I AM A BABY IN ISLAM. PLEASE TEACH ME YA ALLAH..
.
Syukur dilahirkan Islam. Syukur didalam paksaan utk amalkan Islam. Syukur di dalam paksaan itu, hati memberontak. Kenapa terlalu banyak peraturan di dalam Islam? Syukur, di dalam pelbagai persoalan yg timbul, aku tidak dibenarkan utk bertanya oleh ramai guru. “Allah kata macam tu.. Buat sahajalah! Jangan banyak tanya!” syukur kerana Allah mengizinkan utk melalui proses itu.
.
QUESTIONING MIND akan membawa diri kita jauh meneroka KITAB DUNIA ALLAH. Melalui Alquran kerana mengingati Dia, Allah permudahkan proses utk UNCODE setiap inci alam… Utk mendapat kan pelbagai jawapan yg bertalu talu hadir…
.
Sungguh ya Allah.. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Terlalu berharga perjalanan hidup ini.. SETIAP MASA, Tidak pernah Engkau leka menyayangi kami. Setiap masa, Engkau mendorong dan menarik kami ke arah diriMu. Yg sudah tersedia ada dan begitu dekat di dalam diri.
.
Dengan kasih sayang, Engkau menarik kami…
.
Dengan paksaan, Engkau menarik kami..
.
Alhamdulillah… Di atas segalanya…
Sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah.
Dan Muhammad pesuruh Allah…..
.
Terima kasih Ya Allah memperlihatkan pantai yg cantik..
Sunset yg memukau….