Skip to main content

HUJAN,DEMAM VS DOA..
.
Ammar : ammar mandi gak hujan semalam, tak demam pun. Kenapa allana demam?
.
Mama : sebab immunity setiap orang beza beza.. Immunity system tu mcm tentera yg pertahankan kesihatan.
.
Ammar : tu je?
.
Mama : kalau kita doa pada Allah sebelum mandi hujan.. Allah akan hantar lah tentera utk selamat kan kita..
.
Ammar : huh? Tentera?
.
Mama : minta pada Allah dulu. Bergantung pada Allah semata mata. Kerja Allah lah nak arahkan agar hujan yg bersih saja kena kita.. Allah lah yg arahkan badan keluarkan lebih banyak enzim dan hormon utk kuatkan immunity system.. Allah lah yg arahkan otak utk ingatkan kita agar bilas bersih bersih lepas mandi hujan. Allah lah yang arahkan tangan utk ambil vitamin C utk makan…
.
Ammar : Ohhhh patutlah ammar tak demam.. Sebab ammar doa pada Allah sebelum mandi hujan.. Allana?
.
Allana : lana tak doa (muka sedih).. Huuuuuu allana batuk… Panas….Allah tak sayang lana ke sebab bagi sakit? (mata bergenang)
.
Mama : tak lah.. Demam ke sihat ke.. Allah sayang semua! Yg mana yg ingat Allah, yg tu yg bagus. Bila dah sakit, Allana ingat Allah kan? Allana DIPAKSA INGAT ALLAH.. Jadi sakit ni peringatan utk allana utk SETIAP MASA INGAT ALLAH…ok? Alaaaaa sakit kan best.. Allana baring aja.. Mama duk sebelah lana… Makan mama suap.. Semua dapat.. Hadiah lah tu sebab Allana Ingat Allah..
.
Surah ar rad.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami