HAPPY 1ST ANNIVERSARY STOKIN..
.
Hari ni genap setahun saya berstokin. Permulaan untuk berstokin agak sukar bagi saya. Banyak memberontak.. Banyak berlawan dengan perasaan. Bukan tidak tahu kaki itu aurat. Tahu. Tapi tak suka untuk amalkan. Dan saya tahu ramai orang seperti saya.
.
BAGI ANDA YANG MEMPUNYAI IMAN TAHAP MALAIKAT, bersyukurlah. MOHON JASA BAIK UNTUK pause dahulu. Anda dalam dunia yang berbeza. Berbanding dengan orang lain yang baru mahu berjinak. Ajari lah kami dengan kasih sayang…simpan dulu leteran dan prasangka judgement.. Niat baik anda untuk membawa kami kepada level anda didahului dengan jutaan terima kasih. Jumpa anda di syurga. 😘😘😘😘
.
Tahun lepas, ketika travel ke Perth, Australia.. Pelbagai keajaiban berlaku. Ada 4 post di Facebook telah saya kongsikan.
.
Kita sudah biasa dididik dengan logic. Sistem persekolahan dan ilmu science sekarang menyebabkan kita mahu melihat logic baru lah mahu PERCAYA. begitu juga dengan mengamalkan islam.
.
Lafaz di bibir memang percaya bahawa apa sahaja yang Islam sarankan BAGUS.
.
Apa yang bermain di fikiran? OhHo tidak seperti dilafazkan di bibir. Di dalam jantung hati? Hipokrit. Itulah sebabkan saya MALAS BERSTOKIN untuk bertahun tahun lamanya.
.
Terdapat 2 cara untuk PERCAYA KEPADA ALLAH Melalui Islam ini…
.
1) cari kebenaran melalui sains, ilmu, buku, pengalaman orang. Dah jumpa. Baru percaya. BARU BERAMAL. amal ketika ini lebih ikhlas… Lebih tulus dari hati
.
2) beramal dahulu dgn apa yg Allah suruh. Dan dal masa yang sama, carilah kebenaran di sebalik itu.
Akhirnya, keikhlasan akan lahir juga.
.
Apakah perbezaan 1 dan 2? No 1 ambil masa lama sikit untuk beramal. Kalau mati sebelum beramal??
.
No 2, beramal dulu. Sepanjang proses amal tu akan berlaku juga peningkatan yakin..
.
Masih lagi saya ingat… Ketika saya belum berstokin, saya diperli. Memang layak lah untuk saya diperli. Namun, ia membuatkan saya merasa lebih benci dan menyampah kepada yang memerli.
Pasti anda yang belum berstokin juga merasakan yang sama..
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Namun…
Ada seseorang yang menegur saya dengan begitu berhemah.. Beliau menegur dengan hati yang bersih. Maka, teguran itu sampai ke hati saya..
.
Kata beliau…
.
“Husna.. Cubalah pakai. Pakai je dulu. Lepas tu Husna doakan pada Allah.. Agar Allah ajar Husna dengan penuh kasih sayang”
.
Subhanallah… Teguran beliau begitu begitu mendorong dan supportive… Hingga kini saya ingat pesan beliau.
.
Setelah saya berstokin, memang benar Allah mengajarkan dengan penuh kasih sayang..
– Kaki makin lembut.
– Tiada lagi pergi ke spa untuk pedicure manicure
– masalah angin berkurang dgn banyak
– bau badan? Bye bye
– KAWALAN DIRI LEBIH MANTAP
– lebih teratur proses buang air kecil. Tidak tunggu penuh pundi. Disebabkan mahu jaga kebersihan stokin.
– sistem pemanasan badan lebih efficient
– permudahkan proses untuk berwuduk.
– malahan… Begitu ramai orang berikan hadiah stokin kepada saya! Semua brand yang sama. Brand yang saya suka. Iaitu Sylvy (seperti komen pertama) ada lebih 40 pasang! Allahuakbar baik sungguh..
.
Saya mula menyedari bahawa KASIH SAYANG ALLAH Tersangat banyak! di dalam aktiviti simple jaga aurat kaki.
.
ALLAH TAK PERLUKAN KITA UNTUK TUNDUK KEPADA DIA YANG SUDAH SEDIA HEBAT.
.
Bagaimana yang tidak bertudung? Tidak solat? Tidak baca AlQuran?
.
Please… Jangan menghukum… Ajak lah dengan penuh kasih sayang…
.
Memerli akan meminggirkan malah lahir benci.
Terima kasih kepada anda semua kerana mengajak saya dengan penuh kasih sayang… Allahuakbar!
.
Happy 1st anniversary
Berstokin.