Skip to main content

ISLAM BANYAK PERATURAN KAH? Leceh?

ISLAM BANYAK PERATURAN KAH? Leceh?
.
Hari ini website team menerima tetamu istimewa. Ketika presentation tentang coding dilakukan.. Saya terfikir kan sesuatu. Sesuatu yg sudah lama difikirkan.
.
Anda pernah surf Internet kan? Ber Facebook. Shopping online. Pasti pernah terfikirkan. How it works? “dunia di hujung jari”. Coding website memberikan satu peraturan kepada viewers..user’s interface dan navigation di design kan. Banyak urusan boleh diselesaikan bila ada Internet. Asalkan Internet connection bagus.
.
Manusia, alam segalanya diciptakan oleh Allah.. Manusia ada undang undang yang perlu diikuti agar AKAL DIKUASAI OLEH ROH. Sekiranya undang undang itu diabaikan, begitu mudah akal dikuasai oleh fizikal. Lantas, bersifat seperti haiwan. Makan, bekerja, rehat, sex.. Confort zone. Struggle.
.
Undang undang alam diciptakan selari dengan undang undang manusia. Maka, apabila kita ikuti undang undang itu.. Rasailah kebahagiaan hidup. Effortlessly. Di mana kita nak tahu senarai undang undang itu?
.
Ada di dalam ALQURAN. bab hukum hakam.
.
A) Buat dapat pahala. Connection dgn Allah in shaa Allah semakin improve / upgrade. Dipermudahkan hidup walaupun problems bertimpa timpa. Sebab Allah yang interfere take over diri.
.
B) Tak follow hukum? Dapat dosa. Connection dgn Allah semakin longgar. Semakin disconnect. Problems datang bertimpa dan dirasakan struggle bersusah payah. Kerana menggunakan upaya sendiri.. Dapat juga apa yg dihajati. Surah annajm 53:39
.
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
.
A dan B, Dua dua bagus. It is the matter Allah menarik kita dengan RELA atau dengan PAKSAAN.. Seperti firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d 13:15
.
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.”
.
Maka, dalam konteks ini.. Perlu untuk kita re evaluate sejauh mana kita mengamalkan islam.. Once islam, islam lah keseluruhan nya. Kerana islam adalah satu cara hidup sempurna dengan penyerahan total kepada Allah. Yang menolak fizikal untuk bertindak dan beramal dengan islam. Effortlessly. Surah al baqarah 2:208
.
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kepada Islam (dengan mematuhi segala hukumnya) secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kamu mengikuti jejak-jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan adalah musuh besar bagi kamu.”
.
Islam bukan leceh. Islam bukan penuh peraturan. Islam bukan mengongkong.
.
Melalui islam.. Kehidupan di dunia jauh dipermudahkan sekiranya kita berfikir.. Kehidupan yang Mahukan Allah. Dipermudahkan untuk Bercinta dengan Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Kuat.. Yang Maha Mempermudahkan hidup.. Melepaskan fizikal. Fizikal yang menarik menuntut kehendak nafsu serakah.. Seperti haiwan.
.
Tepuk dada.. Tanyalah diri sendiri.. Sejauh manakah kita berserah diri kepada Allah dengan masuk ke dalam Islam. Penuh struggle atau penuh effortless.
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Alhamdulillah Allah sangat baik berikan kita Alquran… Diberikan lagi contoh melalui para Nabi.
.
Allahummasollialamuhammad..
Allahummasollialamuhammad..
Allahummasollialamuhammad..
.
Kita nampak kehidupan para rasul penuh kesukaran. Tapi kita tak rasai kebahagiaan mereka bercinta dengan Allah. Whenever ada problems, ada aja pertolongan. Sepantas cahaya sampai..berduyun duyun bantuan..
.
Allahuakbar!

HusnaHaron

Leave a Reply