DERMA DARAH…
.
Derma dan sedekah.. Apa sahaja yg kita ada.. Tak semestinya duit… Dan tips bonus.. Ikut Alquran, kalau mahu sedekah, berikan dari yang terbaik…
.
Maka, ketika derma darah ini… Saya baca ayat Alquran. Ulang hafazan.. Agar darah yg didermakan ada nilai yg lebih tinggi… Ketika membaca Alquran dengan upgraded tajwid, side effects nya adalah “healing power”…
.
Semestinya penerima darah adalah orang yang sakit kan.. Saya tidak tahu sejauh mana ayat Alquran itu akan membantu bakal penerima.. Namun, saya percaya setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan hatta sebesar biji sawi..saya pasak kan sahaja doa kepada beliau..Allah yg Maha Menyembuhkan..
.
Ternyata..
.
Kita ada banyak harta.. Abundance of everything.. Setiap hari makan dan minum. Derma darah.. Tak luak duit pun. Malahan menjimatkan duit lagi kerana dapat hadiah beberapa jenis vitamin percuma.
.
Utk anda yg belum pernah derma darah.. Disini disertakan tips ringkas
.
1- Pastikan anda cukup tidur
2- tidak makan beberapa jam sebelum derma darah
3- sihat. (ada soalan yg perlu dijawab di dalam borang)
4- ada berat minimum diperlukan
.
Jangan risau.. Pegawai perubatan dan nurse tersangatlah penyayang…masa yg diperlukan adalah sekitar 30 minit.
.
– 10 minit isi borang, check jenis darah dan jumpa pegawai perubatan
– 10 minit derma darah
– 10 minit rehat sebelum bangun (elak pening) dan minum Milo, makan biskut dan dapat vitamins. semua percuma.
.
Boleh derma darah setiap 3 bulan. Kalau lepas segala syarat..
.
Kat mana nak derma? kat semua hospital kerajaan ada. Pada waktu bekerja.. Jom kita derma darah.. Bantu kementerian kesihatan… Bantu pesakit.. Bantu doktor.. Bantu nurse… Bantu keluarga mangsa.. Bantu diri sendiri juga!