Kenapa dalam alquran ada banyak pasal KAFIR Mama? Quran kan utk orang islam. Banyak page abg ammar jumpa pasal kafir.. Kenapa Mama?
.
KAFIR tu maksudnya ingkar. Ingkar pada suruhan dan larangan Allah. Orang islam yang ingkar.. Kafir bukan refer kepada non Muslim semata. Lain cerita la pula kalau penentang islam. Kita tak boleh melabel orang itu kafir, orang tu beriman. Kita self reflect diri kita sendiri.
.
Dalam Alquran memang banyak Allah cerita pasal keingkaran. Lepas tu, mesti diceritakan kesan ingkar iaitu neraka (surah al- bayyinah) kesusahan hidup, struggle (surah al balad), kesengsaraan hidup (surah alwaqiah).
.
Sebab tu ammar kena jaga solat.. Kena selalu baca AlQuran. Selalu sedekah tolong orang. Rahmat kasih sayang Allah sangattttttttt banyak kalau kita jaga hubungan dgn Allah. Sebab kita perlukan Allah. Kalau kita ingkar kafir.. Allah tak terjejas apa pun. Allah tak perlukan kita. Ammar kena ingat tau.. Ammar solat sebab Allah. Allah tak hegeh pada ibadat kita ni.
.
Bila kita ikut suruhan Allah.. Allah janjikan kebahagiaan. Ketenangan hidup. (surah al fajr). Macam ahli syurga. Kesenangan yang dipermudahkan segalanya.. Itu yg Allah janjikan utk golongan kanan (surah alwaqiah)..
.
Dan alquran ni bukan untuk orang islam saja. Ia untuk semua umat manusia. Utk dapatkan keistimewaan alquran, perlu rasa percaya dalam hati kepada Allah dan kalamNya. Sebab tu, utk percaya pada alquran… Allah berikan seluruh alam ni utk di explore. Semuanya ada dalam alquran.
.
Sebab tu ramai pengkaji alquran, saintis, orang yg mengkaji alam.. Akhirnya mereka diberikan hidayah oleh Allah utk masuk islam. Orang yg mengkaji.. Pasti diberikan kepandaian dan pelbagai ilham… Sebab tu Mama tukar kan quran ammar.. Dari quran Arab sahaja kepada quran perkata terjemahan. Supaya bila baca.. Ammar faham maksud.. Tak faham ammar tanya.. Ammar berfikir…
.
Kita cuba ya ammar.. Kita sama sama belajar ya.. In shaa Allah. ALLAH SELALU BANTU KITA.
============
.
seriously, soalan anak tersangat pelbagai bila pakai quran terjemahan. Dan soalan2 tu buatkan anak berfikir dan nampak Siapa Allah. In shaa Allah