Skip to main content

Jalan menuju Allah tu ada banyak dan pelbagai.

By March 15, 2017Blog

Ada orang rasa “mudah” dengan zikir.. Yang lain, lebih mudah dengan solat hajat, ada yang suka melalui alquran. Ada yang rasa mudah “Connect” dengan duduk muhasabah diri..
.
Dengan alquran sebagai contoh…
Ada terlalu banyak kaedah..rasa disayangi dengan tajwid, rasa dipandu dengan tadabbur, rasa dipujuk dengan tazakkur, rasa lebih memahami dengan tatabahasa.. Rasa lebih berhubung dengan mengajar alquran…
.
Analoginya.. Dari Terengganu ke Shah Alam.. Ada yang naik kereta.. Ada yg naik bas, Flight, basikal, roket, tumpang kereta, ambulance, dll. Tetap sampai. Walaupun kenderaan, jangka masa, usaha berbeza.
.
Apa jua kaedah, itu adalah variasi Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memberi. Itu semua hanyalah TOOLS atau kaedah. Yang paling utama adalah kita mahu Hanya Dia. Aqidah lailahaillallah Muhammadurrasulullah tetap dipelihara..
.
Permulaan mungkin kita mahukan Dia untuk
-selesaikan masalah kita..
-penuhi impian kita..
-utk kumpul pahala
-kerana elakkan dosa
Hinggalah sampai satu ketika kita merasakan bahawa sayangnya Dia pada kita.. Hingga kita mula rasa mahu bercinta denganNya. CintakanNya tiada sebab. Hanya Cinta.
.
CINTA ABADI
ETERNAL LOVE
.
Cinta yg bukan syok sendiri.. Malahan cinta yang berbalas2.. Apa yang kita faham, rasa, lakukan itu, selari dengan kehendak Allah.. Kalau tak selari, kita yang adjust diri agar jadi selari juga dengan kehendak Allah.. Selari dgn alquran dan Sunnah.. Demi mendapat petunjuk dan pimpinan HidayahNya
.
Allah sahaja yg boleh berikan Hidayah. Kita tak boleh kata cara aku terbaik.. Cara dia tak bagus.. Cara mereka salah..cara nun di sinun bla bla… Bahaya bila kita cuba menjadi Tuhan untuk menghukum. Moga kita sama-sama dilindungi olehNya.. Dipelihara olehNya… Agar kita kembali kepadaNya dalam keadaan redha dan diredhai. Mencapai ketenangan hidup (surah alfajr)
.
Ia adalah hasil “Law of cause & effect..” Apa yg kita lakukan pasti ada balasan. Bila kita audit 165, in shaa Allah dipermudahkan oleh Allah utk memahami apa yang sedang berlaku pada diri kita..
.
Bahagian mana 165 yg perlu Improve /repair
Apakah kita sedang di upgrade
Apakah kita sedang di proses
Apakah kita sedang downgrade (surah at-tin)
Apakah kita sedang menujuNya
Apakah kita sedang menjauhiNya
Apakah kita RASA kita sedang ditinggalkan
.
Jom kita sama-sama berdoa agar kita setiap masa mendapat kasih sayangNya. MencintaiNya ternyata jauhhhhhhhhhhhhhh lebih indah…
.
Dia yang menjadikan kita sebaik baik ciptaan
Dan apabila kita ter zalimi diri.. Kita sudah direndahkan martabat diri sehingga menjadi lebih teruk.
.
Jom kita sama-sama lafazkan..
Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah

2-FEB-1

2-FEB-2

HusnaHaron

Leave a Reply