Skip to main content

Ramai wanita yang terlupa bahawa LADANG PAHALA BAGI WANITA ADALAH DI RUMAH.. Dan Ia juga boleh menjadi ladang sumpahan dan makian.

Yang membezakan adalah apabila kita faham bahawa Job Scope seorang wanita yang ada suami dan anak anak adalah….

1) Taat pada Allah & Rasul
2) Taat pada suami, bahagia kan suami, hormati suami dan jaga kehormatan
3) Taat dan hormati parents dan in law
4) memperkenalkan Allah pada anak anak
5) Rehat dan tidur yang cukup termasuk waktu untuk berdandan

1-4 di atas adalah yang utama.
6) kerja rumah
7) bekerja untuk nafkah

6 dan 7 adalah tanggungjawab utama suami. Namun, di sini ada pelbagai cara untuk selesaikan.. Dan saya melihat ia amat memerlukan dulu untuk

  1. A) restructure kewangan agar tidak lelah bekerja
    B) suami, perlu check dengan lembaga zakat. Apa khabar zakat pendapatan, zakat perniagaan. Sebelum mahu kata tidak layak, lebih baik check.
    C) kalau si isteri bekerja, please.. Allocate kan sebahagian wang untuk mengupah partime cleaners. Otherwise si isteri jadi seperti maid tak bergaji.
    D) system..ada terlalu banyak sistem urus rumahtangga yang shortcut.. Terkadang, sifat perfectionist seorang isteri menyebabkan isteri jadi Supermommy yang lelah.
    E) puasa untuk lemah kan nafsu diri agar semakin mahu cinta kan Allah

    After all…
    Sekiranya kita sama sama jaga SOLAT DAN QURAN.. Benar benar bergantung kepada Allah.. Ia pasti dengan izin Allah memberikan impak yang berbeza.

Kerana semua 1-7 di atas dapat dilakukan dengan tenang, fokus dan gembira.

Fail no 1, fail the rest..
Success no 1, Allah pasti bantu..

Jadi, lelah dalam uruskan rumahtangga menunjukkan kita perlu sama sama check quality solat kita..In shaa Allah….

Wanita..
Ladang pahala utama adalah bersama keluarga di rumah…

1) upgrade quality solat untuk makin tunduk pada Allah
2) upgrade quality Alquran.
3) upgrade syukur..

Alhamdulillah ada suami..
Alhamdulillah ada anak anak..
Alhamdulillah ada rumah..
Alhamdulillah ada banyak barang dalam rumah

Kalau semua itu hilang? Pasti lebih merana….

Bersyukur perlu berterusan dan setiap masa. Namun, kadar syukur itu lebih meningkat dirasakan apabila semua yang di atas DIUSAHAKAN UNTUK DISELESAIKAN..

harus beza kan yang mana tanggungjawab isteri.. Yang mana tanggungjawab suami..

Bukan menuduh suami. Afterall, suami mana yang tidak mahu layanan first class dari bidadari yang Solihah Kan? Ayuh, kita sama sama perbetulkan keadaan dengan harmoni.. In shaa Allah

 Tindakan

  • Anda sudah subscribe Siri Video Tenangkah? Sila tonton video ke enam “Job Scope Suami Isteri” Click link ini dan masukkan maklumat login anda http://formulamasa.com/elearning
  • Untuk ketahui lebih lanjut tentang Quranic Time Management, boleh lah anda sertai program Online eAuditlife. Maklumat lanjut di sini Click ke http://www.formulamasa.com/auditlife