was successfully added to your cart.

SOLAT DI MEKAH VS DI RUMAH

By October 23, 2018Blog, I - Ilmu, QURAN

SOLAT DI MEKAH VS DI RUMAH
.
Dari atas, saya merenung.. Apakah berbeza solat di depan kaabah, di atas rooftop, di hotel, di Malaysia, di bulan di mana mana?
.
Solat itu sama. Rukun yang sama. Allah yang sama. Jasad yang sujud sama. Lantas mengapa ya bilamana azan yang dilaungkan yang menyeru utk solat.. Kita solat. Namun, berjaya selepas solat itu di mana? Mengapakah solat belum mampu berjayakan diri kita.
.
Apakah berjaya itu? Ku kejar financial freedom, tiada apa ada di situ. Ku kejar kecantikan, juga tiada apa ada. Ku kejar kejayaan straight A, anugerah dekan.. Apa yang ada? Ku kejar kerjaya, untung business… Akhirnya hanya melelahkan. Apa yang ku cari? Apakah kejayaan di dalam azan itu?
.
Berjaya itu ternyata perlu dihalusi maknanya. Berjaya itu bila mana kita setiap masa tunduk kepada Allah. Merasakan kewujudanNya di dalam setiap nafas hidup kita. Hingga kan menggerakkan fizikal kita untuk membantu lebih ramai lagi untuk sama sama berjaya. Tiada dengki. Tiada hasad. Tiada prejudis. Tiada merasakan aku yang paling benar. Kerana taqdir setiap manusia berbeza design nya.
.
Yang sama hanyalah Allah.
Yang sama adalah menyerah diri padaNya.
Yang sama hanyalah cara hidup untuk berterusan mengenal dan mencintai Allah yang Maha Setia..
Dan cara hidup itu ada digariskan di dalam Alquran.
.
Dalam Alquran, 113 surah dimulakan dengan Basmallah. Ternyata Allah Maha Penyayang kepada semua. Diriku, dirimu.. Diri mereka yang belum islam hatta yang derhaka. Namun Allah Maha Penyayang kepada hati yang benar benar tunduk kepadaNya. Yang berada di dalam orbit ciptaaNya. Mengikut arus. Bukan melawan arus. Hah akukah yang melawan arus itu? Ego, bodoh sombong, degil, menyembah selain Allah.
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Oh sekiranya begitu… Solat dan hati amat berkait. Lantas, rupanya solat di mana mana SAMA SAJA. Sekiranya hati yang tunduk rukuk dan sujud itu BENAR BENAR SUJUD KEPADA ALLAH. bukan kepada syurgaNya. Lihatlah dimana priority nya.
.
Hati yang tunduk berserah pada Allah, pasti energy nya besar. Kerana kebesaran itu pada Allah yang tiada batas. bukan kepada jasad materi itu. Sekiranya hati hati ini berjemaah? 27x ganda? Solat di masjidilharam 100k x ganda? Masjid madinah?
.
Maka, apa yang membezakan solat itu?
Rupanya KEADAAN Hati yang sujud itu TIDAK sama.. yang menyebabkan iman diukur berdasarkan tempat. Hati yang dibersihkan vs hati yang kotor, dikotorkan, dan mengotorkan.
.
Hati yang kotor membataskan diri kita. Membutakan mata yang celik. Memekakkan Telinga yang mendengar. Menutup mata hati. Lantas, membuatkan umat islam seolah tidak mampu berfikir. Bukan tidak bijak. Bukan tiada ilmu. Bukan tidak intelek. Tapi kepandaian nurani yang ditutup. Hati yang ditutup.
.
Ya Allah.. Bantu kami untuk sentiasa menjaga hati kami.. Agar kami setiap masa hanya memandang Mu. Mencari Mu. MenginginkanMu. Bukan kekayaanMu. Syurga adalah side effect kerana mendapat cintaMu
.
Full time beribadah di mekah in shaa Allah menjadikan kita lebih baik dari diri kita yang sebelumnya. Itu bagus. Diteruskan.. Lantas apakah full time beribadah solat, puasa, zikir, baca quran, qiyamullail itu membuatkan kita mampu UPGRADE MERASAI CINTANYA. Kerana ibadat itu adalah alat utk mengenalNya.
.
Bila dah kenal, harus disampaikan. Itu tujuan utama dihidupkan. Apa lagi sebab utk menyampaikan? MasyaAllah surah ini seolah memberitahu satu rahsia besar bagi yang berfikir. Surah Al-Jinn 72:26- 28
.
Dia mengetahui yang ghaib tetapi Dia tidak memperlihatkan kepada sesiapa pun tentang yang ghaib itu.
.
Kecuali kepada Rasul yang diredhaiNya, maka sesungguhnya Dia tempatkan penjaga penjaga (malaikat) di depan dan di belakangnya.
.
Supaya Dia mengetahui, bahawa rasul rasul itu telah menyampaikan risalahNya, sementara (ilmuNya) meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu per satu…
.
Oh Alquran tidak boleh sewenang nya ditafsirkan. Harus berguru. Itu pesan guru.
.
Wallahuaklam. Allah Maha Mengetahui dan Lebih Mengetahui. Allahuakbar!
.
Ya.. Amat diizinkan utk share. Kita sama sama sebarkan cinta Allah.
.
Apa yang anda dapat dari post ini ya?
Telah saya karang versi untuk kita sama sama dapat sesuatu. Pls comment.
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

About HusnaHaron

Leave a Reply