Skip to main content

DAH BACA.. TAPI TAK FAHAM TERJEMAHAN NYA.

By February 21, 2018Blog, S - Spiritual

DAH BACA.. TAPI TAK FAHAM TERJEMAHAN NYA.
Ada sesuatu yg menarik untuk situasi ini…
.
Terlalu ramai orang yg PM saya bertanya bagaimana utk faham alquran.. Mahu berguru dengan siapa.. Teknik apa.. Dll. Melalui filem “Boyka : Undisputed IV”, Saya menemui jawapannya.. In shaa Allah

================
Tadi Saya temani suami menonton filem ini. Pasal Kickboxing. Saya duduk sebelah suami.. tonton on off sambil buat dan main playdoh dgn allana. Film ni tiada Subtitle dan slang English nya saya kurang faham. Jadi, sambil tonton.. Saya tanya suami macam macam.. Kenapa itu, sebab apa itu, tadi kan dia cakap itu, kenapa scene ni jadi mcm ni…ohhh macam² soalan.. Almaklum tengok on off.. Tapi bini teman tengok lebih seronok, apalah sangat menjawab soalan² tu semua
.
Asbab filem ini.. Saya mula terfikir, begitu juga antara diriku dengan alquran. Banyak tanya. Banyak soalan. Banyak yg bermain di fikiran..
Saya akui, bahasa alquran tinggi, begitu puitis dan mempunyai maksud berlapis lapis. Di samping penceritaan yg melompat lompat.. Pelbagai soalan yg diajukan oleh saya. Kepada siapa? Sudah tentu pada Allah directly. Yaaa… Just ask.. Just talk.. Just send out the questions. Walaupun keadaannya seperti bercakap seorang…
.
Kurang faham itu akan sebabkan cetusan pelbagai soalan dan idea…minda yg bersoal soal akan aktifkan dan wujudkan pelbagai neuron baru dan sel otak makin berhubung. Apabila bertanya soalan, Kebergantungan kita kepada Allah sepenuhnya. Dan serahkan pada Allah utk menjawab melalui perantara apa. Perantara ulama, perantara ustaz di dalam Majlis Ilmu, perantara mufti di dalam YouTube, perantara buku, perantara ilham, perantara tadabbur alquran, perantara radio… Apa apa aja…
.
Uniknya…. Di dalam ketinggian bahasa itu, Allah meyakinkan kita 4 kali di dalam surah alqamar bahawa alquran itu mudah.. Dipermudahkan.. Allah sudah meletakkan expectation yg membentuk realiti kita bahawa alquran itu mudah…
.
Sukar itu apabila kita menggunakan akal kita yg terbatas… Mudah itu apabila kita bergantung kepadaNya, kerana yakin kepadaNya dan kalamNya…. Bukan alquran itu sukar, namun kita sendiri yg meletakkan kesukaran itu….. Yakini Kun fayakun Allah..
.
Yakin lah pada 4x janjiNya ini…
Kalau tak yakin juga…. Buat buat yakin je dulu…
Dan perhatikan perubahannya… Jom kita sama-sama cuba dan amal! Cari perantara guru ya..
.
In shaa Allah….

HusnaHaron

Leave a Reply