was successfully added to your cart.

APA YANG BUATKAN IMPIAN ANDA LAMBAT PROGRESS?

APA YANG BUATKAN IMPIAN ANDA LAMBAT PROGRESS?
.
Saya teramat percaya apa jua impian, kita memang mencari ilmu. Berterusan berguru. Maka, apakah yang membuatkan impian itu lambat tercapai? Boleh anda bayangkan impian anda? Ok bagus..
.
Di sini saya ketengahkan 5 point utama kenapa lambat.
1) tidak upgrade ilmu
2) tidak upgrade tindakan
3) tidak consistent bertindak
4) tidak ubah tindakan mengikut keadaan
5) tidak upgrade yakin kepada Allah melalui bersyukur.
.
So, yang mana terkena pada anda? Dalam post ini saya fokuskan kepada point no. 4. Ok anda fokuskan kepada impian anda.
.
Beberapa hari lepas telah saya sharekan 3 perkara yg kita perlu fokuskan setiap hari setiap masa. Iaitu didik anak dgn Alquran, ilmu dan sedekah. Kerjaya dan business ada di dalam ilmu dan sedekah. Pastikan di dalam kerjaya itu kita semakin Upgrade kenal Allah. Apa jua kerjaya.
.
Ketiga tiga perkara ini telah saya sistemkan semenjak 7 tahun lalu. Ia sudah menjadi default. Maka progress nya sentiasa ada. Alhamdulillah. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
.
Maka utk post ini, fokus saya adalah pada impian kurus πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Impian special ini telah membawa saya kepada pelbagai penemuan quranic formulae. Formula Quran Healing, formula Quran Soul, formula TimeREVAMP, formula Financial revamp, formula cuci hati booster dan pelbagai. Hingga saya merasakan impian ini begitu special.
.
Pun begitu tetap saya mahu usahakan.
.
Apabila di diagnose, kat mana yang slack nya impian ini. Sedangkan sudah eat clean, sudah selalu exercise dan banyak ilmu. Apabila di diagnose.. Rupanya eat clean, exercise, tidur, selalu ter pause bila saya travel.
.
Secara purata, saya travel 8 kali sebulan. 4x utk hobby dan 4x untuk kerja iaitu berseminar. Bukan segalanya saya post di Facebook. Maka, itu isu utamanya.
.
Maka, untuk #QuranicBackpacking kali ini saya meletakkan priority utama adalah menjaga makan, exercise dan tidur. Yg lain sudah pun default. Apa yg lain tu? Hafal Alquran, solat awal waktu, sedekah, dan tadabbur Alquran.
.
Untuk priority ini, ternyata ia bukan mudah untuk saya yang suka explore makanan. Malahan amat suka mencuba makanan baru. Itulah, orang perempuan ni… Impian nak kurus, tapi hobinya makan. ITULAH ISU NYA. ia perlu di fix kan.
.
Jadi Haji telah pun melatih saya dalam pelbagai perkara. Untuk ini, saya amalkan haji selepas haji iaitu tawaf, saie, dan ihram.. In shaa Allah dalam buku saya explain lagi.
.
Maka, untuk tindakan
.
1) saya tentukan hotel dekat dengan super market. Boleh beli buah dan sayuran. MasyaAllah super murah! Penjimatan ini boleh sedekah banyak!
2) explore makanan? Tetap ada. Tapi kadar minimum. Untuk sumber protein sahaja. Maka, saya pilih grill, bakar dan steam. What u seek, is seeking u. Tak susah pun sebenarnya
3) exercise? Setakat ni maintain daily target 10,000 steps. Dan 7 minutes tabata.
4) tidur..alhamdulillah cukup 8 jam. Dan sekarang sedang explore bagaimana utk tahajud yang mempunyai impak tidur. This is wonderful! Ia berdasarkan kajian.
.
Mungkin kurus mudah bagi anda. Namun saya amat bersyukur kerana kurus dilambatkan utk saya. Lihatlah pelbagai formula tersebar kepada ribuan peserta seminar melalui impian tertangguh ini. ALLAH GANTIKAN IMPIAN INI DENGAN KESIHATAN DAN OTAK YANG BAGUS. Yang mudah faham Alquran. Hasil berguru..
.
Al-Qasas 28:85
.
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): “Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata “.

get Quran App:https://goo.gl/w6rESk
MasyaAllah! Allahuakbar! Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
.
So apa khabar impian anda?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply