was successfully added to your cart.

SEDEKAH VS KOMPROMI KEHENDAK
.
Nak sedekah.. Nak bayar hutang.. Nak shopping.. Nak travel.. Bagaimana??? Akhirnya ramai yang tidak bersedekah.. Kurang sebarkan kebaikan. Dan itulah permulaan segala masalah kewangan.
.
Tahukah anda bahawa Alquran lengkap memberikan solusi untuk masalah kewangan? Dan solusi Alquran BERBEZA DARI SOLUSI PAKAR KEWANGAN DUNIA..walaupun saya seorang akauntan auditor yang biasa menggunakan bajet, saya discard ilmu itu apabila menemui Alquran.
.
Semuanya ada kelebihan. Tapi saya memilih versi Alquran. Dan surprisingly ia melibatkan banyak surah. Here and there. Kurang relevan untuk dikongsikan dalam FB. Ruangan kecil.
.
In shaa Allah saya akan kongsikan financial revamp level 1 revised version dalam Seminar Auditlife. Yang level 2 bergantung kepada usaha yang telah dilakukan di level 1..lihat comment pertama kalau nak join.
.
Apabila kewangan sudah di struktur kan.. Baru mudah untuk sering bersedekah.FYI, pendapatan bulanan saya tidaklah besar. Underestimate lah gaji berbanding pengalaman.
.
Namun, kerana mengamalkan Alquran, Allahuakbar! Alllah Maha Membalas lebih lebih lebih lagi… Maka janganlah berkira untuk memberi. Namun, tak berkira pun asasnya perlu tahu juga kiraan matematiknya. Kerana ia mempengaruhi keyakinan.
.
Sebagai contoh, ni kiraan matematik bagi mereka yang memerlukan logic.
.
1) Kami beli sayur dan buah di Supermarket. Kos RM10 boleh makan 5 kali untuk 2 orang. Kalau sayur/salad makan di kedai, kos RM200. Penjimatan RM190.
.
2) guna public transport. Naik bas, LRT, teksi dll. Berbanding guna agent penjimatan adalah RM700.
.
3) guna otak sikit untuk google dan walk in. Banyak tempat pakai agent yang sudah up kan price. Kami explore sikit je.. Penjimatan di sini adalah RM300
.
Dalam konteks ini saya gunakan kapasiti saya sebagai travel agent di Terengganu. Rumah parents di depan pulau kapas. Maka, saya selalu bawa ramai orang melancong ke Pulau. In return, saya akan dapat komisyen/free stay/tukar aktiviti dll
.
Harga di website, agent vs direct kepada service provider pastilah berbeza…
.
Semua penjimatan ini kami gunakan untuk sedekah. Sama ada sedekah di Malaysia, di Turki atau di mana mana.
.
Apakah yang kami mahukan? CINTA ALLAH. that’s it….
.
MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah Allah Maha Romantik membalas segalanya..
.
Yang kami dapat secara direct adalah
1) encode pembinaan Masjid Biru, turki yang dibina berlandaskan ayat Alquran dan ia adalah formula untuk sesuatu yang lebih besar
.
2) konsert tarian Rumi. Bagaimana keasyikan cinta Pada Allah mengubah setting physical state of a human
.
3) restoran Nur Muhammad. Contoh pencinta Allah yang berbisness untuk sebarkan Alquran. Company yang beroperasi di banyak negara, dengan menjadikan TAQWA sebagai nadi business. Bukan untung.
.
Yang secara indirect? Setiap pelusuk alam ini dipenuhi dengan ilmu. Access dengan kunci Alquran akan membuka lautan ilmunya..
.
Allahuakbar!
.
Kalau mahu travel lihat alam, keindahan negara orang.. Bagus sila teruskan. Ia upgrade syukur dan upgrade usaha.
.
Kalau mahu travel untuk berbisness, bagus sila teruskan. Moga lebih ramai orang dapat dibantu.
.
Kalau travel kerana mencari cinta Allah… Allahuakbar! No words to describe..
.
Para Nabi adalah travellers juga. Untuk berdakwah
.
Hasil bersedekah apa lagi yang dapat? Banyak lagi… Nanti dalam buku saya cerita lagi..
.
Perjalanan #quranicBackpacking selesai kerana kami sudah dapat apa yang kami mahukan. Moga Allah pelihara diri kita dan semua umat manusia agar mencariNya. Amin..
.
Terima kasih Ubai Ambiah you are.. U know your worth!
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply