was successfully added to your cart.

DUIT.. ADOI! DUIT HAI KEJAP TERUS BYE!

DUIT..
ADOI! DUIT HAI KEJAP TERUS BYE!
.
Terlalu banyak pm yg saya terima pasal ni. Tak adil untuk saya Reply kepada mereka sahaja.
.
Dalam konteks ini, kita akan struggle cari duit dan pergi berguru dengan pelbagai marketing guru, pelbagai buku.. Ilmu marketing itu TAK SALAH. Dan saya pasti USAHA kita juga banyak..extra banyak! Tapi kenapa tak setel juga?
.
Then.. Kita start tahu pasal marketing dengan Allah. Melalui zikir, pasal sedekah, pasal solat sunat dhuha.. Pasal syukur. Maka, kita lakukan moga moga rezeki masyuk..
.
Tak salah semua tu.. Sila teruskan. Walaupun pada luarannya nampak mcm memancing rezeki.
.
Namun, bila mana kita belum masukkan diri ke dalam sistem tauhid, tunduk kepada Allah secara total.. Maka apa jua usaha akan jadi amat struggle. Di dalam syukur akan ada rungutan. Di dalam zikir, ada ungkitan “aku dah zikir, kenapa tak dapat pun”.. Aku dah solat dhuha, kenapa sales mcm tu je? “.
.
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Hatta kalau dapat rezeki dari usaha di atas, mulalah kita merasakan “rezeki tak salah alamat” dan merasakan dimuliakan.
.
Jangan risau…saya pernah berada di dalam situasi itu..saya teramat faham. Cari pasal konon mahu independent. Tak mahu bergantung pada mak ayah yang duit berkepuk. Pertama kali saya alami fasa ini pada tahun 2015. Selepas dapat solusi dari Alquran, ia mengubah persepsi tentang rezeki. Sangat berkait dengan hubungan kita dengan Allah Allahuakbar!
.
Permulaan, kita nampak ibadat itu untuk memuaskan keperluan dan kehendak kita. Berzikir kerana mahukan wang..betul ke?
.
Saya tak layak untuk menyatakan betul atau salah. Cuma saya melihat ia adalah SATU PROSES UNTUK KITA LEBIH KENAL ALLAH YANG MAHA PEMURAH.
.
Dan proses itu sebenarnya perlu di Upgrade. Hingga kita beribadat bukan kerana kekayaanNya. Tetapi beribadah kerana cintakanNya. Sehingga kita rasa jauh dipermudahkan hidup ini bila mana kita synchronise impian dengan guidance Alquran. So, berapa lama mahu diproses? Kita perlu bertindak.
.
Hutang keliling pinggang apakah tidak bagus? Bebas hutang apakah bagus? Dimensi pemikiran kita banyak bertukar bila kita mula memahami dan amalkan Alquran.
.
Tahukah anda bahawa bila personal coaching, bukan semua orang saya akan suggest untuk go for financial freedom sebagai impian no 1. Selagi tak lepas basic, impian itu saya akan letakkan sebagai tindakan yang ke 8.
.
Usaha tetap perlu kerana punca hati tak tenang adalah dosa dan hutang. Sebelum mati tetap perlu lunaskan hutang. NAMUN, UNTUK AUDIT TAUHID SENDIRI LEBIH UTAMA.
.
TERAMAT BAHAYA BAGI ORANG YANG MENYAMPAIKAN ALQURAN untuk berikan saranan yang tidak inline dengan Alquran. Apatah lagi mendahului Allah dan Rasul. Atas asbab itu, saya amat berhati hati…
.
Bercakap pasal masalah kewangan, ada 5 perkara yg saya akan ulaskan
1) hubungan dengan Allah
2) hubungan dengan parents, pasangan, keluarga dan orang sekeliling
3) cuci hati yang sebabkan kita mudah untuk memberi dan sebarkan kebaikan
4) usaha
5) struktur kan balik kewangan.
.
Semuanya diulas lanjut dalam seminar full timerevamp. Tapi saya ulas juga no 3 dan no 5 dalam seminar auditlife Supermommy..
.
Apabila saya amati beberapa peserta seminar yang masih lagi stuck dengan masalah kewangan, saya tertanya tanya. Mereka sudah hadiri seminar, kenapa masih tak setel. Allahuakbar! Sudah tentulah. Ilmu tanpa tindakan, buat lelah aja. Yang Bertindak pula, copy paste bulat bulat cara orang. sedangkan taqdir setiap orang Allah design berbeza.
.
Maka kali ini saya banyak emphasise kan cuci hati versi quran. Kerana bila hati bersih, kita akan keluarkan suara hati. SECARA AUTOMATIK suara hati ini yang akan push kita untuk bertindak dgn ilmu. Dengan hati bersih, the small little voice mudah untuk di senyapkan.
.
Suara hati ini umpama instinct. Semua orang ada. Cuma ia mendap dek kerana hati yang tidak dibersihkan..
.
Dan bacalah tentang kerisauan terhadap rezeki yang Allah ceritakan di dalam Alquran surah Al-An’am 6:14

Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ‘ ”
.
Apabila diperhatikan ayat ini dengan ayat sebelumnya, ayat selepasnya dan tema surah ini.. Ia membuatkan kita tertanya tanya” sejauh manakah kita telah Upgrade yakin dan upgrade esakan Allah ”
.
Kucing pun sentiasa dapat makan.
.
In shaa Allah seminar auditlife Supermommy akan dibuka pendaftaran lagi. Saya tidak menjanjikan anda bebas hutang bila hadir seminar. Juga tidak menjanjikan sales mencanak meningkat. Juga tidak menjanjikan apa apa. Kerana afterall ia adalah 100% hubungan kita dengan Allah. Apa tindakan kita. Semuanya perlu dilalui #Sendiri. Kerana kubur pun sendiri juga.
.
Nantikan. In shaa Allah.
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply