memang tak dinafikan, makanan sihat lebih mahal. Memang perlu adjust kewangan. Tapi bila dikira balik, sebenarnya lebih kurang aja kos KALAU KITA RAJIN MASAK. Sudah 2 bulan saya masak setiap hari, setiap kali makan. Berbanding hanya breakfast dan dinner sebelum ni. DEMI HEALTHY FOOD dan demi my love for my family.
.
Alhamdulillah I feel so much better.. Kesimpulan yg saya boleh ambil dari perubahan habit kepada healthy food ini adalah
.
1) KOS lebih tinggi sekiranya di bandingkan antara gula putih vs gula perang/stevia, beras putih vs beras perang, ACV,. Namun, di offset dengan kekerapan masak sendiri di mana apa yg dimasukkan dlm makanan kita tahu. So, dari aspek TOTAL kos saya meletakkan TIADA PERUBAHAN. ia bergantung kepada kreativiti masing masing
.
2) RASA.
Gula, tepung tak berubah rasa. Sebab tak nampak perubahan. Beras putih kepada beras perang, yang ni tidak berubah sangat rasanya
– 1st day.
mata yg biasa tengok nasi putih, tak biasa pula nak makan nasi warna perang/merah. Lantas mengatakan tak sedap. Ini anak anak saya cakap.
– 2nd day, saya buat dulu nasi minyak hujan panas ( colorful. Pakai pewarna makanan huhu),
– 3rd day, masak nasi beras merah..
– 4th day, nasi beras putih 50% + beras perang 50%
Yg ni no problem at all.. Makan berselera…
Saya dan suami mudah utk berubah sebab faham aspek kesihatan. Anak anak, yg mana mudah utk diterangkan saya cerita aja. Tapi tak dinafikan saya memang gigih cari resipi masak lauk sedap sedap.
.
Target agar lidah mereka biasa dengan rasa beras perang yg jauh lebih bagus dari beras putih yg di luntur kan itu.
.
3) MASA
– makanan sihat ni biasanya hanya ada di hypermarket, BMS,
– masa utk memasak. Masak 3x sehari ke? Oh tidak. Saya ada macam2 strategy utk ini. Kebanyakan wanita bekerjaya tahu strategy ini.
– tahun ni, every week kami travel pun.. Saya masak juga. Of course ada strategi utk ini juga. Kalau tak, tak syok lah pergi berjalan asyik nak fikir masak.
.
4) MSG dan penyedap makanan..
Say no. Just say no. Ada banyak cara lain lagi. Malaysia ni kaya dengan pelbagai rempah ratus.
.
Terima kasih kepada semua guru guru pemakanan saya
.
– page sususejat
– Kevin Zahri
– DrRizal Abu Bakar (pakar otak. sgt banyak Info best)
– DrMizam Baha (pakar usus. Sgt banyak Info best)
– Dr Nor Azima Mohd Razalli (Blood Type Diet)
.
Sila follow mereka rapat- rapat. Dan amalkan apa yg mereka suggest.
.
With all these… Saya baru naik dari 40% kepada 70% healthy food. Masih ada kicap, sauce, ayam bandar, some processed food. It’s ok, sikit sikit la… My target just to achieve 80% healthy food. Remaining 20% tu kalau makan Kat kedai lah kan… Or masakan orang lain. Choice of food and Quantity in shaa Allah, healthy. Cuma bagaimana ia dimasak is beyond our control. I believe our body system pun ada prevention and immunity system juga. It’s a realistic target.
.
P/s kalau ada penyakit bertandang juga… Saya tahu saya sudah berusaha sedaya mungkin utk keluarga.Quran, healthy food, exercise, walaupun insurans ada.. Jagalah nikmat Allah ni. Yg penting al-Quran tetap dijaga. Utk merawat diri. In shaa Allah…