(Must read) GAME FOR Xbox 360 VS QURAN
.
Pernah anda tengok orang yang kemaruk main game?
Contoh, main game bola. JANGAN DIKACAU.
Pemain di dalam game umpama di dalam dunia nyata. Bersorak bila goal.. Bengang bila terlepas bola.. Kecewa bila Free kick tak masuk goal. Sedangkan itu semua hanyalah game sahaja.. Kita yang Kat luar ni yang mengawal pergerakan mereka..
.
Nahhhhhhh…
.
Sama lah juga dalam dunia nyata. Siapa yang kawal diri kita? Siapa yang kawal apa yang datang kepada kita? Siapa yang kawal rezeki kita? Semuanya di dalam kawalan Allah… Hatta, apa yang dilintaskan di dalam hati itu pun kerana “dijentik” oleh Allah. Apa yg kita rasa ‘aku berusaha’ itu pun kerana dikawal oleh Allah.
.
Kita bengang bila kita tak dapat apa yang kita mahukan.. Bila dapat apa yg kita mahu , mula lah kita kata “rezeki tak pernah salah alamat”. No! Masalah dan cabaran pun “tak pernah salah alamat”. Kerana di sebalik itu ada jawapan untuk doa doa kita.
.
Bersangka baik pada Allah setiap masa…
JUGA Bersangka baik pada manusia juga setiap masa.. Utk Bersangka baik setiap masa itu sukar..bila kita menggunakan kapasiti kita sebagai manusia yang ada perasaan marah, benci, dendam, kesumat… Bila baca AlQuran… Segalanya diperbetulkan.
.
Baca AlQuran pun perlu Upgrade…
Kalau asyik baca AlQuran utk kumpul pahala aja..
Itu aja lah yang kita dapat (In shaa Allah). Alquran itu petunjuk dan pimpinan. Perlukan interaksi. Perlukan kefahaman. Perlukan usaha.
.
Belajar utk SPM pun.. Bukan main lagi kita bersengkang mata.. Tanya cikgu sebab tak faham… Buat latih tubi.. Kelas tambahan. Alih alih.. Bila baca AlQuran tak faham, terus stop?? Di mana sikap belajar kita? Buang segala ego bila belajar alquran. Buang segala status bila pegang alquran. Bersihkan hati mohon tunjuk ajar dari Allah.. 165 mempermudahkan hidup sekiranya diaudit setiap hari.
.
Tidak pernah terlambat… Cari guru alquran anda.. Guru yang faham apa yang diajarkan… Amal alquran dan dia nampak seperti karakter alquran. Bahagia kerana amalkan alquran….
.
Mohon pada Allah. Jom kita sama-sama…..
Ada Pertanyaan?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Servis kami, sila hubungi Formula Masa.
Kami komited untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada anda.
Isikan borang di bawah