Ulasan Pn Husna Haron
Ini Kisah Inspirasi daripada Pn Norhafidzah Mazlan. Saya teramat kagum dengan beliau. Optometrist (kedai Sendiri), Homeschool kesemua 8 orang anak, 100% makanan di masak (biskut pun tak beli). Ketika kami berjumpa untuk personal coaching, beliau agak stuck dengan masalah masa beliau. Saya teliti kewangan, rutin harian dan impian beliau. Ternyata, ada beberapa perkara yang BLOCK masa beliau.. Selepas diselesaikan, langkah beliau makin panjang! Tetapi hakikatnya, beliau adalah the real Supermommy..
==============================
Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya, saya rasa segan nak share apa yang saya nak tulis ni sebab saya cukup runsing kalau yang membacanya akan menganggap saya ni bagaikan orang yang tiada kelemahan. Hakikatnya, Allah telah menyembunyikan kelemahan saya huhu..
Kehidupan SEBELUM Sertai FormulaMasa
Juga, saya bukan selamanya hidup teratur, ada masa terseliuh juga hihi.. Tapi bangun semula dan revamp lagi dan lagi. Jangan pernah merasa gagal.. Setiap hari ada ujian. Selain itu, ramai dikalangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tahu buruk baiknya perangai saya dulu. Saya lebih suka mereka anggap saya, sama seperti saya yang dulu. Jadi, bila saya hendak menulis benda seperti ini, saya akan ingat betapa terbolahnya saya dalam kehidupan dihadapan mereka dahulu hehehe…
Telah berulangkali saya tulis berkenaan bagaimana saya menguruskan diri, anak, tugasan dan lain-lain di blog dan di Fb saya.. Atau lebih sedap lagi bagaimana saya menguruskan masa. Banyak sekali percubaan saya buat dalam hidup ni demi mencapai kehidupan yang bahagia dan harmoni.
Saya yakin, setiap dari kita perlukan formula untuk menyelesaikan masalah kehidupan kita. Bagaikan tabiat, seringkali terjadi apabila kita bertemu dengan insan hebat kita akan bertanya, “Bagaimana awak mengurus masa?”
Kemudian, individu itu akan memberi jawapan. Kita akan terpegun mendengar. Sayangnya, bila tiba masa untuk kita aplikasi, kita tidak tahu mahu memulakannya dimana. Sayang bukan?
Saya sendiri, boleh terdiam bila orang bertanya saya soalan yang sama. Jawapannya memang ada, tapi…. Memang ada tapinya. Barangkali saya perlu beritahu blog saya (
sitisifir10.blogspot.com) yang mana disana telah saya tulis bagaimana saya mengatur masa… Hihi.. Tapi blog tu cacamarba. Serba mak neka ada disana haha..
Jika ada yang belum mengetahui, saya adalah seorang isteri dan ibu yang berusia 36 tahun, mempunyai 8 orang anak yang semuanya homeschool, menguruskan kedai optometry saya (Rozaimi Optometrist Parit Buntar) dari jauh, buat bisnes online (Fb page : Natural Living Resources yang menjual produk pendidikan untuk ibu dan anak dan gajet dapur dan rumah untuk memudahkan urusan) tidak beli makanan dari luar sekalipun biskut dan roti (jika perlu travel pun kami tidak singgah Kedai makan melainkan jika keadaan mendesak sangat-sangat), tidak mempunyai pembantu rumah, ada masa berdua-duaan dengan suami dan yang penting, I am a happy mother!!!
Sebenarnya saya pernah melalui zaman kelam. Diawal perkahwinan, saya jenuh sekali mencari rentak. Sekalipun saya anak sulung, tetapi sejak kecil saya dimanjakan dengan tidak perlu melakukan kerja rumah. Semuanya ibu saya yang hebat sediakan.
Jiwa saya memberontak selepas kahwin. Banyak benda yang dulu mak urus dalam rumahtangganya kini berada diatas bahu keding saya pula.. Serious cakap huru hara hidup saya di awal perkahwinan. Ada anak sorang terus rasa macam orang tua nak menopause dah wuwuuuu..
Tempoh mandom saya bukan sekejap. Hampir tiga ke empat tahun begitu. Terpisat-pisat mencari formula mengurus masa. Cuba sana cuba sini.. Sampai satu tahap saya gagal kawal stress dan akibatnya saya gastrik teruk hingga muntah hijau. Wuuu… Menandakan memang semua isi perut saya keluar masa tu.
Cuma saya beruntung, suami sentiasa memberi peluang, keluarga semua masih menyokong dan para sahabat saling membantu. Alhamdulillah… Syukur sangat!
Bukan senang bila rebah terpaksa bangun kemudian rebah semula dan cari lagi cara untuk bangun dan perkara itu berulang lagi. Letih! Saya yakin ada yang Allah mahu tunjukkan kepada saya disebalik semua kejadian yang menimpa.
Kehidupan SELEPAS Sertai FormulaMasa
Pasti ada yang terfikir, sudah berjaya revamp tapi masih perlu kepada program Formula Masa kenapa?
Bila dah jumpa formula sendiri, saya rasa masih ada yang lompong lagi.. Sehinggalah saya berpeluang hadir program Husna Haron – coach pengurusan masa. Disitu saya rasa macam kena polish… Bukan sebarang polish tau.. Haha..
Selepas program tu saya dapat peluang untuk memiliki
Kelas Online REVAMP YOUR ROUTINE. Saya buka, print, tonton dan selepas itu cuba amal isinya. Ya, ia tidaklah sukar. Sebab saya pernah melakukannya sebelum ini tetapi nyata saya tidak puas, konon mahu mencari formula lagi dan lagi.
Seperti yang Husna beritahu di awal ebooknya, kalau ada program ni tapi tiada tindakan memang tidak akan ada hasil. Ini bukan program magic. Kita memang kena berusaha.
Formula pengurusan masa ni bukan mudah untuk dikongsi dengan orang tetapi Husna telah buat program yang mantap. Husna telah meletakkan semua ciri yang patut kita titikberatkan dalam kehidupan.
Jika dulu saya berjaya sekalipun menyusun jadual hidup saya, tapi saya masih gagal meraikan emosi anak saya, saya tiada masa untuk berduaan dengan suami, saya tiada me time sendiri, saya seperti robot yang tiada emosi.
Tapi kini, alhamdulillah saya dapat menyusun masa dengan baik, saya dapat meraikan emosi diri sendiri, anak dan suami dan bonus lagi, saya juga alhamdulillah telah hampir dapat mencapai financial freedom. Doakan saya dapat selesaikan sedikit saja lagi bab kewangan ini.
Buat masa ini, saya hanya fokus untuk memberi yang terbaik buat anak-anak. Cabaran Homeschool dengan 8 anak bukan kerja mudah dan bukan juga kerja yang boleh dilengahkan kerana ia melibatkan masa depan mereka.
Sela masa lain, saya juga suka jika dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan cara dan kaedah untuk memudahkan mereka melakukan kerja rumah. Tidak kiralah jika mereka sekadar mahu berbicara atau diskusi untuk keluar dari masalah.
Jika ada yang memerlukan gajet rumah seperti produk Phillips (iron steam, food processor, air fryer, vacum) dan juga Noxxa (pressure cooker, oven multifunction, noodle maker, food steamer) dan gajet lain lagi tapi bajet terhad untuk beli cash, saya sedia arrange untuk bayaran kutu. In syaa Allah saya akan atur sistem bayaran yang teratur untuk peserta kutu (terpengaruh dengan sistem Husna dalam semua aspek kehidupan la ni haha). Untuk ini saya sedia dihubungi di 0199515058.
Untuk mendapatkan produk berkaitan Parenting dan homeschooling, boleh pergi ke page : Natural Living Resources. Banyak produk yang in syaa Allah akan lebih membantu kita meningkatkan ilmu dan kemahiran kita dalam bidang ini.
Jika boleh saya juga ingin berkongsi beberapa kebiasaan yang boleh membantu kita menyusun hidup lebih baik :
1. Disiplin
• solat : Paling penting adalah disiplin masa solat. Solat pastikan on time walau bagaimana kalut kita sekalipun.
• jadual dan checklist sendiri
Kita akan perlukan sama ada jadual dan checklist. Pastikan ada jadual, namun jika keadaan tidak sesuai, pastikan checklists harian kita selesai
• jangan bertangguh
2. Lazimi beberapa ibadah :
• baca Quran – paling koman dua ms setiap Kali selepas solat.. Paling bagus dua ms sblm dan dua ms selepas setiap kali solat. Ini akan membantu kita dapat satu juzu’ sehari dan khatam setiap bulan.
• sunat dhuha dan tahajjud paling koman – tambah solat sunat lain adalah lebih baik
• jangan lekang dengan zikir – jangan biarkan diri kita merepek-repek ingat macam-macam benda. Lebih baiklah mengajar minda kita berzikir dengan zikir Fatimah
• cuba sedekah dalam bentuk apapun – tidak limit kepada duit sahaja, masa, tenaga, idea DLL akan membantu orang lain dan diri kita juga
Kalau boleh, saya ingin kongsi segalanya tapi, kita tidak berada di atas bumi yang sama. Bumi yang sedang saya pijak, bukanlah bumi yang kalian pijak.
Ada baiknya jika kalian cuba dapatkan program Formula Masa ini, kemudian cuba adaptasi dalam kehidupan kalian sendiri. Berbaloi in syaa Allah, dengan syarat bertindak selepas mengetahui sistemnya.
Saya doakan semua yang membaca ini, semoga Allah bantu kalian dalam menjalani kehidupan. Hidup mesti selalu optimistic, tanamkan keyakinan yang tinggi kepada Allah yang Maha Mengatur kejadian.
Ingatlah, penghujungnya hanya kita yang boleh membantu diri kita sendiri. Jadi, jangan tangguhkan lagi tindakan kita. Belajar Dari mereka yang telah berjaya.
Sekian
RUJUKAN
Facebook : Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir