Baru pusing pusing tangan tujuh kali.. Dah habis percikan apinya..
Kegembiraan yang hanya sekadar 10 saat.. Bagaimana mahu mendapatkan percikan yg membara cinta selamanya…
.
Segala penciptaan ada tarikh luput. Expiration date. Jangka hayat. Bunga api 10 saat. Lalat 7 hari. Manusia sekitar 60 tahun. Allah sahaja yg Maha Awal.. Maha Akhir.. Maha Kekal.
.
Cantiknya Allah memberikan rukun iman percaya kepada hari akhirat. Ada expiration di situ. Berfikir dengan end of mind. Apa yg mahu dicapai. Apa yang mahu disumbang. Apa yang mahu sebenarnya di dalam cycle of life ini.
.
ALLAH. mengakui dengan hati, lisan dan perbuatan bahawa Dia Maha satu. Syaitan dan iblis, perkara negatif, musibah, Dajjal, semuanya adalah makhluk Nya. BUKAN SAINGAN ALLAH. tak usah takut.. Pesan pada diri.
.
Allah itu satu.
Yg menciptakan langit dan bumi dan segala di antaranya.
Rilex and chill.. Ramadan berakhir. Syaitan iblis jin dilepaskan. Apakah Ramadan sudah berjaya menjinakkan syaitan di dalam diri?
Jom baca AlQuran berterusan walaupun Ramadan berakhir..
Demi cinta yang Maha Kekal.. Yg penuh kasih sayang…
Bukan seperti bunga api….