was successfully added to your cart.

TERPERANGKAP DALAM MASALAH DAN TAK TAHU NAK BUAT APA DAH?

TERPERANGKAP DALAM MASALAH DAN TAK TAHU NAK BUAT APA DAH?
.
Ramai orang hidup dalam denial. Berpura pura tiada masalah. Atau tidak tahu sedang ada masalah. Yang menjadi tanda tanya “kenapa life aku sekarang ni macam ni? Ada sesuatu yang tak kena. Tapi tak tahu apa”
.
Maka, solusi pun tak datang. Kerana masalah itu tidak di diagnose. Tidak di analisa. Yang orang tahu
.
– aku perlukan duit.
– aku perlu masa
– aku perlukan tenaga tambahan
– aku perlukan lebih perhatian dan kasih sayang
– aku perlukan) 1&=+7_11++
.
Meminta tidak salah. Meminta minta pada Allah memang dialukan. Kerana itu selayaknya. Cuma perhatikan.. Apakah kita UPGRADE SYUKUR. apakah kita UPGRADE HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Apakah kita sekadar berdoa meminta minta tanpa mahukan Allah itu.
.
Pernah dengar kisah wanita jalang yang menggoda suami orang?suami yang kaya. Ya! Dalam drama ke. Dalam novel ke. Kisah benar orang sekeliling kita ke… Wanita jalang itu mahukan kekayaan lelaki itu sahaja. Tak mahu pun lelaki itu. Bila lelaki itu jatuh miskin, wanita itu tinggalkan lelaki itu.
.
Itu perumpamaan sahaja…
Allah tiada Perumpamaan setara. Allah Maha Tunggal.
.
Alhamdulillah kita meminta pada Allah. Itu AMAT bagus! Dan diteruskan. tiba masa untuk kita sama sama upgrade hubungan dengan Allah pula. Merasai cintaNya yang SUDAH DIBERIKAN KEPADA KITA walaupun kita tak minta.
.
Kerana bila mana kita mencintaiNya setiap masa.. Maka, apa pun yang jadi… Semuanya indah. Kerana ALLAH ITU MAHA INDAH…
.
Tatkala ada masalah, musibah, isu, halangan.. Semua itu berlaku kerana tangan kita sendiri. Pemikiran kita sendiri.
.
Kerana kita mendoakan kebaikan kepada diri kita.. Itu amat normal. Namun, sesuatu yang normal juga.. Kita juga mendoakan keburukan untuk diri sendiri sama banyak. Tanpa kita sedari. MELALUI PEMIKIRAN YANG TIDAK DIKAWAL. PEMIKIRAN PENUH PRASANGKA DAN NEGATIF..
.
Al-Isra’ 17:11

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
.
Maka apa yang harus kita lakukan? Dalam Alquran, para Rasul pasti akan mohon keampunan Allah. Kerana keampunan itu bukan sekadar untuk hapuskan dosa. Ada sesuatu luar biasa di sebalik nya..
.
Kerana dalam surah Al-Anfal 8:33 Allah berfirman..
.
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
.
Jemputlah untuk study dengan YouTube dan search “tadabbur surah al anfal”. Pilih lah guru Alquran yang bagus.
.
Allahuakbar!
Astaghfirullahalazim..
.
Dan Allah telah mengutuskan Rasulullah S.A.W yang setiap masa “hidup” mengajar kan kita melalui wahyu Alquran. Alquran penuh dengan formula tentang sistem alam. Sistem cara kerja Allah. Untuk kita kembali kepada Allah.
.
Assalamualaika ya Rasul…
Assalamualaika ya Rasul…
Assalamualaika ya Rasul…
.
Betapa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud..
.
“Aku tinggalkan di tengah-tengah kalian dua hal, kalian tidak akan tersesat setelah (kalian bepergian teguh pada) keduanya, AlQuran dan Sunnahku.” [HR. At-Thabrani].
.
Maka…
Ayuh! Upgrade lah hubungan kita dengan Allah melalui Alquran…pasti bertemu dengan cinta Allah. Allah lah yang memimpin kita semua menuju akhirat. Untuk ke syurga. Destinasi terakhir…
.
Kerana Alquran menceritakan tentang satu cara hidup sempurna untuk berserah total kepada Allah. Islam bukan hanya sekadar agama.. Surah Ali Imran 3 : 103
.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.”
.
Allahummasollialamuhammad..
Allahummasollialamuhammad..
Allahummasollialamuhammad..
.
So bila ada masalah nak buat apa?
.
1) istighfar dan solat taubat dulu (post ini)
2) tetap sebarkan kebaikan (post sebelum ini)
3) upgrade lah hubungan dengan Alquran
.
Dari situ adalah laluan diberikan. In shaa Allah.
.
Dan inilah apa yang terjadi kepada seorang suri rumah beranak 5. Ketika melihat personal coaching form, beliau hidup dalam comfort zone. Sedang bahagia. Hanya perlukan kewangan lebih yang tidak lah kritikal untuk beliau.
.
Lantas saya audit life beliau. Apakah sebenarnya yang beliau mahukan. Allahuakbar! Semua terjadi kerana izin Allah. Atas komitmen beliau sendiri URUSKAN MASA DAN AKTIVITI DENGAN FORMULAMASA kerana mahukan Allah.
.
Allahuakbar!
.
Lihatlah feedback beliau..
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri
.
Pendaftaran seminar Auditlife Supermommy akan dibuka pada 14 September 2018. Sila book tiket anda dengan organizer. Sebahagian tempat sudah hampir penuh.

About HusnaHaron

Leave a Reply