Skip to main content

KISAH HIDUP KITA ADA DALAM ALQURAN. PADA SETIAP MUKA SURAT.

KISAH HIDUP KITA ADA DALAM ALQURAN. PADA SETIAP MUKA SURAT.
.
Kerana apa yg kita perlukan ada dalam Alquran… inspirasi, solusi, parenting, science, financial planning, time planning, impian. Semua ada..
.
Dan boleh saya kongsikan 3 cara baca AlQuran? Kalau kita stick kepada 1 cara saja, boring and struggle nak faham. Struggle juga nak consistent. Ini isu standard yg saya dapati ramai orang alami.
.
Sebenarnya cara baca AlQuran ada banyak. Saya share 3 dulu boleh ya… 😊
1) ikut mukasurat (ni yg standard).
2) ikut apa yg kita perlukan. So kita zoom terus. Then tadabbur. Lalui proses berguru. Jemput cari guru anda ya.
3) baca ikut surah yg kita pilih dan tadabbur dgn guru
.
Most of time, saya gemar yg no 2.
.
Bagaimana nak faham pula? CUCI HATI TETAP WAJIB SETIAP KALI BACA. IA MEMPENGARUHI KEFAHAMAN YG ALLAH SALURKAN… Hingga ia buatkan kita nak khatam berkali kali
.
Contoh Cara Khatam alquran pula…
.
1- khatam dalam bahasa arab
2- khatam terjemahan + 1
3- khatam tadabbur + 2
4- khatam tafsir + 3
5- khatam amal + 4
6- khatam ingat + 5
7- khatam menyampaikan + 6
8- khatam hafaz = syahadah + 7
.
Tahukah anda? Bahawa ada 5 tanggungjawab wajib terhadap Alquran? Baca (1), faham (2,3,4), amal (5), ingat (6,8), sampaikan (7)
.
Apa yg buatkan kita nak buat all of the above? Sebab LEBIH KENAL DIRI MELALUI TAQDIR KEHIDUPAN KITA. LANTAS LEBIH KENAL ALLAH. Makin jatuh chenta berkali kali lagi pada Allah 💖💖💖💖. Wallahuaklam. Allah Maha lebih mengetahui
.
LAGI BANYAK SPEND MASA UTK ALLAH MELALUI ALQURAN… LEBIH BANYAK KEBERKATAN MASA. hingga jadi terlebih masa pula. So pls remove our mathematical logic when we are with Quran..kita sama sama cuba ya..
.
And u know what? Kisah hidup kita yang sebenarnya diceritakan dalam Alquran tu.. Bukan kisah para rasul je.. Tu yang akan buatkan kita ter explore cara berbeza tu.
.
Benar 1 huruf 10 pahala. Tu yg sebabkan ramai org focus baca bahasa arab je. Walaupun tak faham. Jgn risau.. Sebab Allah Maha Membalas semua kebaikan. Semua kebaikan kerana Allah, semua ada pahala. Termasuk lah aktiviti Alquran yg lain. Pahala adalah side effect. Yg utama mahukan Allah.
.
Jomkita! Redefine our goals. Hahaha jangan risau.. Saya pun super jauh lagi nak sampai khatam semua tu. Kita sama sama lah.
.
Yang lagi best….
Masa amal Alquran tu.. Akan ada “ohhhhh moment”
.
Masa sebar Alquran pula.. Akan ada “ahHa! Moment”
.
Masa baca pula.. Pasti ada moment “ohh jahat nya aku! Nasib baik belum mati. Ada peluang lagi nak berubah”. Bukan sebab kita baik sangat. Tapi tak cukup baik
.
Jomlah kita… Jomlah! Jomlah!
.
Astaghfirullahalazim..
Allahummasollialamuhammad
Allahuakbar yang semuanya hebat.
.
We are all nothing without Allah.
.
So anda nak upgrade ilmu Alquran yg bahagian mana lepas ni?
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
.
Ya diizinkan share.

HusnaHaron

Leave a Reply