Skip to main content

HUJAN, FLIGHT, VS QURAN

By April 13, 2018July 13th, 2018Blog, S - Spiritual

HUJAN, FLIGHT, VS QURAN
(post ini ambil masa 2 minit utk habis. Ending nya in shaa Allah ada message yg cantik utk anda)
.
kebiasaannya saya suka drive utk ke mana mana destinasi jemputan seminar. Namun, kali ini terpaksa naik kapal terbang kerana laluan dikhuatiri banjir.
.
Ketika check in, nahhhhh luggage terlebih berpuluh kilogram. Maka, terkena lah DENDA.
.
Berdoa kepada Allah.. “ya Allah, tolonglah lembut kan hati pegawai ni utk bagi diskaun. Beratus ringgit denda ni banyak ya Allah”
.
Apa yg terjadi? Pegawai begitu strict dengan saya. Satu sen pun tiada diskaun. Malahan saya kena marah lagi kerana tidak beli luggage secara online. Ya my mistake. KENAPA YA, YA ALLAH PEGAWAI INI BEGITU STRICT?
.
Tiba tiba teringat surah al Ghafir 40:40 yg baru di tadabbur malam tadi…
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya….”
.
Ermmm…. Saya ada buat “jahat” apa ya? Not well prepared?
.
It’s OK.. Pasti ada penumpang lain yg menuju ke destinasi yg sama. Penumpang yg ada kapasiti luggage utk saya tumpang.
.
Husna : assalamualaikum, adik.. Boleh saya tumpang luggage. Saya kena bayar lebih.
Penumpang 1 : sorry kak.. Saya nak cepat. U settle by yourself.
.
Tersentappppppp sekejap. KENAPA YA ALLAH, PENUMPANG INI SOMBONG SANGAT..
.
Tiba tiba teringat surah al aadiyat 100:8
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
.
Opsssss.. Am I melampau sayangkan harta?
Tak ape.. Pasti ada penumpang yg seterusnya
.
Husna : Puan.. Boleh saya tumpang luggage?
Penumpang 2: dari segi undang undang sah ke tidak ni? Saya tak mahu bertanggungjawab atas apa apa. (indirectly say no)
.
Ohhh ya Allah.. Kenapa semua orang super strict dengan saya? APA MESSAGE ALLAH UTK SAYA NI?
.
tiba tiba teringat surah al syarh 94:6
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
.
Ohhh ya Allah.. Secara fitrah, semua orang baik… Mereka semua tetap baik ya Allah.. What’s exactly your message for me? Apa kejahatan yg saya telah lakukan? Kenapa tiba tiba kena bayar denda? Beratus ratus… I think my zakat is enough…
.
Lantas saya berhenti sekejap di tepi kaunter pembayaran. Buka Alquran. Mencari jawapan. Dan mata saya memandang tajam.. Surah al a’la. Keseluruhan surah memberi jawapan.. Dan paling menusuk adalah pada ayat 87:14.
.
….membersihkan diri…ya zakka.. Zakat?
.
Saya merenung sebentar… Apakah zakat saya tidak cukup? Apakah sedekah saya tidak cukup? Apakah derma saya tidak cukup? Infaq? Hadiah?
.
Lantas flashback ke belakang bila last saya MEMBERI, dan berapa jumlah nya.. Ke belakang 2 hari.. 3 hari.. 5 hari.. 10 hari…
.
Ohhhhh!!!!
.
Rupanya sudah 10 hari saya tidak bersedekah! Dek kerana jadual seminar yg padat, SAYA TERLUPA MEMBERI UTK 10 HARI?? oh man!
Dan amount yg saya kena denda itu adalah exactly jumlah nya! Subhanallah! Baiknya Allah peringatkan saya….
.
Lantas.. Saya perbetulkan niat..
Bukan membayar denda.. Hadiah (infaq) .. yg menyucikan harta kepada Allah. Apakah syarikat penerbangan itu layak menerima? Hadiah infaq tiada syarat. Zakat? Ya, ada syarat haul dan asnaf penerima. Derma? Tak juga. Hadiah? Ya….
.
Asalnya ia adalah denda. Perbetulkan niat kepada hadiah. Secara fizikal, tiada perubahan apa apa.. Secara spiritual, perubahan niat membawa erti yang sangat besar!
.
Membayar dengan redha dan gembira utk mendapat cinta Allah.
Atau membayar dengan kutuk sumpah seranah
.
Kesemua pegawai, penumpang 1 dan penumpang 2 adalah teramat bagus utk sedarkan saya..bahawa sedekah saya tidak cukup. Maka, terima kasih lah wahai anda semua! Anda adalah alat Allah yang mendidik #HusnaHaron
.
Apabila berdoa, saya selalu berpesan pada diri bahawa ‘apa jua doa, yang Allah tentukan lebih baik. Kita rasa negotiate dengan semua orang lebih baik. Kita usahakan. Approval tetap milik Allah. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita… ”
.
Allahuakbar!
Astaghfirullahalazim!
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
.
Bersangka baik kepada Allah bukan semudah melafazkannya tatkala di uji.. Apatah lagi Bersangka baik dengan manusia. TERNYATA, DENGAN ALQURAN, PROSES BERSANGKA BAIK BERLAKU SECARA EFFORTLESS..
.
Sebab itu perlu selalu baca AlQuran dengan maknanya. Selalu lah tadabbur. Allahuakbar!
.
Nota disclaimer : tiada hukum setakat yg saya tahu mengatakan kita perlu sedekah hari hari. It’s my personal efforts. Tak wajib tapi saya make it happens. Kerana memberi adalah satu kepuasan yg luar biasa Subhanallah!

HusnaHaron

Leave a Reply