allah yg berikan petunjuk, penawar, peringatan, rahmat seluruh alam…
.
Anda biasa dengar statement ni?
Bila mahu berbicara pada Allah, solat lah
Bila mahu Allah berbicara pada mu, bacalah Alquran.
.
Seluruh alam ini adalah reply dari Allah. Seluruh alam ini adalah kitab terbesar. Kuncinya ada pada Alquran..
.
Al-Isra’ 17:9
.
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
.
Jomlah kita upgrade ilmu Alquran..
Atau kita memilih untuk lemas di dalam lautan kehidupan. Dan usahlah kita menyesal seperti yg diceritakan di dalam surah al mursalat. Penyesalan yg tiada peluang kedua lagi. Membaca surah ini saya gerun. Saya memilih untuk amal Alquran dgn berguru. Pilihan di tangan masing masing. Mahu struggle berenang atau mahu effortlessly berenang..jomlah!
.
So nak upgrade? Jemputlah ke www.formulamasa.com/auditlife
.
Saya bukan berkongsi tentang cara baca AlQuran. Tiada langsung pasal tafsir. Yg saya kongsikan adalah skills Quranic Time Management khas untuk Supermommy yg sibuk bekerja, urus family, duit tak cukup, struggle nak solat dan baca AlQuran. Get your life balance with FormulaMasa.
.
Hapuskan alasan…jemputlah datang ya.. Kerana mati tak tunggu alasan. Mahu mati dalam keadaan anak dah kenal Allah? Atau bagaimana? Lihat comment pertama
.
1- like love
2- comment “saya mahu berubah demi cinta Allah”
3- share kan post ini.. ❤️❤️❤️❤️

HusnaHaron

Leave a Reply