was successfully added to your cart.

SEJAUH MANA KITA CINTAKAN ALLAH SEBENARNYA? .

By October 24, 2018Blog, Quranic Hajj

SEJAUH MANA KITA CINTAKAN ALLAH SEBENARNYA?
.
Terkejut. Itulah yang saya boleh katakan. Kerana pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat dan generasi selepas itu begitu amat mencintai Allah dan kata katanya Alquran.
.
Kesemua Alquran di sini ditulis tangan. Ya.. Zaman itu belum ada teknologi Printing. Yang saya kagum adalah seni yang dilukiskan pada setiap helaian. Malahan apabila dibacakan sejarah mereka… Keyakinan mereka amat absolute..total. Dalam Alquran, ada beberapa kisah tukang sihir yang menentang islam. Selepas beberapa ayat. Terus sujud. Kisah kiblat bertukar, tanpa banyak soal terus tukar..
.
Saya melihat diri sendiri. Saya tidak seperti mereka. Bila baca AlQuran, bertanya pelbagai perkara. Hatta dulu… Nak pakai stokin pun pelbagai research yang dilakukan. Baru nak pakai. Sekarang, handsock pun belum consistent pakai. Sebab tak nampak impak lagi. PERANGAI SAYA YANG INI TIDAK PERLU DIIKUTI. ia bukan akhlak Alquran. Ikut lah yang dalam Alquran.
.
Alquran adalah Standard yang kita ikuti. Bukan orang nya. Applies kepada sesiapa sahaja.
.
Ada beberapa fakta menarik yang saya ketemui di sini.
.
1) buka hati dahulu sebelum buka Alquran.
2) para sahabat tidak akan hafal ayat Alquran yang baru sekiranya mereka belum amalkan ayat Alquran yg sebelum nya. MasyaAllah. No rushing. Amal Alquran diletakkan sebagai priority utama.
3)the true value of a store lies in the commodities inside it.. While man’s true value lies in the Quran in his heart. (al ankabut 29:49)
.
Ada banyak lagi… Sedar sedar, muzium ini dah nak ditutup. Saya orang terakhir keluar.
.
Saya tak pernah ada hati untuk pergi ke muzium. Tapi muzium Alquran menyimpan pelbagai khazanah berharga.. Memahami THE REAL ALQURAN.
.
Bagaimana dengan anda?

Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply