Skip to main content

DI SEBALIK HELAIAN JANTUNG PISANG…

By February 21, 2018Blog, I - Ilmu

Rezeki Allah itu tersangat luas.. Yang membuatkan kita merasa AKU SEBENARNYA KAYA.. Rasa kaya itu hadir dengan JIWA YANG KUAT BERSYUKUR dan BERPRASANGKA BAIK SAHAJA PADA ALLAH DAN MANUSIA.
.
Apabila kita meletakkan rezeki hanyalah wang ringgit, ketika itulah kita merasakan dunia ini sempit. Hatta di dalam kesempitan rezeki itu, tetap disarankan agar kita MEMBERI.. Bagaimana mahu MEMBERI apabila kita tiada? Oh itulah kefahaman yang kita perlu luaskan skopnya…
.
Kerana kita ADA, kita MEMBERI
kerana kita dipinjamkan, KITA ADA
kerana kita masih hidup, kita DIPINJAMKAN
kerana kita masih di dunia, Kita DIHIDUPKAN
tatkala kita tidak memberi.. Kita mati sebelum mati..
Spiritual mati di dalam jasad yang belum mati.
Spiritual mati??
.
Astaghfirullahalzim…
.
Ajari diri utk memberi ilmu yg ada kepada yg tiada
Ajari diri utk memberi senyuman kepada sesiapa
Ajari diri utk membantu yang dihadirkan kepada kita utk dibantu..
Ajari diri utk beri masa kepada yang memerlukan perhatian
Ajari diri utk beri hatta setitik gula kepada semut..
Ajari diri utk memberi yang terbaik yg kita Ada..bukan yg terburuk.. Bukan yang terbuang..
Ajari diri utk memberi yg tidak mengharapkan apa apa balasan…
.
Di dalam memberi.. Ada bahagia.. Ada ketenangan.. Ada sesuatu yang tidak terhingga nilainya…
I miss you ya Allah….

HusnaHaron

Leave a Reply