Skip to main content

Dunia ini dipenuhi dengan limpahan kasih sayang yang berterusan

By March 15, 2017QURAN

Abundance… Sekiranya kita merasakan sebaliknya.. Ia pasti disebabkan 165 tergelincir. Iaitu ingkar terhadap perintah Allah secara sengaja atau tidak sengaja.
.
Allah tidak hegeh pun pada kita utk beribadah padaNya. Permulaan, kita mungkin amalkan 165 (Ehsan, rukun iman, rukun islam) kerana
– budaya turun temurun
– dipaksa dan terpaksa
– persekitaran
.
Permulaan macam tu kalau kita hanya ikut tanpa berfikir dan cuba memahami kenapa Allah Design Islam macam tu. ISLAM ADALAH SATU CARA HIDUP yang sejahtera sekiranya kita ikut..
.
Ikuti islam pula haruslah menyeluruh.. Kerana ia akan berikan kesan yang menyeluruh. (surah Al Baqarah 2:208) Sekiranya sudah amalkan islam, namun rasa tidak bahagia dan sengsara.. PASTI SEBABNYA ADALAH kita tergelincir dari landasan 165.
.
Seringkali kita menyatakan bahawa “hidup ini penuh dengan ujian”.. Dan kerana Allah sayang kita, kita diuji.. Ya benar dengan Statement ini.. Namun jangan sesekali tertinggal sambungan nya iaitu.. ” hasil dari ujian itu kita juga di Upgrade dan dikurniakan pelbagai nikmat.. Sejauh manakah kita cukup istighfar di atas ujian dan bersyukur setiap masa?”
.
Allah ArRahman dan ArRahim… Yg penuh dengan kasih sayang.. Tiba2 kita rasa hidup umpama dlm neraka.. Kenapa? Kerana kita yang salah memilih ilham keburukan.. Maka merugilah kita.. Sekiranya kita pilih ilham kebaikan, maka beruntunglah.. (surah AsySyams)
.
Solusi?
AUDIT 165 setiap hari
Dan
Baca AlQuran dengan Mutiara nya..
Sehingga berinteraksi dengan Pencipta Kita..
.
#SeminarTimeRevamp
#HusnaHaron

18-FEB-1(1)

18-FEB-1(2)

18-FEB-1(3)

HusnaHaron

Leave a Reply