Saintis belum ketemui kenapa pinnacle (puncak) ini keluar..
Pelbagai Theory dicadangkan. Melihat pinnacle ini, saya teringat kisah stokin Saya… Saya tahu saya sengaja dan malas pakai stokin. Saya tahu kaki adalah aurat yg perlu ditutup. Dan saya tahu, saya sengaja tak pakai stokin.
.
Pernah seorang teman bertanya.. “Husna.. Husna berkongsi dengan orang pasal alquran.. Husna amalkan banyak ayat alquran. Kenapa Husna tak pakai stokin?”
.
Dengan jujur dan keluar dari hati yg tulus saya menjawab “tak Mau lah pakai stokin.. Leceh.. Panas..&_+4:7))52)=+4/+1” dan 10 alasan lain kenapa tak nak pakai.. Malahan dgn bodoh dan buta saya siap jawab.. “selagi saya tak dapat ayat pasal tutup aurat…selagi tu saya tak nak pakai stokin…”
.
Teman yang baik ini membalas “…. Tapi, itu kan sudah 1400 tahun lepas diperintahkan..” dan saya hanya senyum dan Ignore.
.
Tidak tahu (ummiyyin, surah Al Baqarah ) tidak mengapa… Namun, bila peringatan datang.. Saya menolak dengan kekerasan malahan mempertikaikan dgn sesungguh hati…saya lah orang islam yang ingkar.. Sesungguhnya azab Allah teramat keras…
.
Setelah saya flashback, kehidupan saya setelah memberikan jawapan di atas…. Saya alami masalah fizikal yang saya sendiri tidak faham kenapa ia terjadi. Sebahagian yg saya hadapi adalah :-
– masalah angin di dalam badan yang melampau
– masalah perut yg tiba tiba membuncit macam mengandung 6 bulan, sedangkan sebelumnya saya selalu Exercise utk dapatkan 6pack abs
– masalah bersin yang melampau setiap pagi sehingga bertrompet. Malu pun ada
– Setiap kali berada di kawasan yang berdebu, saya akan bersin mungkin sampai 100kali, hingga muka gatal gatal
– tapak kaki yg merekah Ohh sungguh tidak cantik, yg sebabkan saya kerap ke spa utk lakukan pedicure.
– masalah bau badan… Terpaksa Detox dgn kerap, mandi kerap, pakai perfume dll
– dan 3 masalah lain yg agak Personal utk dikongsikan..
.
Saya tidak faham.. Apa yg terjadi pada diri saya.. Saya bertemu dgn 3 doktor yang berbeza utk dapatkan 2nd and 3rd opinion. Semua menyatakan saya sihat walafiat… Maka, apakah sebenar yg terjadi pada saya??? Alquran is always the best solution…alquran berikan jawapan..bahawa saya telah menzalimi diri sendiri (surah Ibrahim). Ayat Yang mendorong saya untuk mencuba memakai stokin.
.
Cubaan minggu pertama saya fail. Malahan saya masih merungut di dalam hati. Hinggakan saya berdoa…”ya Allah.. Mohon maaf, i Just can’t do this.. I can’t consistently wear the socks.. U know what’s inside my heart..u know how I feel.. U know exactly I am not ikhlas at all.. How could I proceed without your help ya Allah.. Pls teach me how, with all your love.. I am trying… I must admit. I can’t do this without your helps.. (surah al ikhlas) .. Show me the way ya Allah”..
.
Semudah pakai stokin saya lemah…ohhh Allahuakbar.
.
Sedikit demi sedikit Allah tunjukkan keyakinan kepada saya..saya masih ingat, saya mencari “The science of wearing socks and its health benefit”.. Saya ketemui jawapan yg menarik iaitu
.
” the heating system of a human body are located on their feet, hands and ears. The whole body will be Efficient when the heating system is functioning well.. ” jawapan ini saya ketemui dalam sports Website Saya tidak validate pun jawapan itu.. Namun, saya mencuba sahaja.. Sudah yakin dengan mata dan lisan.. Utk yakin dengan hati, saya perlukan Allah utk suntikan keyakinan itu… (surah al qasas)
.
Sekiranya anda Follow saya.. Ada 4 post yg saya ceritakan tentang stokin ini., pada tahun lepas…
.
Setelah mencuba selama 2 minggu..saya mula rasai pelbagai perubahan diri.. Ia menjawab kenapa “saya mempunyai store lemak yg banyak, namun saya selalu rasa sejuk..sehingga menjadi kebiasaan utk saya tidur tanpa kipas, aircond..”
..
Setelah 5 bulan berstokin tanpa fail, Kaki lebih lembut,tidak perlu lagi ke spa..tiada lagi masalah bau badan dan bau kaki.. Kawalan diri lebih mantap, Tiada lagi masalah angin! Tiada lagi masalah bersin melampau! Malahan perut secara semula jadi kempis.. Dari 6 bulan kepada 2 bulan.. OhHo! Saya mula in love utk berstokin… Allah tak hegeh pada kita utk jaga aurat.. Namun, bila kita buat… Kebaikannya kembali pada kita juga… MasyaAllah..
.
Scientists mungkin belum jumpa kenapa pinnacles di dalam gambar ini keluar. Namun, segala kejadian Allah bersebab dan tidak sia sia (surah Ali imran) .. Setiap suruhan Allah juga bersebab.. Syariat mempermudahkan kehidupan kita.. Bukan menyukarkan kita.. Bacalah alquran dan berfikir lah.. Bermohonlah sentiasa kepada Allah…
.
Sekiranya semudah stokin ini pun mengadu pada Allah.. Apatah lagi yang lebih sukar? Allah knows everything..(surah ar-rum). Segalanya.. Yang terang dan tersembunyi (surah al a’la)
.
Saya mohon maaf, sekiranya saya tidak nyatakan ayat mana utk setiap Reference surah itu. Saya belum jadi seperti Dr Zakir Naik yg pandai Quote ayat alquran. Maafkan saya. Saya masih belajar..
.
Dan kini… Saya sedang mencuba utk pakai sarung tangan pula… Sudah beli 6 pasang… In shaa Allah akan saya cuba..
.
Apakah anda dapat sesuatu dari perkongsian ini?