Skip to main content

Saya Maisya Othman. Saya bekerja sebagai Network Engineer. Setiap hari saya akan keluar rumah pada

pukul 7 pagi dan biasa akan pulang 7 malam ke atas. Saya mempunyai 3 orang anak yang berusia 2

tahun hingga 8 tahun.

Kehidupan SEBELUM Sertai FormulaMasa

Kehidupan saya agak penat lebih-lebih lagi saya tinggal di ibu kota. Setiap hari, saya terkejar-kejar masa, di mana bila pulang kerja saya perlu memasak untuk family. Seringkali juga, saya membawa kerja saya balik ke rumah .Banyak kali saya tidak sempat memasak di rumah, saya juga tak sempat untuk mengajar anak-anak. Seperti ibu-ibu lain juga ,bila hujung minggu,masa saya terhad di mana saya akan focus untuk kerja rumah sepeti membasuh dan melipat baju seperti gunung,membasuh toilet etc. Besarlah harapan saya agar suatu hari saya dapat memasak untuk anak-anak dengan lebih kerap, boleh focus pada anak-anak dan family. Di samping menjalankan business sambilan saya.

Kehidupan SELEPAS Sertai FormulaMasa

Hinggalah suatu hari, saya membaca status kawan saya yg memperkenalkan ebook formula masa yang di tulis sendiri oleh beliau. Memang kena dengan masanya, di mana saya sgt perlukan guidance untuk mengatur masa saya dengan lebih efficient. Saya Berjaya menghabiskan module dalam masa 2 hari tetapi keep on repeating membaca nya untuk self reminder. Daripada situ saya revamp sebahagian routine hidup saya.

cookSaya revamp dapur supaya lebih bersih dan teratur,jadi senang saya memasak, dapur bersih membuatkan kita lagi bersemangat. Saya juga routinekan diri saya untuk mengajar anak-anak membaca dan mengaji Al Quran. Bila sudah jadi routine, semuanya rasa senang dan teratur. Anak-anak lebih berdisiplin dan mendengar kata. Anak-anak saya hanya bermain gadget jika dibenarkan, mereka boleh pegang gadget weekend sahaja.Itupun ,saya pantau berapa jam sahaja boleh main.


cook2

Sekarang saya tidak menghadapi masalah laundry lagi,sedangkan masalah laundry la yang menyerabutkan kepala saya. Saya routinekan diri saya untuk membasuh baju dan melipat hari2,maka masalah baju gunung memang dah takde. Jika sebelum ini, saya rasa saya takkan rajin untuk basuh,jemur dan lipat hari2, tapi bila dah routine dan saya jadi tak serabut,saya jadi seronok buat hari-hari walaupun penat balik kerja.

kids 2    Kids 1kids

Hasilnya, saya tak berat hati lagi untuk keluar/berjalan di hujung minggu,sebab tiada kerja tertunggak di hari minggu.Saya rasa tenang, dan buat masa sekarang, saya mempunyai lebih masa untuk ‘me’ time. Di mana ‘me’ time itu saya byk gunakan untuk mencari ilmu. Dalam kesibukan saya sehari-hari, saya juga sempat menjalankan business kecil kecilan yang merupakan minat saya. Saya sangat berminat dengan baju-baju baby dan anak-anak. Maka tertubuhla page saya KIDS CLOTHING SITE yang menawarkan baju kanak-kanak dengan harga yang lebih rendah.

Buat masa ini, hidup saya masih sibuk namun lebih teratur daripada sebelum saya mengenali FormulaMasa. Saya amat berterimakasih kepada Puan Husna kerana telah mencetuskan idea membantu ibu-ibu mengatur masa dengan lebih baik.

RUJUKAN

Facebook : Maisya Othman

Facebook Page Business : Kids Clothing Site

=====================================

Ulasan Pn Husna Haron

Apa yang dinyatakan oleh beliau di atas adalah HASIL selepas REVAMP.  Ia dimulai dengan Perubahan dari segi System Rumah, Kendalian Diri dan Fokus.

Apabila kita ingin REVAMP masa, teramat penting untuk kita perkukuhkan dahulu ASAS kehidupan berkeluarga. Pn Maisya melanggan Pakej Kuali REVAMP YOUR ROUTINE (sila klik). Apabila kesibukan datang menerjah, beliau pasti merujuk balik point penting yang dinyatakan.

Kini, Pn Maisya Sedang melebarkan sayap untuk memajukan bisnes nya yang semakin mendapat sambutan. Ini lah yang dikatakan, Yang dikendong di jaga rapi, yang dikejar semakin datang. Semoga Pn Maisya Terus berjaya dunia dan akhirat!

Husna Haron

Leave a Reply