Confuse pasal sedekah… Saya kongsikan perihal sedekah kepada ammar dan allana.. And I said this…
“Ammar, lana.. Kita nak tolong mangsa kebakaran. Rumah diorang terbakar hangus semua. Tak de apa apa yang tinggal. Korang sedekah mainan nak? Mesti anak anak diorang tak de apa nak main juga… Pilih lah yang mana yg dah tak nak dan tak main….
.
Kalau kita tolong orang… Pahala berganda Allah bagi. Kita bagi yg baik, kita dapat yang baik… Ketika sedang explain, tiba tiba keraguan muncul.
.
Apakah aku sedang mengajar kan anak² sedekah yg merasuah? Memberi sebab mengharapkan sesuatu? Bukan cinta dan redha Allah.. Apakah aku sedang mengajar kan anak² sedekah adalah sesuatu barang yg kita tak mahu? Sedangkan Allah mengajarkan di dalam alquran sedekah yg terbaik adalah sedekah yg kita cintai. Bagaimana pula dengan barang yg elok, diberikan kepada orang kerana kita sudah tak guna. Dan mereka lebih memerlukan
.
Perbezaan yg sedikit sahaja di dalam niat memberi impak yang berbeza.
.
Lama saya berfikir apakah sebenarnya… Bagaimana mahu explain pada Anak²…
.
Lantas saya baca AlQuran lagi… Untuk lebih memahami…
Hasil tadabbur saya mendapati… Sedekah ini mempunyai level nya…
.
1) sedekah yg buruk. Yg kita tak mahu, diberikan pada orang
2) sedekah yg elok. Yg kita tak pakai, diberikan pada orang
3) sedekah yg amat dicintai. Yg kita amat sayang dan kita lepaskan kepada yg lebih memerlukan
4) sedekah secara terang
5) sedekah secara sembunyi
6) sedekah mengharapkan balasan
7) sedekah mengharapkan cinta dan kasih sayang Allah
.
Saya percaya, untuk sampai ke nombor 7 itu.. Pasti sukar dilakukan kalau kita tidak pernah sedekah. Tidak nampak dan tidak merasai impak sedekah. Maka, lakukan dulu mengikut peringkat nya… Di dalam proses itu… Pasti kita rasai sesuatu. Bagaimana mahu menceritakan tentang cinta Allah, cinta daripada sumber Maha Kuasa yang TIDAK NAMPAK. berbicara mudah… Merasai pasti berbeza….
.
Lantas saya ceritakan pada Ammar dan Allana tentang peringkat² ini.. Walaupun banyak yg saya kurang explain.. Tapi tak pe lah.. Expose kan dulu… From time to time in shaa Allah di explain lagi…
.
Maaf.. Ini adalah hasil tadabbur berdasarkan beberapa ayat alquran tentang sedekah. Utk kefahaman yang lebih mantap… Silalah rujuk ilmuwan ya… Sekiranya anda ada points yg bernas, sila lah comment… Terima kasih..