Skip to main content

JANGAN SESEKALI PANDANG RENDAH KEPADA ORANG YANG TIDAK BACA ALQURAN..

By February 19, 2018Blog, I - Ilmu

Jangan sesekali pandang rendah kepada orang yg tidak baca AlQuran.. Jangan! Siapa engkau utk mengadili qada dan qadar yg Allah tentukan. Silakan bercerita dengan penuh kasih sayang.. Dengan penuh harapan..kerana itu adalah tugas semua Muslim.. MENYAMPAIKAN WALAUPUN 1 AYAT.. Namun, result 100% Allah untuk menjentik kan rasa perubahan… Melalui mereka juga pencinta alquran lebih memahami alquran.. Walaupun mereka tidak (belum) mencintai alquran, mereka adalah sebaik baik makhluk ciptaan Allah juga! Banyak kebaikan dan kehebatan mereka boleh kita pelajari.. Jangan pernah merasa diri hebat..
.
Itu pesan buat saya… Kerana saya sendiri KERAS HATI utk menerima alquran! 20 tahun berada dalam Quran Environment di kelilingi pencinta alquran tidak mampu membuka pintu hati saya.. Malah saya dengan bodoh menentang dalam hati apabila dipaksa…
.
Dan Allah itu Maha teliti.. PENENTANG ALQURAN pasti merasai azab di dunia lagi. 5 tahun sebelum saya berjinak dengan alquran.. Hidup saya penuh dengan kesukaran.. Bergaduh dengan ramai orang, bengang dgn mcm perkara, salahkan takdir, hidup dengan penuh negativity…
.
Pencinta alquran yang sabar.. Terus menerus menunjukkan hikmah alquran dgn penuh kasih sayang..tanpa menyedari bahawa melalui merekalah saya ter berubah.. Merekalah Abah, Ma, Idan (adik no 8.).. Mak Mertua.. Memerhati kehidupan mereka menyebabkan saya melihat sesuatu… Melihat keajaiban alquran.
.
Hinggalah Ammar dan Allana lahir.. Membesar…
Sehingga lah saya merasakan Miracles happen every day.. Bukan kerana susuk tubuh mereka. Kerana kepercayaan kepada Allah melalui alquran yg diajar kepada mereka.
.
Apa yg saya mahu kongsikan di sini adalah….
Apabila saya flash back kehidupan sebelum saya mencintai alquran.. Segalanya dirakam di dalam alquran..kisah anda (ya Anda!) juga ada di dlm setiap muka surat alquran.
– Alquran mempunyai watak orang yang menentang alquran.. Dan akibat penentangan itu..
– Alquran mempunyai watak orang yang menyokong alquran.. Dan akibat penyokongan itu..
– Alquran mempunyai watak orang yang mencintai alquran.. Dan akibat percintaan itu..
– Alquran mempunyai watak orang yang mempercayai dgn hati terhadap alquran.. Dan akibat kepercayaan dgn hati itu..
.
Sesungguhnya Allah teramat teliti dengan segala sesuatu… Demi Allah.. Apa pun watak anda dan watak saya… Saya berdoa agar kita sama sama dikurniakan hidayah petunjuk dan pimpinan rahmat kasih sayang Nya… Kita sama sama doa agar penghujung nyawa kita.. Kita adalah watak orang yang mempercayai Allah dengan hati.. Dan mengakui Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah..
.
The best part Apabila Membaca alquran adalah apabila kita nampak watak watak kita diceritakan di dalam. Alquran… Kerana alquran utk semua manusia.. Tidak kira sudah islam atau belum islam… Alquran adalah manual book kita…
.
Saya tidak menyesali langkah lewat mencintai alquran…Namun taubat nya tersangat banyak…
.
Kenapa saya post kan perkara ini?
Untuk kita decide…..watak maka diri kita… Berapa lama utk berada di dalam pakej kesan watak Itu..kalau boleh cepat, kenapa nak lama???
Semuanya Bagus!
.
Jom sama sama…

HusnaHaron

Leave a Reply