Skip to main content

CHERRY PLUCKING & SEDEKAH…

By April 13, 2018June 5th, 2018Blog, N - Networking & Sedekah

CHERRY PLUCKING & SEDEKAH…
.
Menggamit memori zaman kecil kecil dulu. seronok petik buah ceri ni. Orang Terengganu panggil “buoh khekuk”.
.
Faruqi : auntie na nak buat apa ambil banyak buah ni. Bukan best pun kalau makan..
Husna : auntie suka petik.. Seronok!
Faruqi : ye lah.. Tapi membazir kalau tak makan..
Husna : auntie na nak sedekah kat burung. Kita petik banyak.. 1 cawan ni 1 round jogging.. Kita doa pada Allah supaya Allah datang kan burung burung kutip sedekah buah yang kita tabur sepanjang kita jogging…
.
2nd round kita ambil cup yang ke 2
3rd round kita ambil cup yang ke 3..
.
Allana : banyaknya jogging! Lana nak ikut 1 je
Husna : ok…habis 1st round, mama drop kan allana kat rumah tokma OK..
.
Faruqi : macam mana auntie na tahu burung akan makan yang ditabur tu?
.
Husna : dah doa pada Allah, kita upgrade yakin.
.
=========

Teringat akan ayat Alquran dari surahAl-Ma’idah 5:88

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
.
Bagaimana mahu meyakinkan orang lain? I just don’t know.. Sekiranya buah itu itu dimakan burung, alhamdulillah…sekiranya buah itu tidak dimakan burung, pun alhamdulillah.. Ia bakal menjadi baja kepada rumput dan pokok sekeliling nya.. After all tetap menjadi manfaat..
.
Saya serahkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui.
.
Berdoa mengikut nafsu serakah.
Vs
Berdoa dan serahkan result kepada Allah mengikut ketentuanNya yang Maha Abundance.
.
Action untuk kedua dua itu sama sahaja.
Namun, kita tidak terikat dengan result yg kita mahukan. Apa yg kita mahu kan hanyalah asbab untuk setiap masa bergantung kepada Allah. Menjaga jantung hati yg ultimately bahagia sentiasa.
.
Subhanallah… Thank u cherry 🍒

HusnaHaron

Leave a Reply