Skip to main content

DALAM AL-QURAN ADA ZOO TAK?

By February 20, 2018July 13th, 2018A - Anak & Suami, Blog, I - Ilmu

Ammar bertanya “mama.. Dalam Alquran ada zoo tak?”
.
Zoo tu adalah tempat pengumpulan pelbagai haiwan. Dalam Alquran ada kisah pelbagai haiwan… Setiap haiwan yg diceritakan adalah utk manusia berfikir. Kerana sesungguhnya manusia adalah sebaik ciptaan (surah at tin).. Namun kalau kita tak gunakan capacity kita sebagai manusia yg dikurniakan akal, alquran dan islam… Maka, haiwan lagi hebat dari manusia….
.
Macam mana tu? 
.
Semua haiwan bekerja, makan, tidur, sex.. Sama macam manusia…
Haiwan struggle.. Manusia pun struggle utk hidup…
.
So apa bezanya? Manusia ada capacity utk connect dgn Pencipta. Utk permudahkan hidup.. Sama ada With Or without problems. Connect Dengan beribadat.. Ayat mudah utk Muslim. Connect itu perlukan iman.. Percaya dan yakin kepadaNya..
.
Itulah effortless life…ditolakkan utk bertindak.. Dan selalu motivated. Life at its peak with quran…
.
Kalau dengan haiwan kita boleh “kalah”..
Tak cukup bergantung pada Allah lah kita ni..
Tu yg perlu selalu Upgrade yakin kepada Nya..
.
Ammar berterusan tanya… Apa yg hebatnya haiwan?
.
Dengan merujuk kepada Google dan kembali kepada alquran.. Utk sumber yg terbukti berkesan… Diceritakan tentang ;-
.
– kuda dan ketangkasannya di dalam surah al aadiyat
– semut dan kerajinan & strategist di dalam surah al naml
– lebah yg hanya hinggap pada yg positif dan baik hingga hasilkan mujarabnya madu Surah AnNahl
– kehebatan tentera bergajah dikalahkan dgn keyakinan kepada Allah dengan menghantar burung ababil dalam surah al fill
– lalat dengan kemampuan terbang tanpa dipengaruhi oleh angin dalam surah al hajj…
.
Ohhhh banyak kalau nak diceritakan…..
Alquran ni ada macam macam… It’s the summary of the whole world..
Summary yg perlukan kita utk berfikir….
.
Quranic Roadschooling is always the most entertaining and informative ways of learning…..
.
Macam mana mahu bermula? Sila share post ini dan click pada link di ruangan Comment pertama utk dapatkan ebook 60 page “Ajari utk Dicintai Alquran”.. Percuma aja…

HusnaHaron

Leave a Reply