Skip to main content

Nama : Ros

Pekerjaan : Kerajaan – Pegawai Penyelidik

Bilangan Anak : 2 (6,5 tahun)

Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Kehidupan saya sebelum menghadiri Seminar TimeREVAMP Supermommy dan menyertai Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE” adalah tunggang langgang Dan saya rasa sangat stress. Saya memang sangat bersyukur dan gembira dikurniakan dengan 2 orang anak. Malangnya saya tidak dapat menikmati kegembiraan tersebut. Setiap hari saya asyik memikirkan bagaimana untuk ‘survive’ menguruskan anak-anak, rumahtangga dan juga urusan kerja dan setiap hari jugalah pasti ada bahagian yang akan ‘terkorban’ yang tidak sempat untuk diuruskan. Sudah pasti saya akan merasa bersalah setiap hari. Saya sangat beruntung kerana suami sangat ringan tulang membantu urusan rumahtangga. Namun saya masih berjuang dengan masa. Ilmu keibubapaan juga sudah banyak saya perolehi kerana saya rajin menghadiri seminar berkaitan. Malangnya ilmu yang diperolehi tidak dapat dipraktikkan kerana kesuntukan masa dan nota-nota keibubapaan akhirnya ‘hilang’ di dalam rumah sendiri yang tidak terurus.

Kehidupan selepas join FormulaMasa : Alhamdulillah selepas menyertai Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE” dan Seminar TimeREVAMP Supermommy oleh Pn Husna Haron, kehidupan saya lebih teratur. Walaupun saya masih dalam proses revamp hati dan revamp routine tetapi banyak perubahan yang telah dapat saya rasakan. Jika sebelum ini tugas mengajar al-Quran kepada anak-anak saya diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di taska tetapi sekarang saya akan peruntukkan masa untuk mengajar sendiri anak-anak dengan al-Quran di samping memastikan anak-anak makan masalah saya sendiri. Di samping jimat belanja, keluarga kita makan makanan air tangan kita sendiri. Bukankah itu lebih afdal? Semua ini kerana kita telah jelas dengan matlamat dan keutamaan dalam hidup kita. Pada pendapat saya yang paling penting adalah menjaga hubungan dengan Allah. Saya percaya semua ibu di luar sana tahu tentang perkara-perkara di atas tetapi percayalah setelah anda semua menghadiri seminar ini anda akan merasai pengalaman yang sukar di perolehi dalam mana-mana seminar lain. Seminar TimeREVAMP Supermommy banyak memberi kesedaran dan kekuatan spiritual kepada peserta manakala Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE”adalah lebih kepada ‘hands on’ dan juga tips untuk jalan pintas dalam proses membuat perubahan yang perlu kita lakukan untuk lebih efficient dan menarik masa. Kombinasi seminar dan kelas online ini adalah pakej terbaik khas untuk para ibu untuk lebih efficient serta menjalani kehidupan yang lebih positif dan bermakna. Terima kasih kepada team Formula Masa yang telah banyak membantu para ibu!

 

ini lah kehidupan yang ibu impikan

Husna Haron

Leave a Reply