Himpunan Testimoni/Feedback dari Para Alumni FormulaMasa.com

Testimoni Alumni Puan Adilah
« 1 of 7 »
Testimoni Alumni Puan Annisha
« 1 of 7 »
Testimimoni Alumni Puan Anitah
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Fathin
« 1 of 4 »
Testimoni Alumni Puan Annalee
« 1 of 7 »
Testimoni Alumni Puan Ili
« 1 of 7 »
Testimoni Alumni Puan Azwa
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Fathin
« 1 of 4 »
Testimoni Alumni Puan Nurol
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Fasya
« 1 of 5 »
Testimoni Alumni Puan Fasya (sambungan)
« 1 of 2 »
Testimoni Alumni Puan Masleha
« 1 of 2 »
Testimoni Alumni Puan Siti
« 1 of 4 »
Testimoni Alumni Puan Marna
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Kaswia
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Najibah
« 1 of 4 »
Testimoni Alumni Puan Norinah
« 1 of 6 »
Testimoni Alumni Puan Miza
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Ili-2
« 1 of 2 »
Testimoni Alumni Puan Ros
« 1 of 3 »
Testimoni Alumni Puan Aqidah
« 1 of 7 »
Testimoni Alumni Puan Suriani
« 1 of 2 »
Testimoni Alumni Puan Wan Hidayah
« 1 of 8 »
Testimoni Alumni Puan Nor Ain
« 1 of 3 »
Kompilasi Testimoni Alumni
« 1 of 8 »

 

Sambungan Testimoni/Feedback Alumni

Norhafizah Yusoff, Suri rumah/guru

Masalah saya adalah berkaitan pengurusan masa, khusyuk solat dan tiada masa untuk al Quran. Hidup saya sentiasa kelam kabut dan tidak gembira.   Saya juga ada masalah hubungan dengan orang sekeliling. Berasa kurang yakin diri dan hubungan yang hambar bersama anak2, sanak saudara, kawan2. Yang paling saya gemari di dalam seminar ini ialah Tadabbur AlQuran, Penerangan urus sistem rumah, Penerangan design kewangan dengan al Quran. Jom dekati al Quran.

Noorfauziah Omar, Pegawai Perubatan

Bosan dengan kehidupan harian, rutin yang sama. Kurang kefahaman dan penghayatan alquran.tanpa sedar, tidak meletakkan Allah sebagai tujuan utama hidup. Yang paling saya gemari di dalam seminar ini ialah Teknik tadabur dan terapi tahlil. Berkesan untuk menghayati bacaan, lebih jelas tentang apa peranan sebagai Khalifah. Disarankan untuk hadir menerima ilmu baru. Rasai kelainan dan semangat baru untuk menjadi seseorang yang cintakan AlQuran.

Wan Muzlina Ismail, Guru

Salah satu impian untuk mendalami Al- Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bila ada masalah saya selama ini saya baca Al Quran sebagai cara saya untuk berbicara dengan Allah. Cari ketenangan jiwa untuk lebih tenang. Ada cara mudah untuk kita dekat Allah. Bersih jiwa dari sebarang rasa bersalah melakukan dosa, ada masalah. Setiap masalah itu mememanggil untuk KEMBALI KEPADA ALLAH. Paling saya suka adalah Terapi Tahlil. Jiwa kita dekat dengan Allah. Pekongsian Pn Husna dan sahabat2 semua masalah dapat diselesaikan bila jiwa kita tenang dan dekat dengan Allah. Masa berharga untuk diperuntukkan bagi kita audit kehidupan kita dengan penghayatan Al-Quran. Tidak rugi, malah amat beruntung untuk kita jalani hidup kita lebih aman dan bermakna.

Nurul Akhma Sulaiman, Guru

Saya mempunyai masalah dari segi pengurusan kewangan yang betul. Setelah menghadiri seminar ini, saya baru sedar bahawa segala masalah yang kita hadapi adalah punca dari diri kita yang mana hubungan dengan Allah tidak kuat. Dalam seminar ini diajar bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya dengan 3 cara iaitu: Solat, Quran dan Infak. Sebelum ini kita seringkali terlepas pandang bahawa infak merupakan perkara terakhir yang kita perlu fikirkan. Sedangkan banyak dalam Al – quran, kalau nak kaya, nak dapat rezeki, kena berinfak. Saya menggemari tentang terapi tahlil yang mana terapi ini membuatkan kita merasa tenang dan menghadirkan Allah dalam hati kita. Terapi ini membuatkan bahawa segala masalah yang dihadapi sngat kecil. Sebagai contoh: la ilaha illallah , bukan wang tuhan aku , Allah tuhan aku. Ini menunjukkan bahwa segala problem yang kita hadapi, perlu proses bertenang dan talk to Allah setiap masalah yang dihadapi. Saranan kepada orang lain supaya ramai lagi masyarakat yang menghadiri seminar ini kerana seminar ini membuatkan kita rasa akan rasa ada perubahan dalam diri kita dengan merasakan kehadiran Allah dalam setiap yang kita buat. Hadirkan hati kita sebelum solat supaya dapat khusyuk dalam solat.

Hanaeza Abdullah, Surirumah

Sebelum hadiri Audit Life, saya terfikir untuk menjalani Ramadhan tahun ini dengan lebih efektif tetapi tidak nampak sistem apa yang perlu saya buat untuk dapatkan impak Ramadhan yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dah lama mencari seminar yang membantu saya untuk lebih dekat dengan Allah. Alhamdulillah, approach Puan Husna berjaya menjentik hati saya. Tindakan FormulaMasa menyediakan menu Eat Clean sangat menggembirakan kerana itu la yang saya cari selama ni di dalam program-program yang berkait dengan Al Quran. Syukur kita belum mati. Sebagai tanda syukur, jom kita audit life kita sebelum terlambat.

Sapinah Omar, Kerani

Masalah diri yang berlama2 dgn energy rendah. Alhamdulillah terapi tahlil yang saya belajar di sini sangat2 membantu saya untuk untuk tidak berlama2 dgn energy rendah.  Walaupun saya dah belajar di Auditlife sebelum ini, tapi kali ini transformasinya sangat berbeza. Alhamdulillah. Best sangat tadabbur Al-quran. Feel in love Sangat❤ Makanan eat clean best sgt. Walau simple sedap 😋 Paling gemar presentation puan HH, bersahaja, lebih dekat dgn audience. Rasa macam bukan belajar kelas quran. Sbb pengalaman sy belajar kls quran sebelum ini kelasnya sgt serius &skema. Saranan supaya hadir ke kelas ini kerana kelas ini sgt berbeza dgn seminar2 lain. Sesuai utk mereka yg beginner utk berjinak dgn Al-quran walaupun anda dah lama tinggalkan Al-Quran.

Nurul Sakinah Yaacob, Bisnes

Sebelum datang ke audit life, saya ada masalah kewangan. Saya seorang online seller dan setiap bulan saya tetapkan gaji untuk diri saya.Tapi setiap bulan pasti tak cukup sebab banyak komitmen yang tetiba perlu ditunaikan. Saya tinggal bersama keluarga, jadi kadang² diminta untuk membayar bil² rumah, belanja keluarga makan dan lain-lain menyebabkan saya tiada kewangan yang stabil. Tapi dalam seminar auditlife ni, saya dah temui jawapannya. Yakni saya perlu infakkan harta saya dengan rela, kerana dengan menginfak harta hati saya akan lebih tenang dan Allah akan bantu saya dalam segala permasalahan saya. Saya suka sangat slot terapi untuk cuci hati Dan healing process kerana banyak membantu saya untuk fokus dan besarkan Allah dalam hati saya. Seminar auditlife ni sangat² perlu dihadiri oleh semua kerana dalam seminar ini Kita akan belajar dan hayati bagaimana alQuran boleh merawat dan membantu dalam menyelesaikan masalah kita sama ada masalah kewangan, perhubungan, fokus, dan lain².

Marini Mamat, Pembantu Am Pejabat

Masalah sy sblm menghadiri seminar Auditlife sy tdk pandai menguruskan masa .. sy suka part healing Quran. sy sarankan agar lebih ramai lagi sahabat2 dpt menghadirkan diri ke seminar Auditlife agar sama2 dpt memperolehi ilmu bagaimana menguruskan masa.

Amal hayati, Bussiness

Masalah sebelum menghadiri seminar auditlife ialah ada penyakit2, angin, ekzema, gastrik, selalu sakit belakang dan badan dan masalah2 lain. Selalu rasa tidak seronok. Rasa tidak puas hati. Sukar memaafkan orang lain. Berlamaan dalam emosi yang rendah. The world seems So dark. Hilang diri. Tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidup. Bila tidak jumpa tujuan hidup Perasaan risau hilang keyakinan, lemah semangat sentiasa membelenggu. Alhamdulillah. Saya sudah jatuh cinta dengan Al Quran kerana saya menemukan solusi solusi kepada permasalahan saya dalam seminar ni melalui Al Quran. Saya temui kenapa sebenarnya saya wujud dalam dunia ni. Ini kali  kedua saya sertai seminar auditlife dan kesan nya lagi terasa. Rasa cinta kepada Al Quran sangat tinggi. Al Quran menceritakan kisah hidup saya dan betapa bahagia nya hidup berlandaskan Al Quran. Saya paling gemar adalah sesi tadabbur Al Quran kerana ia melihat terus ke dalam hidup kita. Audit life menggunakan Al quran. Apa yang patut dilakukan untuk menyelesaikan masalah2 kita. Alhamdulillah. Life is So amazing and awesome.😘 Seminar ini adalah seminar yang sangat bagus jika anda mencari tujuan sebenar hidup anda kerana ia memang ada dalam Al Quran. Saya sarankan mohon la pada Allah supaya di berikan kekuatan, jalan untuk hadir ke seminar ni. Anda akan rasa bahagia. Sangat bahagia. Jika anda ada masalah2 yang tidak ada kesudahan, masalah2 selalu menjengah dan anda telah stuck dalam masalah itu, sertailah seminar ini. Carilah Allah. Balik kepada Allah. InshaAllah kita akan sangat bahagia. Tenang2 saja.

Nur Hidayatul Kamilah binti Hassan, Suri rumah

Sebelom hadiri seminar Auditlife income ni, saya ada masalah kewangan, masalah pengurusan masa Dan Masalah dalam mengawal emosi.  Serta masalah dalam kusyuk dalam solat. Apa yang saya gemari adalah bahagian tadabur Al Quran dan persiapan sebelom ramadhan. Serta Al Quran healing. Saya dapat lebih memahami dan menghayati ketika baca Al Quran.  In shaa Allah. Kepada sesiapa yang punya kesempatan dan masa, boleh turut sama join dalam program ini, in shaa Allah, banyak ilmu yang dicurahkan Dan anda akan berasa lebih dekat dgn al Quran.

Fauziah binti Ismail, Guru

Kurg fokus.. Byk lagha dan tidak fokus terhadap sesuatu. Slps dtg kursus ini byk input berguna. Terapi tahlil dan tadabbur AlQuran sgt menarik di mana telah mnyebabkn saya sgguh terharu dan terkesan jiwa. Seminar ini perlu dihadiri oleh org lain sbb byk perkara yg diluar pngetahuan kita dan dpt mnabh ilmu.

Mohd Shahran, Berniaga

Masalah saya sebelum hadir ke seminar audit life ialah saya mempunyai masalah kewangan. Saya survive dalam kehidupan sekarang untuk membayar segala bil dan loan. Syarikat saya tiada langsung modal untuk bergerak dan menyebabkan syarikat saya juga survive dalam menyempurnakan permintaan pelanggan. Kadangkala syarikat saya mendapat pelanggan dan mendapat hasil daripada kerja, tetapi semua hasilnya hanya habis untuk beberapa hari sahaja dan keuntungan tidak seperti yang dikirakan. Apa yang saya gemari dalam seminar ini ialah dapat dihadiri bersama pasangan. Penerangan yang jelas dan tiada iklan untuk mewajibkan ke kelas selepas ini, tiada iklan untuk anak-anak syarikat business seperti kelas-kelas yang ada sekarang. Saranan saya ialah, datang ke seminar ini bersama pasangan masing-masing kerana ianya adalah untuk menuju cinta Allah bersama dan mengharmonikan rumah tangga.

Siti Soleha bt Mohd Yusoh, Peg. Khidmat Pelanggan

Saya masih stuck pada masalah kewangan.. Selain dari itu, saya juga sedang mencari jawapan kpd masalah saya yang dirasakan semakin longgar imannya,serta istiqamah yg nampaknya semakin goyah. Pada sesi auditlife Feb baru ni, saya pulang dgn hati yg tenang dan lega.. Selalu positif walaupun masih bermasalah kewangan.. Hubungan dgn suami pun semakin akrab.. Sekarang ini saya bimbang jika kembali serabut seperti dulu.. Sedikit demi sedikit sudah nmpk. sbb itu kali ini saya dtg bersama suami utk bersama2 bimbing saya utk berubah ke arah yg lebih baik, tp beliau x sihat terpaksa pulang awal pagi tadi.. Saya sukakan sesi tadabbur yg ygmana pada saya sesuatu cara yg baru dan berkesan.. Selain itu saya juga suka sesi terapi Al quran yg lebih menenangkan. Audit lah diri dengan Alquran. Hanya dengan berada di dalam seminar ini anda akan merasakan kelainan dlm kehidupan selepas mengikutinya..

Norhartini Abdul Wahab, Pen. Pengurus Asrama

Masalah sblm hadir program ialah kesibukan pada hari sebelum mbuatkan badan penat dan berat hati untuk hadir. Selain itu, perlu bangun awal pagi untuk memandu ke tempat program kerana program bermula pukul 4 pagi. Masalah kewangan seperti yuran juga hampir mematahkan semangat untuk menyertai program ini. Saya gemar konsep energy reallalignment: u control it or struggle life kerana dapat mengetahui cara untuk mengawal tenaga bagi mengelakkan masalah berlama-lamaan dalam diri. Saya sarankan kepada semua orang untuk menyertai program ini kerana benda yang diajar meliputi semua sekali dalam kehidupan kita untuk dipraktikkan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi sehari-hari.

Syahidah, Guru

Masalah pengurusan masa yg tidak cekap dlm pembahagian masa pada anak2, rumahtangga dan kerja. Saya suka bahagian terapi tahlil kerana menghadirkan rasa tenang dan ikhlas dlm beribadat. Disyorkan utk semua yg ingin rasai nikmat tenang dan sistem hidup berlandaskan Al Quran.

Azamanudin, eksekutif

Masalah yang dihadapi sebelum hadir audit life ialah konsistensi dalam menghadirkan ketenangan hidup dan kembali kepada Allah. Secara umumnya saya tahu bahawa apa apa masalah akhirnya kita perlu berbalik kepada Allah jua. Namun pengetahuan teori sahaja nyata belum cukup untuk membawa ketenangan dalam hati dan mengawal energi rendah dalam diri. Ini menyebabkan kerap energi rendah gagal diurus dengan baik. Seminar ini menunjukkan jalan praktikal terhadap pengetahuan yang telah ada. Pendekatan ini sangat baik kerana ia adalah actionable knowledge yang boleh dilakukan terus tindakannya. Pendekatan terapi yang dikongsi sangat membantu dalam memandu diri. Kemampuan puan husna haron mengekalkan momentum dengan energi tinggi sepanjang program juga menjadi inspirasi. Ada kisah kita di dalam alquran!

Nurul Kariemah, Guru

Masalah yang saya hadapi ialah masalah kewangan untuk menguruskan keluarga memandangkan saya menjaga ibu yang mempunyai masalah diabetes. Saya juga dilema dengan tanggungjawab dan kerjaya memandangkan bekerja sendiri menjadikan saya tidak ada masa untk dirumah…. mungkin seorang ibu dpat merasakan yg saya ini tidak punyai masa untuknya….. Sya sangat teruja dpat mmpelajari terapi dan teknik2 yg diberikan….contohnya terapi tahlil….kerana terapi itu dapat saya melakukan talk to ALLAH dengan cara yg lebih berkesan kerana dapat merasakan kasih sayang drp ALLAH untuk hambanya….Teknik tadabbur alquran juga sangat mmbantu sya dlam memahami maksud sebenar setiap patah alquran dlam kehidupan seharian saya…. Saya akan membantu mana2 sahabat handai atau saudara mara yang mempunyai pelbagai masalah dalam kehidupan dengan mencadangkan menyertai program auditlife dengn lebih berkesan….. kerana dlam program ini kita dapat sesuatu yg pelik yg mampu mengubah diari hidup kita dengan lebih positif.

Asmahanis Hamad, Guru

Saya tidak tahu cara yg betul untuk tadabbur dan terapi tahlil utk lbh mendekatkan diri dgn Allah dan kembali kpd Allah walaupun pernah mendapat pendedahan terapi tahlil dan tadabbur dapat menghadirkan pelbagai rasa dlm diri supaya lbh insaf tentang setiap tindakan yang pernah dilakukan. Cuba menghadirkan diri utk program akan datang supaya dapat mengetahui cara utk kembali kpd Allah dan mengamalkan solusi untuk mendapatkan penyelesaian sesuatu masalah.

Wan Normalini W.Mohd Ghani, Usahawan Kosmetik

Masalah saya sebelum hadiri auditlife:
🐾Tidak pandai utk mula membaca makna atau surah dahulu.
🐾Tak tahu cara utk mendalami tafsir
Saya gemari dalam seminar ini:
🐾Belajar dulu kembali kpd fitrah
🐾Terapi Tahlil
🐾Life/Quran/Audit(banding)

Wan Syahidah Wan Mohd, Pensyarah

Susah untuk istiqamah bagi melakukan ibadat untuk mendekatkan diri pada Allah. Susah untuk konsisten baca Al-Quran dan solat di awal waktu. Sering terlalai dengan kerja sehingga gagal untuk kerja di awal waktu. Hati sering berbolak balik dan resah dalam kehidupan seharian. Sering tertanya-tanya betul ke tidak keputusan yang dibuat. Yang paling saya gemari di dalam seminar ini ialah Solat berjemaah, Al-Quran healing di mana kita membandingkan masalah kita dengan ayat Al-Quran dengan cara tadabbur. Selain itu, di seminar ni dia ajar asas kepada penyelesaian masalah iaitu solat, Al-Quran dan infaq. Semuanye kembali kepada Allah. Diseminar ini juga kita di ajar formula auditlife bagi menyelesaikan masalah. Semua orang Perlu join..kerana semua masalah kita perlu diselesaikan dengan cara kembali kepada Allah.

Nur Zahidah, Pengajar

Masalah saya sebelum join seminar ini:
* fokus utk tadabbur alquran
* keliru dengan cara menyelesaikan masalah
* kelam-kabut dalam membuat keputusan
Apa yang saya gemari dalam seminar ini:
* kaedah menenangkan diri dengan Terapi Tahlil
* exercise dengan Terapi Alhamdulillah
* pengenalan sistem penjadualan harian
* makanan eatclean
Program ini sesuai untuk mereka yang ingin mendedahkan diri dengan formula untuk mengaudit diri serta kehidupan agar lebih sistematik dan lebih fokus.

Syafawi Aluwai, Engineer

Masalah yg dihadapi ialah tiada semangat n keikhlasan dalam melakukan kerja-kerja ditempat kerja. Ianya berpunca dr perasaan yg merasakan diri tidak dibayar dgn gaji yg rendah dr spatutnya. Penambhn kerja yg diluar bidang mnambhkan lg beban kerja. Yg paling digemari ialah aktiviti quran healing, asas tadabbur serta aktiviti2 kerohanian seperti bacaan quran n solat berjemaah. Ianya amat penting untuk menyelesaikn apa jua masalah berdasarkan al quran. Saranan kepada semua umat Islam yg ingin mendekatkan diri dengan Allah dan memahami kelebihan al quran wajib hadir program ini.

Norhafizah Nordin, Guru

Masalah hutang yang nak disettle secepat mungkin. Masalah konsisten nak baca alQuran,  Iman yang turun naik, solat tak khusyuk dan tergesa-gesa dalam solat. Yamg paling saya gemari ialah Perkongsian cara menyelesaikan masalah menggunakan alQuran. Terapi Lailahaillah menusuk masuk ke dalam hati. AlQuran kena dengan diri sendiri Saranan saya kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghadiri seminar auditlife supaya kehidupan harian lebih baik berpandukan alQuran dan kembali kepada Allah..

Nur Athirah Nor Azlan, Crew staff BR

Saya tinggal dengan ibu dan adik beradik. Ayah telah meninggal 3tahun lepas. Sejak ayah tiada, kehidupan kami sedikit kacau bilau. Adik2 bermasalah. Ibu tiada masa yang cukup menegur dan membimbing satu persatu kerana ibu saya berkerjaya. Saya diharapkannya untuk membantu. Saya juga terkapai-kapai dalam membina hidup saya setelah tamat universiti. Segala masalah yang dihadapi ini menjadi satu beban kepada saya kerana ibu banyak mengadu kepada aku, kedua sulung. Aku keluar bekerja ketika mendapat kerja pertama supaya aku dapat lari sebentar dari keserabutan masalah di rumah. Masalah tidak pernah selesai ia cuma surut seketika. Dan apabila ia kembali menyerang, aku kembali serabut. Tidak tahu nak mengadu pada siapa, tidak tahu bagaimana solusi yang terbaik. Perbincangan sekadar di mulut. Semua tiada masa atau malas untuk bertindak. Aku merasa tersepit dengan keadaan ini. Hidup semakin hambar, tiada semangat untuk hidup. Letih lalui hidup begini. Saya paling suka time solat. Walaupun tidak capai kekusyukan yang tertinggi, inilah pertama kali rasa tenang lepas solat. Rasa best solat. Rasa xmalas untuk solat. Dulu hanya doa pada Allah, apapun yang berlaku, sibuk letih macam mana skalipun, harap tak tinggal solat je. Hakikatnya ada yang terbabas kerana letih dengan kerja. Selepas ikuti prog, apa yang saya rasa adalah tenang sebelum, semasa dan selepas. Hati lapang dan fikiran tidak berserabut lagi. Orang ramai patut cuba dan rasakan sendiri perbezaan dan kehebatan yang dirasai selepas terapi. Hasil berbeza-beza. Pun begitu, jika ia mendatangkan hasil yang kepada peserta, itu cukup bagus. Saya melihatnya sendiri di sini. Walaupun saya tak rasa seperti yang mereka rasa, kerana mereka bertuah Allah tunjukkan, saya yakin dan percaya, ini bakal benar-benar membantu buat mana² yang mencari. Semoga ia dapat menyembuhkan lagi lebih ramai manusia di luar sana.

Nor Shahida Hani Hamzah, Pengusaha Taska

Masalah Sblm menghadiri Auditlife, perasan berbelah bagi sama ada mahu hadir @ tidak. Sbb selalu fikir susah nak tinggal kan baby yg still bf. Sehari sblm seminar, double confirm location seminar & Alhamdulillah x jauh dr rumah. Check dgn organizer still ade kosong, so ade rezeki utk attend Auditlife Ramadhan kali ini.. Terima kasih Ya Allah sbb mengizinkan & menjemput sy utk hadir. Alhamdulillah byk sgt2 ilmu & praktikal yg dipelajari dlm tempoh lebih 16 jam non stop.. It was so amazing.. Tak pernah attend lagi seminar sehebat ini.. Terima kasih Puan Husna Haron 😍😍😍. Alhamdulillah semua input yg powerful & beri impact yg sangat besar selepas diamalkan. Seminar Auditlife nie wajib dihadiri kerana sangat bagus utk relate kan life dengan Al-Quran.. Al-Quran sbg panduan hidup Dan wajib dipelajari & diamalkan.

Noraznafulsima Khamshah, Pensyarah

Saya mempunyai masalah hati yang berbolak balik. Apabila energi lemah saya mula menjadi kurang efektif terutama di dalam solat awal waktu dan konsisten membaca Al-Quran. Saya mempelajari cara mencuci hati dengan menggunakan terapi tahlil. Perkara yang utama adalah untuk menyelesaikan masalah perlu kembali kepada solat, Al-Quran dan infak. Saya juga belajar bagaimana menurunkan frekuensi wave ke tahap alfa. Saya juga belajar menggunakan sistem dalam kehidupan. Saya sangat menyarankan untuk mereka yang sentiasa bergelut dengan masalah daln struggle dalam kehidupan agar hadir ke program auditlife Puan Husna. Beliau akan membimbing peserta untuk kembali kepada Allah melalui Al-Quran.

Azizah Ibrahim, Guru

Masalah Mcm2 ada.. Ttp yg plg utama masalah kesihatan yg menganggu amal ibadah. Saya menggemari semua teknik dan terapi yg di sampaikan oleh Puan Husna. Jom join prgrm2 puan husna utk upgrade diri ke arah lebih baik.

Nur Syahida Mohamad Salleh, Peniaga

Masalah sebelum saya hadiri seminar ini saya tercari cari siapa diri saya. Apa kaitan baca al quran dengan diri saya. Apa tujuan saya baca al quran. Tujuan saya hidup. Apa kaitan al quran dengan masalah yang saya hadapi. Kenapa Allah uji saya begini. Kenapa ini terjadi pada diri saya. Kenapa Allah tak makbulkan doa saya. Paling saya suka dalam seminar auditlife cara  terapi tahlil dan healing al quran. 2 benda ni pestime saya dengar. Selama ni memang baca al quran tapi takde perasaan. Selama ni memang baca tahlil tapi tak menghayati. Selepas diajar cara yang betul untuk menghayati dan memahami al quran. Saya rasa diri saya lebih tenang. Ketika solat pun seronok. Untuk mereka diluar sana datang la seminar auditlife. Yess bayar nampak mahal tapi ilmu tu berkesan dan tak bole dapat kat mana mana pun. Orang ingat auditlife ni hanya belajar mengaji tapi sebenarnya lebih untuk pemahaman al quran. Dalam al quran ada kisah kita sebenarnya. Datang la seminar ni. Tak rugi langsung.

Munirah Alyani bt Ab Jabar, Berniaga

Sebelum menghadiri Program Auditlife, saya membaca Al Quran setiap hari, tapi hidup saya tetap berserabut, bergaduh dgn pasangan, cepat marah dan sebagainya. Bila saya baca Quran, saya tak rasa apa apa. Hati saya kosong, dan saya tak faham apa yg saya baca. Saya paling gemari sesi solat berjemaah berbumbungkan langit dan eat clean. Bila solat kat luar, hati automatik rasa sangat tenang dan rasa dekat dengan Allah. Satu lagi menu eat clean, ianya sgt best kerana ia mrupakan titik tolak untuk kita mngamalkan eat clean di rumah pula. Dan paling super power ialah terapi tahlil. Satu terapi yg anda tak akan dpt dkt tempat lain. Saya menyarankan kawan kawan yg belum hadir ke program auditlife, hadirlah ke program ini kerana jawapan kepada masalah kita selama ini ada dlm seminar ini.. Semua jawapan dan persoalan hidup kita ada dalam Al Quran.

Wan Roshani Wan Mohammed, Agent Takaful

Masalah bebanan kewangan dr segi tadbir urus yg x betul. Masalah kesihatan anak yg Ada sawan. Masalah utk menguruskan Masa dgn baik dlm menunaikan hubungan dgn Allah Dr segi solat Dan mengaji Al quran. Di ajar macamana menggunAkan terjemahan utk mencari solusi kepada masalah yg ada. Perlu hadir utk seminar ini bagi mengaudit diri sendiri untuk mengupgrade diri menjadi lebih berkualiti.

SITI NURUL AKMAL BT IBRAHIM, Pegawai Sains

Masalah sy sebelum hadir auditlife adalah sebab rasa struggle dengan hidup sendiri. Ibu bekerjaya yang uruskan anak sorang diri sebab pjj dgn suami. Allah je yang tahu cabarannya bagaimana. Lelah dan penat sangat2 setiap hari keje. Hujung minggu pula nak kemaskan rumahtangga, sorting kain baju. Tiada masa untuk berehat. Lantas bila kita penat, kita sering nak anak faham kita,sering marah kat anak sebab kita stress. Semua ini asbab jauhnya hubungan dengan Allah. Solat tak jaga (lewat2kan solat), kurang baca quran, kurang sedekah, hati terasa jauh dgn Allah. Apa yg sy gemari adalah part quran healing,terapi tahlil. Allah, berjuraian airmata jatuh saat tikamana teringatkan dosa2 silam, hati kotor sebab byknya dosa. Byknya dosa sebab tak mahu kembali kpd Allah. Kembali dgn fizikal bukan menusuk ke hati. Bestt sgt seminar ni sbb dpt ilmu baru. Baru  belajar macam mana nak tadabbur quran. Bukan main redah baca tafsir je. Dan dpt tau Rahsia khusyuk dalam solat jugak diajarkan. Anda semua wajib join seminar ni!!! Sangat banyak manfaat. Banyak benda kita yg kena berubah dulu. Bukan orang lain. Sgt2 mengaudit diri sendiri. Audit diri dgn Alquran.

Rinawati Halan, Online seller

Masalah saya sebelum menghadiri program auditlife adalah saya dibelenggu dengan beban hutang sehinggakan saya diistiharkan muflis.  Tekanan makin bertambah setelah suami saya meninggal dunia. Dgn pendapatan sebanyak rm125 seminggu saya struggle untuk menampung perbelanjaan saya dan anak-anak. Slot yang paling saya gemari dalam program ini adalah slot peserta berkongsi perubahan yg dirasai sepanjang berada didlm program ini dan saya juga menggemari slot quran healing kerana saya dpt mempraktikan sendiri apabila telah kembali ke rumah. Saya menyarankan agar semua orang utk hadir ke program auditlife dan merasai sendiri bagaimana asbab hadir ke program ini akan menjadi turning point kepada cara kita membawa AlQuran utk dijadikan panduan dlm kehidupan kita seharian.

Norhasyima Alias, Bisnes

Saya mengalami kecelaruan dalam diri, stress dengan diri sendiri, masih mencari solusi yang terbaik berkaitan diri dan masalah saya sering kurang fokus.. Mood up & down. Program ini lebih memberi impak kepada hati.. Merungkai segala kecelaruan setiap peserta dalam menyelesaikan pelbagai masalah.. Mengajar mendekatkan diri memahami Al Quran dengan lebih menitikberatkan soal tafsir dan bukan bacaan dalam bahasa Arab semata2. Wajib sertai program sebegini kerana kita lebih mengenal diri kita sendiri.. Lebih fokus dalam solat dan membaca Al Quran.

Nurul Najhah Yusof, Berniaga

Masalah saya dari segi ingin mempelajari ilmu al quran dengan lebih mendalam dari segi terjemahan nya. Di mana saya tahu pasti akan jumpa jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Slot yang saya gemari ialah Tahlil terapi di mana, kita detoxkan dulu anasir² yg negatif sblum melakukan solat / mengaji . Mesti join Audit life sbb segala apa masalah kita, jawapannya ada di dlm Al Quran. Letak kebergantungan kita sepenuhnya pd Allah.

Sharifah Hajjar binti Syed Rahman, Private Tutor

Masalah terbesar saya adalah tiada ketenangan hati.Saya mencari apa yang saya tiada, dan tak mensyukuri apa yang Allah dah beri pada saya. Saya selalu rasa marah pada takdir dan enggan menerima kesalahan sendiri. Pada hari ini, saya redha atas setiap yang berlaku kepada diri saya hatta ia buruk sekalipun. Saya sudah berdamai dengan ketentuanNya kerana saya sedar yang hakiki adalah akhirat bukan dunia. Saya suka Terapi Tahlil kerana saya merasa kasih sayang Allah pada saya. Hari ini saya menitiskan air mata yang sejuk dan ada suatu kelegaan yang teramat pada dada saya.alhamdulillah. Sertailah Audit Life ini sekiranya anda rasa lost, anda rasa kosong, anda rasa jauh dari Allah. ALR ini akan membawa anda dalam satu perjalanan spiritual untuk mengenali diri sendiri, audit isu yang dihadapi dan penyelesaian kepada persoalan yang sekian lama telah tersdia dalam Al Quran.

Syuhada Ab Kadir, Bussiness owner

Masalah dalam mendalami al quran dan tidak faham terjemahannya. Selain itu masalah pembacaan quran tanpa merasa apa-apa selain ketenangan. Sekadar baca tetapi tidak memahami.  Masalah kedua ialah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selama ini kita meletakkan orang lain di tempat teratas jika ada mslh, bukannya Allah Yg Maha Menyelesaikan masalah. Masalah kesihatan juga punca saya ke program ini bagi mempelajari Terapi Al Quran bagi penyelesaian masalah. Sesi Talk to Allah begitu menusuk kalbu kerana kami diajar supaya memberitahu/mengadu kepada Allah apa jua masalah. Terapi tahlil juga banyak membantu kami untuk kusyuk dlm solat. Quran Healing pula banyak menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh kami dan hendaklah dilakukan secara berterusan. Sila hadir program ini sekiranya anda tidak mahu sesat selamanya. Anda akan dibimbing mengenal Allah melalui Al quran. Banyak penyelesaian akan ditemui di dalam program ini.