was successfully added to your cart.

BAGAIMANA SETELKAN PERKARA YANG ANDA TAK SUKA DENGAN ZIKIR..

BAGAIMANA SETELKAN PERKARA YANG ANDA TAK SUKA DENGAN ZIKIR..
.
Tak perlu sembang segalanya positif kalau hakikatnya memang ada perkara yang kita tak suka. Tapi perlu dilakukan. Contoh :-
.
– anda tak suka dgn kerjaya anda. Tapi tiada peluang kerja lain
– anda tak suka hadap orang yg selalu sakitkan hati tapi masih kena hadap.
– anda tak suka lipat baju bertimbun. Rasa nak muntah. Tapi tak sanggup pula lihat anak pakai baju dan seluar tak match, dan keluar rumah
– anda tak suka tinggal di sini, tapi kena stay juga
– anda tak suka pada perangai pasangan. Bertahun kena tempuh juga
– anda tak suka dengan membebel, tapi kalau tak bebel anak pula tak dengar kata.
.
Sekiranya mahu disenaraikan terlalu banyak. Ini sebahagian extract dari online questionnaire dan personal coaching formulamasa.com
.
Ok.
Apabila kita banyak tak puas hati dengan orang, ia memberi reflection kepada pelbagai penyakit hati layer pertama. Ia menyebabkan hati kotor dan salah satu sebab kenapa jadi malas nak baca AlQuran. Malas nak solat dll.
.
Ini adalah sebahagian daripada apa yang Allah bagi hints dan tips di dalam Alquran. Cuba lihat, yang mana satu kena pada anda.
.
3:119 Benci kpd orang beriman
7:2 Bimbang untuk menyampaikan kandungan Quran
7:43 ; 15:47 dendam dan hasad dengki
11:5 Berburuk sangka kepada Tuhan
11:12 Sempit dada menyampaikan kebenaran
15:97 Susah hati dengan celaan manusia lain
16:106 lapang hati menerima kekufuran
29:10 munafiq
29:49 zalim, mengingkari ayat² Allah
39:7 tidak bersyukur
39:22 keras hati enggan menerima kebenaran
59:9 bakhil. Mengharapkan nikmat yg di tangan manusia lain
59:13 takut kepada selain Allah lebih takut daripada menakuti Allah
.
Ni sebahagian sahaja. Credit kepada Ayat Ibrahim yg gigih keluarkan senarai ni.
.
Dan Alquran adalah penawarnya seperti surah Yunus ayat 57
.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
.
Jadi apakah solusinya?
.
Saya berikan contoh. Dalam impian kurus saya..saya tahu perlu buat cardiovascular exercise. Saya tak suka jogging. Yg saya suka swimming. Tapi swimming jauh dari rumah. Last last tak consistent nak exercise versi weight loss. Walaupun saya exercise setiap hari.. Tapi saya buat sekadar untuk efficient sahaja. Iaitu 10 minit. Tabata; ia tough tapi saya sanggup buat berbanding jogging yang simple tapi ambil masa lama.
.
Maka penyakit hati apa ni? Sendiri diagnose sajalah.
– yang ketara sekali adalah dua ni

59:9 bakhil. Mengharapkan nikmat yg di tangan manusia lain (jeles tengok orang lain kurus)
59:13 takut kepada selain Allah lebih takut daripada menakuti Allah (takut pada size badan sendiri)
.
Maka hari ini, saya meneruskan rutin brisk walk 10000 langkah. Telah diamalkan untuk 5 bulan. Cuma hari ini mahu upgrade sikit. Mahu jogging.sesuatu yang saya kurang gemari..
.
Apa yng saya lakukan ada 2. (anda fokus kepada isu anda)
.
Part 1 : fizikal
Apakah short cut, cara yg selesa untuk kita lakukan. Dalam kes saya, saya follow cara jogging seorang lelaki tua jepun. Slow slow je. Proper steps and breathing. Walaupun steps ini budak tadika lebih laju berlari, nak buat macam mana saya tak reti hahaha
.
Part 2 : jaga hati
Alihkan perhatian kepada ingat Allah, sebab hati pasti tenang. So sepanjang jogging saya melihat alam dan sepanjang jogging zikirnya hanyalah subhanallah.
.
Lihat pokok.. Eh uniknya pokok ni.. Subhanallah
Lihat buah.. Eh cantiknya.. Subhanallah
Lihat daun.. Eh creative nya.. Subhanallah
.
Sepanjang jogging, mata memerhatikan alam. Impress dengan ciptaan Allah. EVERY CREATION IS UNIQUE. Bukan hanya supermoon atau gerhana matahari. Banyak ayat Alquran meminta kita perhatikan alam.
.
Keseronokan memerhatikan alam menyebabkan minda tidak fikir dah pasal apa yang kita tak suka. Sedar sedar sudah 1 jam saya berjogging TANPA STOP. MasyaAllah! That’s my personal best 😂
.
So bagaimana dengan isu anda?
.
Anda dapat sesuatu dari post ini?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply