Skip to main content

BURUNG, ELECTION, POLITIC

By April 13, 2018June 5th, 2018A - Anak & Suami, Blog, I - Ilmu, S - Spiritual

BURUNG, ELECTION, POLITIC
.
Musim pilihanraya, ramai yang bergaduh. Masing masing menegakkan kebenaran. Semuanya benar. Tiada siapa yang bersalah… Pilihanraya jatuh hari rabu salah, telah declare cuti umum juga tetap salah. Ya lah, pergi dan balik dari kampung halaman perlu tambahan 1 atau 2 hari lagi.
.
Siapa pun yang memerintah… Apakah keadilan ditegakkan. Apakah ada kesamarataan? Apakah harta kerajaan di letakkan pada tempatnya, pada haknya… Apakah benar benar telus.. Apakah benar benar tiada rasuah. Apakah kezaliman (tidak meletakkan pada tempatnya) sudah tiada??
.
Kita mudah utk memilih pemimpin. Ambil cuti dan pangkah.
.
Tapi apakah tanggungjawab selesai di situ?
.
Saya clueless…
.
Lantas tiba tiba.. Mata Melihat ke langit, terpandang seekor burung berterbangan.. Teringat tentang surah al mulk 67:19
.
“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
.
Kita banyak menuding jari.. Segala kesalahan kepada politicians.. Sedangkan diri kita sendiri TETAP BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN YANG PALING ZALIM….
.
Sejauh mana kita bergantung kepada Allah…sejauh mana kita benar benar meletakkan Allah di dalam kehidupan kita.. Sejauh mana kita membersihkan hati untuk menerima upgraded hidayah.. Sejauh mana kita mengawal diri agar sentiasa ingat kepada Allah..
.
Sejauh mana kita pastikan setiap nafas kita, kita ingat Allah… Merasai kasih sayangNya yang Maha Abundance.
.
Sejauh mana kita TER SALAHKAN Allah di atas apa jua takdir hidup.. Sejauh mana kita menuding jari atas segala yang tak best dalam hidup.
.
Bila mana kita meletakkan KEKUASAAN HAKIKI ITU ADA PADA ALLAH… siapa pun pemimpin, kita tetap happy. Yang kita vote atau yang kita tak vote. Yang menang kerusi atau yang hilang kerusi parlimen.
.
Harapan saya hanya satu…
Kerajaan yang fokuskan kepada Berlaku ADIL… kerana di dalam Alquran ZALIM (opposite of adil) diceritakan tersangat banyak! Ia adalah priority!
.
Adil bukan hanya pada manifesto. Bukan hanya pada nama. Tapi PEMIMPIN YANG BENAR BENAR WALK THE TALK…
.
Siapa?
.
Moga Allah lorong kan Alquran kepada beliau. Atas apa pun tiket parti politik nya… Atas apa pun pegangan agama. Kerana Alquran adalah manual setiap manusia..
.
Bukan hanya pandai baca AlQuran.. Tetapi yg boleh connect dengan Pencipta .. Seperti Nabi Muhammad saw.. Sultan Muhammad Alfateh.. Saidina Umar..
.
Hingga mengeluarkan action plan yang luar biasa…
.
Siapa kah orang itu?
.
We don’t know…
.
Maka untuk itu… Saya sedekahkan Al-Fatihah kepada pemimpin itu. Agar Allah bentuk beliau…sedekah hari hari hingga tahu keputusan pucuk pimpinan parlimen, dun dan semuanya..
.
Dah tahu pun.. Sedekah lagi…
.
Terima kasih burung…
Melalui kamu, aku tahu hala tuju..
Subhanallah
.
P/s dating ride 2 jam je tepi pantai.. Tapi dirasakan begitu lama.. Subhanallah.. Dialah boyfriend.. Dialah soul mate.. Dialah yang sah

HusnaHaron

Leave a Reply