Skip to main content

KENAPA PAGI NI RASA LAMAAAAA SANGAT?

By March 10, 2017Blog, Didik Anak, QURAN

Saya mahu menangis bila ammar tanyakan ini..
Saya silap bila berfikir “ammar kecil lagi untuk saya ajarkan formula masa”. Ternyata, Allah itu Maha Memberi kepada Siapa yang Dia kehendaki.
.
Ammar : mama, pelik lah.. Biasa hari cuti ammar rasa masa cepat. Nape pagi ni lamaaaa sangat? Baru pukul 8.30, Ammar dah baca Quran, dah kemas bilik, dah buat bla bla bla.. Nape masa mcm tak bergerak Mama?
.
Mama : Alhamdulillah… Akhirnya ammar faham sendiri kenapa Mama beria ria sangat nak ammar baca AlQuran..
.
Ammar : hahhh? Apa kaitan nya dengan baca AlQuran?
.
Mama : ingat tak.. Dulu, Mama selalu kata.. Lepas baca Quran boleh main.. Lepas achieve target quran, ammar dapat hadiah.. Jadi, SEBAB HADIAH ammar baca Quran.. Bukan kerana Allah. Namun, sepanjang proses tu… Walaupun sebab hadiah.. Ammar terus menerus Upgrade quran.. Dari kenal huruf.. Iqra 1, Iqra 5, baca Quran besar.. Hafal.. Walaupun sebab hadiah… Ada Progress..
.
Ammar : so apa kaitannya dengan pagi ni rasa panjang?
.
Mama : nanti dulu..Belum habis cerita. bila ammar kena denda tak boleh main game seminggu.. Ammar tak passionate baca Quran. Sebab tak de reward. Semalam kan Mama cerita… Kalau kita baca AlQuran sebab hadiah, sebab nak pahala semata, sebab nak syurga semata… BUKAN BACA QURAN SEBAB NAK ALLAH.. impak quran tu biasa2 aja. Ya in shaa Allah dapat pahala… Tapi Allah tu jauhhhhhhhh lebih “best” dari pahala dan hadiah…
.
Bila ammar Start TUKAR NIAT DAN FOKUS ammar utk baca Quran, solat, belajar, Kerana mahukan Allah… Mahukan cinta Allah… Supaya Allah balas cinta ammar.. Allah akan bagi jauhhhhhh lebih dari yang kita minta… Dan bila ammar amalkan formula quran Engagement mcm yg mama kongsikan dalam seminar mama.. Ammar akan dapat lebih lagi. In shaa Allah, tu kuasa Allah semua. Bukan Mama. Yg ni nanti Mama ajar lagi ya..
.
Masa ‘panjang’ tu sebab dapat keberkatan masa. Boleh buat macam2 Perkara dalam masa yang sedikit. Keberkatan ni superhebat…. Dan tu hanyalah SIDE EFFECTS sahaja….
.
Lepas ni, pastikan baca Quran sebab mahukan Allah.. Upgrade niat kita sentiasa… Dan In shaa Allah, pelbagai lagi keajaiban yang akan kita dapat. Kerana CONNECTED DENGAN ALLAH, akan menggunakan kapasiti yang tak terbatas.. Bukan kapasiti kita yang terbatas….
.
Dan mahukan Allah tu harus ada IKHLAS. Purely kerana Allah semata. Kita belum cukup ikhlas kalu kita kata “saya dah ikhlas”. Allah yg nilai ikhlas tu.. Tapi kita akan dapat tempias ikhlas…tempias doa2 makbul. Lihat priority difference.

16195761_10154993102594533_3630299864060080189_n

16105527_10154993102644533_3679383693232186683_n

16114157_10154993102729533_4994287917546673287_n

16179458_10154993124344533_2805438003475953027_o

HusnaHaron

Leave a Reply