Nama : Aisyah
Pekerjaan : Swasta – Jurutera
Bilangan Anak : 4
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Saya hanya mementingkan keperluan fizikal dan emosi sahaja untuk anak. Dengan duit juga, saya berpuas hati bila anak2 sudah pandai mengaji dengan belajar di nursery dan di rumah hanya tasmik sahaja. Saya tidak terasa tanggungjawab mendidik anak alQuran adalah daripada ibu bapa. Bagimanakah saya nak claim yang saya mendidik anak sedangkan saya tidak mengajar sendiri anak AlQuran?
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Ajar anak mengaji Quran secara konsisten setiap hari
Inilah azam tahun 2015.
Bukan anak saya tidak pandai
Bukan saya tidak pernah ajar
Tapi, rasa agak ‘selamat’ sebab setiap hari memang anak2 akan memperdengarkan bacaan ayat2 lazim di dalam kereta dan di rumah.
Tapi, sedihnya bukan saya yang ajarkan. Mereka belajar di nursery.
Saya tidak serius mengajarkan Quran. Saya tiada sistem! Ajar ikut sempat.
Saya fikir, tanggungjawab itu selesai dengan belajar di sekolah.
Oh tidak
Saya baru sedar
Lain rasanya mengajar anak sendiri mengaji ni
Lain rasanya mereka belajar dalam pelukan ibu bapa
Lain rasanya belajar sesuatu yang baru dari ibu bapa
Petang tadi, saya nekad!
Sekurang2nya 10minit setiap orang.
Syaratnya, saya perlu peluk, sentuh tunjuk dan pegang Quran bersama2,sebut sama2.
Mulai mengajar Afnan, menggunakan kaedah syafie dari LC, alhamdulillah lancar ejaan. Saya semak bacaan hafazannya. Alhamdulillah. 20min dan dia teruskan baca sendiri. Dia jenis audio, dengarkan saya baca dan ulang.
Zulaikha pula, sebelum gilirannya, dia suka ulang dari awal muka surat sehingga muka surat yg dia tidak mahir tiba masa giliran dia. Nampak macam lancar sebab dia suka ulang2 mengeja. Hafazannya agak pelat tapi masih ok. Dia jenis visual, perlu tunjuk satu2 dan ingat.
Zulfa dan Ain, masing2 jenis kinestatik. Mula2 mereka atur iqra’ bawa lari2, conteng2 dulu. Bila diajar, angguk2 sahaja. Saya pun pasang VCD Iqra Ustaz Zamri. Nah, budak berdua tu goyang2 badan dan tetiba ikut mengaji dengan nyanyian.
Ika teruskan dengan mengeja sehingga tertidur (demam), Afnan teruskan menyebut tapi tangan main game. (demam juga)
Meriah rumah macam nursery.
Bukan tidak pernah mengajar, pernah, tapi bukan hari2.
InsyaAllah saya mahu ajarkan mereka HARI2.
Cita2 untuk menjadikan anak2 penghafaz Quran, cintakan Quran, hidup berpandukan Quran dan menjadi saham kami di akhirat kelak.
Takkan saya nak claim doa anak yang soleh padahal saya swastakan mereka mengaji dengan orang lain?
Mudah2an kami(ummu dan walid) juga tetap istiqomah. Kami biasa usai solat berjemaah akan mengaji bersama2 antara maghrib isya’. Ummu suka dengar bacaan walid.
Itulah masa yang paling bahagia bila kita berkasih sayang hanya keranaNya.
Semoga kawan2 kami pun punyai azam seperti itu.
Kepada yang sudah lama mengajar anak konsisten setiap hari, bolehlah share tips ya.
Kepada yang masih berusaha, semoga usaha kita diberkati. Amin ya Rab.
Terima kasih Puan Husna…