Nur Athirah Nor Azlan, Crew staff BR
Saya tinggal dengan ibu dan adik beradik. Ayah telah meninggal 3tahun lepas. Sejak ayah tiada, kehidupan kami sedikit kacau bilau. Adik2 bermasalah. Ibu tiada masa yang cukup menegur dan membimbing satu persatu kerana ibu saya berkerjaya. Saya diharapkannya untuk membantu. Saya juga terkapai-kapai dalam membina hidup saya setelah tamat universiti. Segala masalah yang dihadapi ini menjadi satu beban kepada saya kerana ibu banyak mengadu kepada aku, kedua sulung. Aku keluar bekerja ketika mendapat kerja pertama supaya aku dapat lari sebentar dari keserabutan masalah di rumah. Masalah tidak pernah selesai ia cuma surut seketika. Dan apabila ia kembali menyerang, aku kembali serabut. Tidak tahu nak mengadu pada siapa, tidak tahu bagaimana solusi yang terbaik. Perbincangan sekadar di mulut. Semua tiada masa atau malas untuk bertindak. Aku merasa tersepit dengan keadaan ini. Hidup semakin hambar, tiada semangat untuk hidup. Letih lalui hidup begini. Saya paling suka time solat. Walaupun tidak capai kekusyukan yang tertinggi, inilah pertama kali rasa tenang lepas solat. Rasa best solat. Rasa xmalas untuk solat. Dulu hanya doa pada Allah, apapun yang berlaku, sibuk letih macam mana skalipun, harap tak tinggal solat je. Hakikatnya ada yang terbabas kerana letih dengan kerja. Selepas ikuti prog, apa yang saya rasa adalah tenang sebelum, semasa dan selepas. Hati lapang dan fikiran tidak berserabut lagi. Orang ramai patut cuba dan rasakan sendiri perbezaan dan kehebatan yang dirasai selepas terapi. Hasil berbeza-beza. Pun begitu, jika ia mendatangkan hasil yang kepada peserta, itu cukup bagus. Saya melihatnya sendiri di sini. Walaupun saya tak rasa seperti yang mereka rasa, kerana mereka bertuah Allah tunjukkan, saya yakin dan percaya, ini bakal benar-benar membantu buat mana² yang mencari. Semoga ia dapat menyembuhkan lagi lebih ramai manusia di luar sana.