Skip to main content

Dilema Ibu Bekerja : Duit vs Masa

By December 26, 2014November 9th, 2016Ibu Bekerja

Semua ibu mahukan kehidupan seimbang dunia akhirat. Sebolehnya, kita mahu luangkan masa untuk keluarga, didik anak, urus rumah tangga, kerja dsb. Namun, kita tahu di alam realiti agak sukar untuk capai segalanya serentak kerana keperluan kewangan. Ya, sebagai ibu kita perlu bekerja. Maka, kita tiada masa untuk didik anak terutamanya dalam acuan Islam. kita memang jaga anak dan sebolehnya cari sekolah yang terbaik.

Saya bukanlah warden asrama atau cikgu yang akan potong markah kalau tak didik sendiri anak. Tapi “warden akhirat” yang akan potong markah pahala kita. Dan lebih teruk, denda dosa pula bertambah sekiranya kita tak didik anak-anak dengan acuan Islam. Impak markah dosa dan pahala itu, akan kita rasai di dunia lagi. Apa kata, kita sama-sama audit diri kita, apakah kita merasai impak bahagia atau impak derita SEMASA di dunia ini?

Saya tergerak hati perihal impak ini semasa saya merasai kehidupan yang kelam kabut dahulu (sebelum Tukar Rutin). Ketika itu saya sedang YouTube Reset Minda daripada Penceramah Kesayangan saya yang telah merubah dimensi cara saya berfikir. Dimana saya tertarik dengan kata-kata beliau yang lebih kurang berbunyi

Kalau nak syurga, di dunia ini kita dah rasa nikmatnya kerana rasa bahagia umpama di syurga itu adalah impak dalaman yang akan diterjemah secara luaran”.

Apakah anda rasai apa yang saya rasa? Ketika itu, saya rasa hidup sebagai seorang ibu tak best! Balik dari pejabat kena kerja lagi, kelam kabut, tidak cukup rehat dan tidur, stress dengan kerja rumah yang tak habis-habis, tidur dan rehat tidak cukup. Tiada masa berkualiti dengan keluarga. Kita merasakan kita berkorban di dunia untuk kebahagiaan keluarga agar kita peroleh syurga. TETAPI kita rasa sengsara dengan pengorbanan itu.

Disitu saya terhentak dengan kata-kata Penceramah tersebut. “apakah status saya ini? Apakah saya hidup di neraka dunia?” daripada situ saya berfikir bagaimana untuk berubah. Dalam proses itulah saya bertemu dengan idea Tukar Rutin ini. Idea datang sikit-sikit, pelbagai adjustments kehidupan saya lakukan selama 8 bulan. Selepas jalani kehidupan selepas Tukar Rutin, Subhanallah hidup rasa sangat bahagia dan apa-apa yang dilakukan sangat efektif. Apa jua impian yang saya impikan mudah dicapai. Sehinggakan setiap detik saya merasakan “Alhamdulillah, betapa sayangnya Allah kepada saya. Ada maid atau tiada maid bukan faktornya. Ramai atau sikit anak juga bukan. Apa jenis kerjaya pun boleh”. Hinggalah sampai ke satu tahap, saya merasakan sekiranya saya boleh keluar daripada zon derita itu, bagaimana ibu-ibu yang lain?

Lantas saya bukukan pengalaman saya untuk keluar dari “hidup tiada masa sebagai ibu bekerja” dan kongsikan kepada kenalan terdekat. Alhamdulillah, mereka juga Berjaya!!! Subhanallah! Allahuakbar! Lantas saya programkan segala idea itu didalam Program Online “Tukar Rutin untuk Ada Lebih Masa” agar saya boleh bantu lebih ramai ibu-ibu yang mengalami masalah yang saya alami sebelum ini.

Sekiranya anda juga alami masalah itu, saya jemput untuk pergi ke http://www.formulamasa.com/testimoni untuk tinjau apa kata ibu-ibu lain yang sudah sertai program ini.

Salam sayang,

Husna Haron

p/s bukan urusan kita untuk menilai apatah lagi menghakimi syurga dan neraka. Namun, ia adalah sesuatu yang kita harus reflex.

ibu stress - efficient2me

Masalah Biasa Ibu Bekerja 

Sumber Gambar  : google.com

[mashshare]
Husna Haron

Leave a Reply