Skip to main content

KEWANGAN : CARA AMAL ALQURAN

By October 23, 2018Blog, I - Ilmu

KEWANGAN : CARA AMAL ALQURAN
.
Apa pun jua kisah hidup kita.. Penting untuk kita faham bahawa Orientasi Alquran adalah pada TAUHID
.
Mengesakan Allah. In shaa Allah kita tak sekutu kan Allah dengan Tuhan Jesus, Tuhan Budhha atau Tuhan Hindu. Ini bagus! Diteruskan. Alhamdulillah.
.
Namun, secara halus.. Terlalu banyak Kebergantungan selain Allah yang kita perlu SETIAP MASA HAPUSKAN. menghapuskan berhala dalam diri.
.
Berhala ini secara halus muncul di dalam masalah kita, impian kita, apa yang kita fokuskan.
.
Bila ada masalah kewangan, anda crack kepala fikirkan jalan penyelesaian setiap masa. Fikirkan ini melebihi ingatan kita kepada Allah. Ya solat.. Itu bagus dan diteruskan. Yang saya sedang highlight adalah SEJAUH MANA INGATAN ITU DI CHANNEL KAN KEPADA INGAT ALLAH SETIAP MASA melalui isu kewangan itu. Kerana bila ingat Allah, hati pasti tenang.
.
Kalau tak tenang? Ada problem dengan cara kita ingati Allah. Problem apa? KEYAKINAN KEPADA ALLAH YANG TIDAK DI UPGRADE.
.
Bagaimana upgrade yakin?
1- upgrade quality solat.
2- Baca AlQuran DAN TERJEMAHAN.
3- tadabur faham Alquran utk diamalkan.
4- sedekah dan tolong orang lain.
5- Of course disertakan dgn usaha.
.
Apabila keyakinan tidak di Upgrade, ia menyebabkan hati kita risau dengan apa yang terjadi. Mula berfikir tentang pelbagai kemungkinan. Lantas, muncullah kebimbangan tentang pelbagai jenis kesusahan. Ya memang berusaha. Tapi usaha dgn bimbang. Menjemput pelbagai kebimbangan lagi.
.
Inilah sebahagian tauhid yang kita perlu jaga.
.
Lihatlah bagaimana steps di atas MENGAWAL KEADAAN HATI DAN TINDAKAN KITA. hingga hilang rasa kebimbangan dan kerisauan. Seperti surah Al-Jinn 72:13
.
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
.
Berdasarkan analisa personal coaching terhadap ratusan clients.. Saya mendapati ada 3 kategori utama cara tindakan itu.
.
A- TAK TAHU PASAL UPGRADE YAKIN
buat steps usaha. steps 1-4 di skip. Sebab tak tahu. Maka, usahanya amat melelahkan walaupun pelbagai. Amat jelas diterangkan golongan ini dalam surah al lail.
.
B- TAHU PASAL KEYAKINAN KEPADA ALLAH
Terus di fokuskan kepada steps 1-4 atau any of it. Memang tenang. Tapi umpama in denial state juga ada. Kerana usaha pula yang tidak di Upgrade.
.
C- MERUNGUT COMPLAIN
Yang difokuskan adalah menyalahkan orang lain. Kerajaan, pasangan, anak, masa, parents, keturunan, bos, kerjaya dll.
.
AWAS!
.
kita tidak boleh sewenang wenangnya melabel orang. Kerana semua orang Allah taqdirkan timeline life stories yang berbeza. Untuk setiap kategori itu tetap ada kelebihan lain yang Allah berikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
.
Dalam konteks persoanal coaching, TAUHID adalah perkara pertama yg saya audit. DENGAN KEIZINAN CLIENT. Kerana action plan akan di designkan dari situ..
.
With or without Alquran, finally akan kembali kepada Allah juga. Cuma, dengan cara yang susah payah, penuh kesakitan ATAU dengan cara yg penuh kasih sayang, dan kurang kesakitan
.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
.
MAHA Pemurah nya Allah adil kepada semua makhluk. Maha Penyayang nya Allah kepada orang yang benar benar percaya kepadaNya. Itulah asas Tauhid.
.
Tindakan kita menentukan hasil. Tetap taqdir itu ada bahagian kita sendiri yg perlu usahakan.
.
Dalam seminar auditlife, level 1 financial restructure namanya financial revamp. Saya kongsikan usaha yg bagaimana. Regardless kerjaya/business anda.
.
Ini Contoh bab kewangan. Bagaimana isu family? Isu kesihatan dll? Sama juga.
.
Sebab tu bila kita baca AlQuran, Allah pasti akan ingatkan kita untuk sembah Allah. Bukan selainNya.
.
Saya highlighy yg ni sebab ramai orang tak perasan yang ni. Sedangkan inilah isu utama paling besar. Subhanallah!
.
Jomkita Upgrade yakin… Kehidupan harian kita sudah beritahu kita apa khabar hubungan kita dengan Allah.
.
But no worries… Kita masih hidup. Masih ada masa dan ruang untuk kembali kepada Allah dan bertaubat…. Aaahhhh lega belum mati. Saya faham
Kerana Saya lalui nya juga. Sama saja kita ni.
.
Saya setelkan 3 masalah kewangan dgn formula quran ni. Termasuk utk dijemput haji. Usaha dalam masa 3 minggu. Allahuakbar. In shaa Allah kita sama sama usahakan untuk full financial freedom. Sebab nak fokus pada cinta Allah dgn tenang.
.
Tetap disyukuri pelbagai isu kewangan itu. Kerana melalui isu itulah kita lama bersujud!
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Allahummasollialamuhammad..
.
Nak share ke nak share? Ya diizinkan. Dan taglah teman anda yg mahukan financial freedom. Kita tolong ramai ramai ya
.
So anda dah dapat bagaimana nak bertindak? Yg mana perlu upgrade? Ce citer! No worries kita sama sama belajar. Saya pun!
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

HusnaHaron

Leave a Reply