was successfully added to your cart.

DAH PULANG..HAJI BUKAN SEKADAR RITUAL AGAMA .

DAH PULANG..HAJI BUKAN SEKADAR RITUAL AGAMA
.
Pergi dengan 4 luggage. Pulang dengan 2 luggage. Selebihnya adalah barang barang yang dibawa untuk di sedekahkan.. Apabila study Alquran, banyak perkara yang saya baru tahu. Keutamaan sebarkan kebaikan di mana mana.
.
Allah Maha Baik..beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci, saya menerima RM2,000 dari pelbagai sumber. Kata mereka untuk saya shopping, minum kopi, dan saja bagi..
.
Apa jua wang yang orang berikan kepada saya, saya tidak guna. Semuanya saya bantu sedekahkan bagi pihak pemberi.
.
Trip haji kali ini, kami dikelilingi oleh orang kaya. Bagaimana mahu bersedekah ya. Lantas saya menukar direction. Bukan memberi wang, namun memberi apa yang orang kaya tiada.
.
Banyak perkara saya tanyakan kepada ma dan abah. Apa benda yang biasanya jemaah haji tiada atau tak terfikir untuk bawa. Maka, terisilah 2 luggage dengan barang barang tersebut.
.
Tiba di Tanah Suci… MasyaAllah, saya menjadi umpama Information Counter. Orang bertanya..
– Husna ada benang?
– husna ada cream kaki cramp?
– husna ada ubat gatal kepala?
– husna ada kipas?
– husna ada ubat period?
– husna ada pin?
Bla bla bla…
.
Sungguh mengujakan menjadi posmen kepada ramai orang… Hingga bila tiba di Madinah, saya sudah tiada barang untuk di sedekahkan. Lantas kami sedekahkan luggage bag. Orang lain ke Tanah Suci bershopping untuk sedekah di Malaysia. Kami bershopping di Malaysia untuk upgrade sedekah di Sana. Dua dua adalah kebaikan. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata. Allahuakbar!
.
Setiap kali lepas solat, pasti ada solat jenazah. First time in my life solat jenazah yang sangat kerap. Ia membuatkan saya untuk redesign kematian saya. Apakah sudah ready untuk mati at anytime. Belum cukup solihah untuk menempah kematian yang dibangkitkan sebagai golongan kanan apatah lagi golong yang dekat (surah alwaqiah)
.
Bilamana kebaikan disebarkan, bukan bermaksud saya teramat baik. Bukan. Kerana saya sedar saya tidak cukup baik, maka saya wajib sebarkan kebaikan. The more we read Alquran, the more we feel what we have done is not enough. Asyik kena penampar. Namun Allah menjanjikan SESUNGGUHNYA YANG AKHIR ITU LEBIH BAIK DARI PERMULAAN (surah adh dhuha).
.
Dan Allah juga menjanjikan 3 kebaikan yang berterusan walaupun sudah mati..mati itu pasti, apakah kita ready untuk mati at anytime dan BERUSAHA PERSIAPKAN DIRI UNTUK MATI.
.
Saya bersungguh sebarkan Alquran kerana saya tahu kalian adalah ahli syurga…usah cari saya di syurga…Tariklah saya sekiranya saya berada di neraka..
.
.
.
Eh sedih pulak.
.

Sepanjang kerja haji, kami benar benar Minimalist.
Dalam beg saya, 1/2 adalah pakaian, dan 1/2 lagi adalah barang study. Dan sepanjang perjalanan saya pakai sport shoes. Alang alang exercise setiap masa.
.
Ingat Allah setiap masa.. Sebar kebaikan sepatutnya dilakukan setiap masa. Ibadat solat, zikir, quran adalah TOOLS untuk fungsi kebaikan itu lebih banyak tersebar.
.
Membaca Alquran dan study Alquran membuatkan kita lebih mengenal Allah. Lantas ia mempengaruhi tindakan kita. Kerja Haji akhirnya membuatkan saya realise… Akan satu perkara. Yang mana keyakinan terhadap perkara itu MAKIN MENINGKAT. SPIKE.
.
Iaitu…
.
Sungguh benar.. Islam adalah satu cara hidup yang sempurna. Yang kita perlu serahkan hati untuk dipandu olehNya. Penyerahan total akan meningkatkan iman. Sekiranya kita mahukan Allah. Bukan sekadar mahukan kekayaanNya. Syurga adalah destinasi terakhir yang kita harapkan. Sepanjang proses ke syurga, ALLAH YANG KITA MAHUKAN.
.
Trip ke Turki tiada dalam perancangan. Redah dengan #QuranicBackpacking. From my side amal #HajiSelepasHaji. Bagi Ubai Ambiah? Beliau merasai cinta padaNya di mana mana..
.
Haji selepas haji tidak menjanjikan segalanya indah. Namun dengan Alquran, ALLAH PASTI BANTU hingga segalanya menjadi indah dan larut di dalam keindahanNya. Ini janji Allah kerana Alquran adalah petunjuk dan Berita gembira kepada orang yang beriman. Moga Allah didik kita semua menjadi orang yang beriman. AMIN!
.
Balik ke Malaysia.. Saya mempunyai pelbagai Action Plan yang perlu disegerakan. TOTAL REVAMP.
.
In shaa Allah akan hibernate untuk beberapa hari untuk menulis buku… Apakah sebenarnya Haji. Dan rahsia untuk dijemput haji pada usia muda. Ingat FAIL SULIT PRO. in shaa Allah akan saya kongsikan dalam seminar Auditlife Supermommy.
.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca.
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri
.
Tak nampak macam balik haji? Macam balik melancong aja? It’s ok…. We know what we are aiming for.

About HusnaHaron

Leave a Reply