Skip to main content

KENAPA ADA BANYAK AGAMA?

By February 19, 2018Blog, I - Ilmu

KENAPA ADA BANYAK AGAMA?
(ini sangat menarik! 3 minit sahaja, dan amat berbaloi)
.
Keseluruhan bahagian ini, adalah Istana datuk kepada Shah Jahan (Taj Mahal) yg bernama Akbar. Beliau juga memiliki 3 isteri. 1 beragama islam, 1 Kristian, 1 Hindu.
.
Akbar menyatakan bahawa “mengapa perlu ada banyak agama. Beliau menubuhkan agama baru yang bernama DINILLAH iaitu agama yg bertuhankan Allah sahaja.. Ermmm ada MESSAGE BESAR DI SITU..
.
Ketika tourist guide bercerita.. Pelbagai persoalan bermain di minda. Siapa saya untuk menjadi Tuhan dengan mengatakan itu salah, itu benar.. Apatah lagi menyatakan bahawa apa yg kita faham dan tahu itu sahajalah yg ter amat benar. Astaghfirullahalazim.
.
Ketika itu jugalah pantas Alquran datang ke dalam fikiran saya..

Alquran menceritakan di dalam Surah Ali Imran 3:19

“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.”

“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang merugi.” ( Ali Imran 2: 85)
.
Sedangkan Islam adalah berserah diri. Dan Islam adalah satu cara hidup..
.
Lantas, saya tolak tepi pasal agama baru Dinillah itu. Kerana Alquran sudah pun highlight apa yang lebih penting. Namun, Apa yg Akbar fikirkan, ada sesuatu message besar di situ…saya mahu tahu lebih banyak lagi…
.
Subhanallah.. Hari ini.. Penerbangan dari New Delhi ke Bangalore, kami ada sedikit halangan. Asbab penerbangan ke Kashmir dibatalkan. Akhirnya, kami berjaya daftar masuk. Namun, tempat duduk kami berterabur.. It’s OK, Allah lebih mengetahui apa yg lebih baik (albaqarah 2:30)
.
Setelah 30 minit berada di dalam kapal terbang, datang seorang lelaki. Beliau mahu tukar tempat duduk. Beliau ditempatkan di ruangan tengah yang sempit, sedangkan beliau seorang yang tinggi. Beliau perlukan tempat duduk yang di tepi sekali dan lebih besar. Maka, beliau duduk di sebelah saya.
.
Saya sedang membaca Alquran. Dan beliau pula membaca sebuah buku yg baru dibeli.
.
Kami berbual..rupanya beliau adalah seorang pilot yang mencari Tuhan. Subhanallah.
.
Masih ingatkan anda dengan kisah saya 10 tahun lepas? Saya masuk islam semula. Kerana sebelum nya, saya hanyalah menganuti islam warisan. Kesilapan diri sendiri yang tidak mencari THE REAL ISLAM.
.
Lelaki ini juga begitu. Beliau beragama hindu. Agama yg 5000 tahun sudah wujud.
.
Islam yg SEBENAR, sudah banyak berkurangan nilainya sepanjang penurunan agama sepanjang 1400 tahun
Apa diperturunkan dari generasi ke generasi hanyalah maklumat fizikal. Maklumat HATI.. sudah semakin pudar dek kerana halangan komunikasi..
.
Itu jugalah yg terjadi kepada agama hindu. Beliau mencari agama hindu yg sebenar.. Yang lebih mengujakan adalah, setiap kali beliau bercerita, saya menyatakan bahawa “oh yang itu ada di dalam Alquran.” sekitar 14 kali saya buka Alquran dan tunjukkan kepada beliau. Walaupun Alquran dalam bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu, saya redah sahaja bercerita. Kerana urusan Allah lah untuk berikan kefahaman.
.
Saya bersyukur kerana saya selalu melayan video Dr Zakir Naik pasal perbandingan agama..lantas saya katakan lagi kepada beliau
.
Husna : berdasarkan apa yang kamu ceritakan, belum ada konflik yang saya jumpa bertentangan dengan agama islam. Malahan, ada di dalam Alquran.
.
Dia : ya benar. Semua laluan boleh sampai.
.
Husna : tahukah kamu bahawa di dalam kitab hindu, ada menceritakan tentang kedatangan seorang lelaki mulia? . Ada banyak penerangan tentang lelaki tersebut. (7 penerangan ini saya tidak ceritakan kepada beliau)
.
– dalam kitab veda(hindu) , ada diceritakan tentang ramalan kedatangan seorang nabi. Penutup segala nabi.
– orang itu juga di kenali sebagai YANG TERPUJI
– seorang yg AGUNG
– tidak disusui oleh ibunya
– penerangan tentang ayah iaitu “pengikut tuhan” (Abdullah)
– penerangan tentang ibu “orang yg sangat setia” (aminah)
– dibantu Oleh 4 sahabat
.
Ya yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad saw.. Sudah pun diceritakan di dalam kitab Hindu. Malahan Alquran juga
.
Asy-Syu’ara ayat 26: 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”
.
Tiba tiba beliau bertanya sesuatu…
.
Dia : saya tertanya tanya tentang 1 nombor. Lama saya fikirkan. Apakah kamu tahu apakah nombor ini? 112?
.
Husna : (berdoa pada Allah. Apa ya mahu jawab..)
Lantas saya katakan…
.
Nombor itu tersangat special! Lantas saya bacakan surah al ikhlas kepada beliau berserta maknanya.
.
Saya katakan lagi..
.
Kita berbicara tentang Tuhan yang sama. Saya doakan agar kamu menemui kebenaran yg dicari. Seperti yg kamu katakan.. Agama hindu juga ada nilai yg semakin menghilang.
.
Islam juga begitu.
.
Moga moga kita menemui Tuhan yg Satu. ALLAH. Dan mengamalkan apa yang dibawa oleh Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
.
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah.
.
Allahuakbar!
=============
Sepanjang 3 jam, kami berbual tanpa henti. Saling hormat. Sungguh indah perjalanan pada hari ini. Satu persatu persoalan terjawab.
.
Beliau mencari Tuhan menerusi Hindu.
Saya mencari menerusi islam. Hasil pencarian kami menerusi medium agama yang berbeza (antara agama warisan vs the real agama) menemukan kami pada satu titik yang sama. Subhanallah.
.
Mencari Tuhan yang sudah setiap masa dekat. Dan pencarian itu dipermudahkan dengan Alquran.
.
“Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) sedang dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam (Al Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. ( Al ‘Ankabut 29 : 51)
.
Subhanallah.. Masihkah anda ingat tentang kisah Akbar pada permulaan post ini? Semakin terserlah huraiannya..
.
I love u ya Allah….
Alhamdulillah…

HusnaHaron

Leave a Reply