was successfully added to your cart.

UJIAN, IMPIAN, DAN PENGHALANG IMPIAN ANDA

UJIAN, IMPIAN, DAN PENGHALANG IMPIAN ANDA
.
Anda ada impian yang nak sangat sangat. Tapi belum dapat dapat? Walaupun usaha nya teramat banyak? Ada? Walaupun impian itu nampak duniawi semata. It’s ok. Contoh financial freedom, haji/umrah, consistent ajar anak, travelling, Berjaya dalam peperiksaan. Naik pangkat. Improve hubungan suami isteri. Apa sahaja.
.
Pastikan anda kenal pasti dahulu SATU impian itu, baru lebih jelas dan lebih nampak apa kaitan impian kita dengan Alquran. Dan apa kaitan impian itu dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah.
.
Post ini mengambil masa 10 minit utk anda baca. In shaa Allah amat bermanfaat. Are u ready? Sudah pastikan anda sedang bertenang sekarang? Alhamdulillah..

PENGHALANG IMPIANMU UTK MERASAI ROMAN CINTA YANG MAHA AGUNG
.
Arafah dan masjidilharam didambakan kerana betapa mustajab nya doa. Lantas begitu banyak doa yang dipanjatkan kepadaNya. Ya, itulah hubungan makhluk dengan Pencipta makhluk.
.
Tanpa kita sedari di dalam mengejar impian kita itu.. Kita mudah merasa down..di situ lah permulaannya pemikiran negatif. Membuatkan kita TER BURUK SANGKA PADA ALLAH.. Sedangkan Allah mengikut sangkaan hambaNya.
.
Tatkala kita mengejar impian itu juga, kita terkadang TER MERUNGUT kenapa usaha sudah pelbagai, namun impian belum dimakbulkan. Apa yang kita fikirkan itu lah yang kita tarik ke dalam reality kehidupan. Menyebabkan lebih banyak masalah datang. Dipanggil masalah sesuai dgn keadaan hatinya. Sedangkan sekiranya hati itu dibersihkan, masalah itu akan dipanggil sebagai sebagai peluang utk lebih kenal Allah.
.
Dalam masa yang sama, kerana mengejar impian emas itu.. Kita TER MARAHKAN SESEORANG. Mungkin pasangan, anak2, parents.. Makin di api api kan kemarahan di dalam diri. Bergelora. Kerana kepenatan, malahan rasa terhimpit.
.
Lihatlah apakah lagi yg terjadi kerana nafsu serakah yang tidak dijinakkan. Pelbagai kejahatan halus yg kita pancarkan. Sehingga kita melupakan Allah tanpa sedar di dalam action kita. Walaupun kita solat, berzikir, baca AlQuran. Baca tanpa faham. Baca tnpa amal.
.
Tanpa kita sedari, kitalah PENYEBAB DOA ITU TIDAK DIMAKBULKAN. atas izin Allah. Seperti surah al isra 17:11
.
“dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) mereka berdoa untuk kebaikan. Dan manusia memang bersifat terburu buru.”
.
Itu yg terjadi bila mana impian dipacu tanpa didikan petunjuk Alquran. Kerana Alquran begitu sempurna MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR.
.
Buruk sangka
Merungut
Tidak bersyukur
Kemarahan
.
Kesemua itu adalah sekutu syaitan. Syaitan di dalam diri. Yang membakar semaraknya dosa. Dosa yang menyebabkan hati menjadi kotor. keras. Yang membataskan taufik. Membataskan tindakan atas hidayah yang Maha Abundance Allah hantarkan. Hanya dek kerana hati yang kotor. Kesihatan hati yang tidak dirawat. Itulah AFIAT. Lantas merasakan kasih sayang Allah seolah olah hanya hadir ketika iman naik.
.
Punca impian tidak tercapai bukan kerana Allah belum memakbulkan. Kerana Allah itu Maha Memakbulkan. Mintalah padaKu, nescaya aku tunaikan. (surah al ghafir 40:60)
.
Punca impian tidak tercapai itu kerana kita yang tidak bersedia untuk menerima.
.
Di dalam proses usaha itu, pelbagai kegagalan dan kehampaan yang dirasakan. Peristiwa yang mempunyai emosi yang berat ini terus dikawal selia oleh amygdala dan berhubung terus dengan hippocampus. Pusat memori. Apatah lagi sekiranya kekecewaan impian emas ini berlaku lama. Bertahun tahun.. IA MEMBENTUK FALSE PROGRAMMING DALAM DIRI.
.
Rather than aku tidak mahu ada masalah kewangan lagi.. Ia menjadi aku mahu masalah kewangan lagi.
.
Rather than aku tidak mahu derita lagi.. Ia menjadi aku semakin derita.
.
Bahana bila pemikiran bebas tanpa panduan Alquran.
.
Kun fayakun Allah mengatasi segala nya.
.
Dan di dalam false programming itu pun TETAP KASIH SAYANG ALLAH ADA utk pastikan kita tunduk kepadaNya sahaja. Bukan makhlukNya. Tetap di dalamnya pelbagai doa lain pula yang makbul. Tiada apa yg Allah ciptakan sia sia.
.
Sungguh mengujakan apabila diselidiki Secara sains, aktiviti melontar ini bukan hanya sekadar aktiviti ritual haji. Ia sebenarnya mampu reformat diri kita. Delete false program yang kita ter install di dalam diri. Bertahun tahun. Membentuk false programming.
.
False program yang kita sendiri sebut sebutkan di dalam diri “aku tak boleh”.
.
False program yang menyebabkan merasa lelah untuk berusaha. Lantas, sistem limbic di dalam otak mula mengambil alih diri kita agar kita di seronokkan.
.
Ia menyebabkan kita MUDAH BERTANGGUH UNTUK USAHAkan IMPIAN ITU LAGI.
.
Ia menyebabkan kesukaran kepada diri kita untuk CONSISTENT ISTIQAMAH BERTERUSAN usaha untuk dapatkan apa yg kita impikan.
.
Bukan isu tak cukup hidayah ilmu.
Bukan isu tak cukup taufik tindakan atas ilmu itu
Isu nya adalah consistency.
.
Subhanallah!
.
Di sebalik itu pun..
Di sebalik tidak makbul nya Impian Ini..
Pelbagai impian lain yang dimakbulkan.
MasyaAllah..
.
Maka, bagaimana untuk wujudkan consistency itu? Cara panjang ada, ambil masa 40 – 365 hari utk tukar sistem secara permanent.
.
Cara shortcut ada. Iaitu aktiviti melontar ini! Salah satu fungsinya dari total fungsi yg Wallahuaklam. Allah Maha lebih mengetahui . Sekiranya kita memahami the science behind the whole process. Sekiranya kita faham apa yang kita niatkan.
.
Bukan consistency itu yg utama yang kita mahukan.
.
Yang utama adalah
– MENGAWAL KEJAHATAN DI DALAM DIRI.
– merejam syaitan di dalam diri itu yang lebih utama. Syaitan pemikiran negatif.
– kerana syaitan di dalam diri inilah yang menyebabkan solat bertangguh. Kebaikan di tangguh. Quran tertangguh. Ajar anak Alquran tertangguh. Bagi duit pada parents tertangguh. Sedekah tertangguh.
– tundukkan syaitan yang muncul secara halus di dalam impian kita.
.
Hayati lah surah fatir 35:5
.
“Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah ”
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Lantas bagaimana dengan impian kita? Apakah harus berkubur?
.
Sila teruskan. Sekiranya ia membawa kepada kebaikan. Namun kali ini dengan mode yang berbeza…
.
Untuk apa impian itu perlu dimakbulkan?
Apakah utk kepentingan nafsu serakah sahaja? Atau untuk meraih cinta Allah. Bukan kekayaan Allah semata. Ikhlas kan niat kita kerana Allah semata mata. Kerana dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Yang lain, hanyalah pinjaman yang bakal ditinggalkan. Tinggalkan dunia demi ikhlas kerana Allah.
.
Kenapa ikhlas? Kerana orang yg ikhlas pada Allah, iblis dan syaitan pun dah tak lut nak influence..
.
Al-Hijr 15:39-40
.
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
.
Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”
.
Siapakah orang yang dibersihkan itu?
Bersih hatinya.
= IKHLAS.
.
maka ikhlas kah kita di dalam impian kita.?lkhlas kah? Astaghfirullahalazim.. Saya akui ia sukar. Tapi kita sama sama yakini bahawa Allah itu Maha Mendidik kita untuk lebih ikhlas kepadaNya. Kita sama sama doa ya.. Hingga kita meyakini ayat yang seterusnya pula iaitu surah al a’raf 7:29
.
Then
Allahuakbar!
.
Kerja haji ini… Benar benar membuka hati dan minda. Bahawa bukan doa arafah yang diimpikan. Namun, melontar kejahatan syaitan di dalam diri itu yg lebih utama. Yang menghalang Impian roman cinta untuk lebih mengenal Allah.
.
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.. Sungguh benar, proses berterusan kenal diri menemukan kita untuk lebih kenal Allah. Dan ia sebenarnya perjalanan ke dalam diri
.
Allahuakbar!
Allahummasollialamuhammad
.
Kini, saya meyakini hadis Rasulullah S.A.W yang bersabda
.
“sesungguhnya dijadikan (ibadat) melontar jamrah (di Mina) dan saie di antara Safa dan Marwah adalah untuk menghidupkan ingatan (zikir) kepada Allah.
.
Allah yang didambakan..
Regardless dapat atau tidak impian duniawi itu
.
Kerana Alquran pasti mengajarkan kita…
Kerana di ajar kan tentang fokus terhadap impian itu
.
Ada redha
Ada usaha lagi
Ada melepaskan
Ada serahkan pada Allah
Ada kena ubah
Bagaimana Upgrade aqidah
Bagaimana melihat impian itu sebahagian dari qada and qadar kita
.
Jemputlah utk berguru dengan guru yg mengamalkan Alquran.
.
Ya Allah ajari aku untuk IKHLAS MENCINTAIMU
Ya Allah Ajari kami untuk IKHLAS MENCINTAIMU
.
Sekiranya post ini bermanfaat untuk orang yang impian nya penting, dibenarkan untuk share. Terima kasih. Apakah anda baca hingga habis? Pls like love πŸ’žπŸ’ž atau apa jua emoticon πŸ˜πŸ’•πŸ’ŸπŸ’“πŸ’žπŸ’
.
Lillah i love u!
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

About HusnaHaron

Leave a Reply