Pagi tadi..
Kakak saya berikan Shopping list..
Setelah ke pasar.. Beli 12 barangan
Masih ada 2 barang yg belum ada..
Iaitu kulit popia dan isi ketam..
Almaklum hari ni cuti Krismas..
Banyak kedai tutup.. Sampai lah ke kedai yg 7, kulit popia ada.. Tapi isi ketam tiada. Kemudian ke kedai ke8.. Akhirnya jumpa lah isi ketam.
Keluar dari kedai.. Tiba2 ada orang yg tak dikenali menyapa saya..
Dia : dik..berapa harga kulit popia ni?
Saya : rm4.80.. Saya beli kat kedai tu.. Ada lagi tadi kalau nak
Dia : ehhh.. Lain kali jangan beli kat kedai tu.. Mahal!!! Semua benda mahal!! Beli kat kedai lain..
Saya : 😯
Dia terus berlalu pergi..
Baru nak masuk kereta.. Datang lagi orang lain…
Dia2 : awak beli kat kedai tu ke? Rugi beli kat kedai tu.. Mahal! Yg awak beli ni mesti lebih berpuluh sen dari kedai lain
===============
Saya tak kisah dengan rm4.80 yg saya beli tu.. Walaupun lebih mahal.. Tu adalah rezeki Owner tu.
Yang memberi rezeki adalah Allah
Yang menarik rezeki adalah Allah
Yang memberi Masa adalah Allah
Yang menarik masa adalah Allah
Segalanya di dunia ini milik Allah
Dia yg paling Hak atas segalanya..
Tugas kita..
Jaga hubungan dgn Allah dan manusia..
Kalau dapat.. Syukur
Kalau belum dapat.. Sabar, usaha, serah
Pesanan utk diri sendiri.