Nama : Aim Adia
Pekerjaan : Kerajaan – Guru
Bilangan Anak : 3
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Sebelum menyertai Seminar TimeREVAMP Supermommy, saya selalu berada dalam keadaan stress dan tertakan. Setiap hari melakukan tugas rutin sebagai seorang ibu, isteri dan guru. Tapi saya lansung tiada masa untuk melakukan apa yang saya inginkan. Rumah sentiasa berselerak dan kotor. Setelah dibersihkan,keadaan akan kembali kepada asal dalam masa setengah jam. Saya kecewa dengan diri saya. Melihat keadaan rumah yang berselerak membuatkan saya bertambah tertekan. Setiap hari lambat ke tempat kerja, walaupun bangun seawal pukul 3 pagi. Sebab utama kelewatan ialah barang hilang (sebab letak bersepah2 dan anak meragam). Dalam doa saya memohon agar ditemukan jalan keluar. Saya terjebak dengan program ini setelah diperkenalkan oleh kakak saya yang mengajak saya pergi bersamanya setelah mengetahui masalah yang saya hadapi.
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Hari pertama program, Pn. Husna minta peserta menyanyikan lagu “Welcome To My Life” Saya menangis semahu2nya kerana menyanyikan lagu ini. Betapa teruknya saya menjalani kehidupan saya. Saya refleks semula kehidupan saya . Menilai di tahap mana saya berada. Dan saya mendapat energy selepas sesi yang pertama. Apabila merasakan ada orang memahami masalah saya, saya lebih relax. Tips-tips yang seterusnya membangkitkan energy yang berterusan. Saya makin bersemangat untuk menjalani kehidupan. Hari pertama seminar sahaja saya sudah merasakan perubahannya. Saya mulai konsisten dalam membaca Al-Quran, alhamdulillah,terasa benar seolah2 masa seolah-olah menjadi 30 jam sehari. Macam tak logik, tapi itulah yang dirasakan. Banyak perkara boleh dilakukan. Mula mengajar anak mengaji Al-Quran. Aktiviti yang telah lama ditinggalkan akibat kesibukan dihambat masa. Benarlah kata Puan Husna. Terasa hidup lebih guided, terurus dan tenang apabila di landasan yang betul. Tiada lagi istilah kelam kabut. Kalau ada pun, saya sudah ada teknik untuk menghadapinya. Terima kasih Pn. Husna. Terima kasih juga kepada kakak saya yang sudi mendengar keluhan dan masalah saya. Sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana mempertemukan saya dengan ibu-ibu hebat dan solehah. Masya Allah….begitu hebat perancanganMu. Semoga ibu-ibu lain juga mendapat manfaat.