was successfully added to your cart.

BAGAIMANA UNTUK SETIAP MASA BERCINTA ops larut dalam cinta

BAGAIMANA UNTUK SETIAP MASA BERCINTA ops larut dalam cinta
.
Kalau tak kenal, maka tak cinta. Apakah perkenalan dengan Allah telah dimulakan? Sebab bila dah makin kenal kita akan mahu lebih tahu. Dan lebih banyak peruntukkan masa untuk lebih tahu. Makin tahu, makin cinta. What u seek, is seeking u. Apa yang kita cari, ia mencari kita.
.
Sekiranya kita tanpa sedar asyik sebut ujian demi ujian.. Maka lebih ujian yang datang..
.
Sekiranya kita mahukan cinta Allah, lebih cinta Allah yang datang. Ujian dilihat sebagai thrill untuk lebih dapat cinta Allah. Maka, ujian adalah proses.
.
Sepanjang #quranicpacking ke turki ini.. Kami mencari sesuatu yang lebih lagi. Haji selepas haji should be something more special. Tema backpacking kali ini adalah berdasarkan surah al baqarah 2:115
.
“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”
.
Kenapa ayat ini dipilih? Kerana ia ada di dalam tarian Rumi. Rumi menjadi tarikan utama kenapa kami ke sini.
.
Hari pertama sampai di Istanbul, adalah setelah 6 jam naik bas dari Ankara. Suami rasa begitu mengantuk. Hotel belum boleh check in. Maka, kami lepak di depan Masjid Biru. Sementara tunggu suami tidur, saya membaca Alquran. Masjid ini seolah ada sesuatu yang menarik narik.
.
Namun, saya abaikan. Malas nak pergi kerana beberapa tahun lepas kami sudah sampai di sini. Begitu juga Ayasofya.
.
Petang tadi, setelah habis boat cruise di selat Bosphorus, kami lepak lagi di sini. Saja seronok lihat karenah pelbagai pelancong. Sambil saya bersembang tentang Rumi.
.
Perut lapar.. Lantas saya makan jagung rebus. Tiba tiba di sapa oleh seorang lelaki. Memberikan 3 biji buku. MasyaAllah! Buku yang menceritakan lebih detail pasal Alquran. Disebabkan hari semakin gelap maghrib .. Saya memberitahu suami, lepas isyak lah kita berjumpa balik. Jomkita solat dalam masjid biru ni.
.
Usai solat jamak qasar dan baca AlQuran .. Saya lepak di dalam masjid. Hajat di hati mahu baca buku tadi. Tapi asyik terganggu dengan pelbagai ragam orang yang asyik ambil gambar dinding di sebelah saya duduk.
.
Apa lah yang ramai sangat ambil gambar ni.. Dinding je pun….
.
Tak jadi baca buku, saya ke dinding tersebut…
.
Lama saya memerhati..
Amat lama..
Begitu lama…
.
Dinding sementara sahaja. Kerana masjid ini sedang di renovate.
.
Merenung lagi..
Apa yang special…
.
Diamati..
.
Allahuakbar! MasyaAllah! Subhanallah! Lahaulawalaquwwataillabillah!
.
Ia adalah sesuatu yang selama ini saya cari πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–
.
Apakah itu?
.
Rupa rupanya pembinaan masjid ini adalah berdasarkan ayat Alquran. Senibina architecture nya begitu padu. Bagaimana setiap masa mahu bercinta dengan Allah dan LARUT DI DALAMNYA.
.
Satu per satu ayat Alquran tersebut saya tanda di dalam Alquran saya.. Majoriti sudah pun diamalkan. Tapi kali ini umpama the missing puzzles are found and form a very beautiful picture.
.
Apakah formula nya? In shaa Allah saya amalkan dahulu. Dan sekiranya diizinkan.. Saya akan kongsikan di dalam seminar advance timerevamp dan timerevamp mastery.
.
Menemui rumi dan masjid biru ini melengkapkan perjalanan haji kami. Sudah tiba masa untuk menyampaikan nya.
.
Travelling memang pakai banyak duit.. Dan kami memilih backpacking style kerana ia MasyaAllah amat menjimatkan. Penjimatan itu boleh sedekah lagi. Backpacking jauh lebih mengujakan kerana kita tentukan segalanya. Yg utama punya masa khas untuk mencari diriNya lagi dan lagi.
.
Turki bumi indah…
Dunia memang indah…
.
Sekiranya keindahan di luar diagungkan… Yang di dalam lebih agung. Allahuakbar! Masjid biru encode kehebatan yang di dalam..Thanx Ubai Ambiah kerana menjadi rumi ku
.
Allahuakbar!
.
Jomkita cuba cuba memahaminya….
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply