KENAPA KENA FAHAM MAKSUD AYAT ALQURAN…
.
SITUASI : TERLANGGAR; LARI ATAU BERDEPAN..??
.
Alamak! Nak cepat punya pasal.. Saya terlanggar trooper orang. Saya terkejut…
.
KENA BERDEPAN ATAU LARI AJA NI?
.
astaghfirullahalazim.. The small little voice menyarankan utk lari aja. Bukan tuan nya tahu pun..
.
Tatkala itu juga lah…
– datang surah AsySyams ayat 8 : ilham ada dua.. Membawa kepada kebaikan atau bawa kepada kejahatan. Nak untung atau nak rugi?
– Surah al waqiah datang membantu.. Apakah saya mahu menjadi golongan kiri yg sungguh azab hidupnya?
– Datang pula surah al zalzalah memberitahu setiap zarah kejahatan pasti dibalas kejahatan…
.
TERBAYANG PULA..
– Beberapa ratus akan mengalir keluar.
– kena marah dengan owner trooper
– kena marah dengan suami saya
– lambat pula anak ke sekolah
– dan pelbagai persoalan bermain di fikiran
.
– Datang pula surah alsyarh “maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”.. OhHo!
– datang pula surah al lail the whole surah.(Sila rujuk pic 3) Saya nekad..
.
SALAH AKU. REDAH AJA LAH. BERTANGGUNGJAWAB AJA LAH. So what kalau kena marah.. Bukan mati pun.
.
Dengan hati yg cuak saya ketuk pintu rumah owner. Mungkin ini rumahnya… Orang di dalam masih lagi tidur. Beri salam 5 kali.. Baru berjawab. Tapi menunggu 5 minit masih belum keluar.. Sepanjang menunggu itu.. Saya ulang hafazan surah al lail. Berharap ending nya adalah seperti ayat no 7.
.
Lama menunggu.. Saya just fikir.. Tak pe lah.. Tinggalkan no phone aja. Whatever it is, saya memang confirm bayar..lantas saya masuk ke kereta..
.
Baru nak ambil business card.. Owner keluar.. Lelaki tinggi. OhHo! Gerunnya hati.. Cepat cepat doa pada Allah..
.
Husna : bang…sorry, saya terlanggar kereta..Kat sini
Owner : ohh ni sikit je. Tak pe lah
Husna : huh? Tak pe?
Owner : ya… Tak pe.. Biar je..
.
Beliau senyum seolah olah tiada apa yg berlaku. Dan senyuman yg meyakinkan. Lantas beliau masuk kembali ke dalam rumah…
.
Ketika itu jugalah saya teringat suami pernah beli satu produk utk hilang calar calar kereta.. Miracle product…
.
Dan saya terpana…. Subhanallah.. Best nya praktikal segala surah hafazan! Just because hari ni nak ulang hafazan depan ustazah.. Allah berikan the real meaning of it..
.
Dan.. Apa yg pasti.. Saya kena istighfar banyak2.. How come boleh terdetik hati utk LARI DAN TINGGALKAN kesalahan ini. Hati kotor ni
.
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
.
And this scene, makes me feel more of Allah’s abundance of love..
Thanx ya Allah.. For your helps… Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata…
Maka, nampakkan kenapa kita perlu faham ayat alquran? bagaimana nak buatkan ayat ayat itu ikut kita? yg tu lah saya kongsikan di dalam seminar timerevamp