was successfully added to your cart.

PUNCA KENAPA TIADA PERASAAN BILA BACA ALQURAN.. DAN AMAT PERLU DIPERBAIKI.

By October 23, 2018Blog, I - Ilmu, QURAN

PUNCA KENAPA TIADA PERASAAN BILA BACA ALQURAN.. DAN AMAT PERLU DIPERBAIKI.
.
Alquran turunnya ke dalam hati manusia.(al baqarah 2:97). Maka, bila hati itu tidak dipantau kebersihannya, maka ia memberi impak kepada hubungan kita dengan Allah. Pada solat, Alquran dan untuk berbuat baik pada orang. Ia bukan isu guru ajar tak bagus. Tapi hati yang TERTUTUP DENGAN KOTORAN.
.
Post ini ambil masa 6 minit untuk dihabiskan. In shaa Allah bermanfaat.
.
saya ceritakan contoh boleh? Bila diberikan contoh bermaksud saya membuka aib sendiri untuk menyalurkan kefahaman. Anda mahu melabel saya selepas baca, is not my concern. Sekurangnya, alang alang dah terbuat dosa, saya share kan ia agar menjadi kebaikan berterusan… Yg tak elok jangan ikut. Yang elok, silakan ikut…
.
=========
Dari bilik, saya nampak kaabah sungguh sikit orang. Hanya 1/3 dari kebiasaan. Lantas saya bergegas turun untuk lakukan tawaf sunat. Yang special. Tapi bila sampai, ia dibanjiri lautan manusia!
.
Oh aku tertipu!
.
Lihatlah prasangka pertama yang mengotorkan hati. Tertipu itu. Padahal, Allah menjemput untuk masuk ke dalam masjid. Untuk nikmati pelbagai keberkatan berada di masjid.
.
Cepat cepat cuci hati level 1
.
Melihat orang yang terlampau ramai, saya tak mahu tawaf lagi. Lantas, saya mencari tempat utk duduk. Ohh akhirnya jumpa.. Di tepi divider. Lantas, saya keluarkan Alquran, kertas, pen,… Di set kan tempat study. Mulalah membaca Alquran, tadabbur dan melukis.
.
Sedang seronok baca AlQuran.. Ada orang tarik divider untuk masuk menyelit dalam ruang sempit itu. Habis beg dan barang saya jatuh.
.
Saya merenung tajam dengan muka expression marah. Sambil tangan tunjuk ke belakang “tu entrance, kenapa masuk ikut sini??” huh!
.
Orang itu hanya tersenyum sengih tahu dia salah.. Janganlah marah.. Itulah expression muka beliau.
.
Situasi itu sudah pun mengotorkan hati!
.
Immediately pop up suara hati keluar
.
“hey husna! Buat penat je kau baca AlQuran. Akhlak langsung tak tunjukkan akhlak Alquran. Ni bukan masjid kau. Allah juga yang approve orang tu lalu ikut divider. Siapa kau nak marah?? Hati kau kotor sekarang. Cuci! Ingat surah alwaqiah ayat 79
.
” Alquran.. Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.”
.
Pergghhh malu πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ. Bila hati kotor itu sikit saja, suara hati keluar memberitahu. Ayat Alquran akan cepat cepat pelihara kita..
.
Lantas saya cuci hati lagi…level 1.
.
Dan selepas itu berulang pula orang lalu di divider itu 3x. Dan tetap saya masih lagi marah 3x. Istighfar juga 3x. Kali ini.. Saya rasa musykil. Cuci hati aku tadi tak menjadi! Aku masih ulang kesilapan yang sama.
.
Bila mana hati kotor, saya akan stop berurusan dengan sesiapa. Hati yang kotor akan menyebabkan kita mudah keluarkan kata kata yang sakitkan hati orang. Laser. Akulah paling benar. Tak realistik. Maka, semua fb messengers, whatsapp semua saya ignore. Ignore lebih baik dari reply dalam keadaan hati sedang kotor.
.
Lantas, saya stop baca AlQuran. Kalau baca pun, kefahaman merudum kerana hati kotor. Lantas saya lakukan cuci hati level 3. Mohon Allah pandu hati. Sekecil kecil situasi itu pun Dimohon pada Allah. Kerana ia perlu di kawal. Otherwise kotoran itu akan jadi lebih besar. Lebih besarlah kezaliman yang bakal dilakukan.
.
Alhamdulillah selesai cuci hati … Azan dilaungkan. Saya mahu solat, tapi kini tempat saya jadi lebih pendek. Kerana divider bertukar posisi.
.
Namun tiba tiba hamba Allah yang mulia.. Dari Indonesia terus berkata
.
“mbak.. Duduk di tempat saya saja. Kita tukar. Mbak tinggi. Perlukan tempat yg ini. Saya rendah.ruang itu muat untuk saya. Ke sini aja…”
.
Tak sempat saya nak ucapkan terima kasih.. Imam sudah mula solat.. MasyaAllah Allahuakbar.. Tempat solat saya sekarang amat special. Sejadah 2 lapis. Tebal dan lembut. Wangi. Bersih. Space berkadaran dengan tinggi saya.. MasyaAllah! Allahuakbar! Subhanallah!
.
Selesai solat.. Saya ucapkan terima kasih kepada kakak yang offer tempat tadi. Sungguh kagum.. Beliau bersalam dengan saya sambil mencium tangan, senyum yang paling manis dan tulus. dan ucapkan “tak mengapa.. Saya sudah biasa. Mbak lebih perlukan ruang tadi”. Melalui beliau Allah mengajarkan sesuatu. Be humble. Be nice to people Walaupun tak kenal. Akhlak beliau MasyaAllah! Benar benar mempamerkan akhlak Alquran. Tidak seperti aku. Alhamdulillah Allah menghadirkan beliau untuk menegur saya dengan penuh kasih sayang….
.
Melihat tangan beliau yang memegang quran terjemahan hati, saya melompat gembira. Another quran lover! I must ask her..
.
Mbak… Kenapa suka baca AlQuran?
.
Beliau menjawab “wahhh ini nyawaku! Apa apa sahaja yang aku perlukan.. Ada di dalam ini! Allah menjawab segala persoalan ku di dalam nya. Nggak bisa hidup tanpa Alquran! Aku mengajar anak anak ku Alquran. Tapi aku yang diajari Allah”.
.
Alhamdulillah… Jawapan ini sama dengan ebook yang saya tulis. Diberikan percuma ketika ini. Ebook yang bertajuk “Ajari untuk dicintai AlQuran”
.
Setelah saya membaca Alquran agak lama.. Beliau bertanya sesuatu…
.
“mbak.. Maaf ya tanya.. Saya tidak dengar mbak batuk batuk. Malahan amat sihat sekali. Ada apa apa rahsia?”
.
Oh! Itu mudah! Di sini kan panas. Jadi saya banyak minum air. Badan perlukan air untuk sihat. Bila minum air kan, banyak kencing. Itu bagus. Tapi sebab toilet nya jauh.. Saya schedule kan setiap 3 jam pergi ke toilet. Boleh perbaharui wuduk juga.
.
Itulah yang saya lakukan untuk sepanjang haji ini. Memang selesa dan mudah. Tak terkejar kejar.
.
Setelah itu saya mahu lakukan tawaf sunat. Secara science, electromagnetic field di kaabah sangat besar dan kuat. Untuk kita leverage kan. Ia amat mempengaruhi energy field kita. Oh ini side effect kecil sahaja. Kaabah ada banyak keberkatannya. Kita yang perlu explore.
.
Sepanjang bertawaf.. Dalam keadaan hati bersih, kita mudah untuk tenang. Mudah untuk ignore kesibukan luar. Mudah untuk abaikan kerakusan orang lain. Tiba tiba orang belakang tolak saya menyebabkan saya tertolak orang hadapan. Terbeliak orang depan pandang saya sambil mulutnya marah marah dalam bahasa asing. Lantas saya balas..
.
“maaf.. Saya tak sengaja. Orang belakang yang tolak. Kena kat makcik. Maaf ya….”
.
Situasi ini berlaku berkali kali.. Alhamdulillah masih boleh buat dek. Sambil mulut tak berhenti berzikir. Zikir yang mengawal keadaan hati..
.
Akhirnya selesai tawaf.
.
Hati kita ada yang kita sendiri yang kotorkan. Ada juga orang lain yang kotorkan. APA PUN SITUASI, TETAP SAMA KITA PERLU CUCI HATI.. CEPAT CEPAT..
.
Tiba tiba saya mahu kencing. Ops! Sudah lebih 5 jam rupanya. Sedangkan saya schedule kan setiap 3 jam untuk ke toilet.. Mulalah berjalan laju untuk keluar. Berjalan sambil menahan. U know how it feels..orang ramai yang lalu lalang umpama penghalang. Termaki dalam hati. Ada orang cross jalan, saya termarah. Ada orang berjalan slow, saya terlanggar. Ada orang marah lalu laluan yang ditutup..saya marah balik orang tu. Hah! Perangai laser dah keluar!
.
Bila sampai ke toilet.. Ada pula orang pegang lengan saya dengan rakus sambil tangan tunjuk ke lantai yang sedang dibersihkan.
.
Mula lah mulut singa keluar!
.
“can’t u talk nicely! How do I know the cleaning is done here! Why don’t u put any signage here? Don’t simply get angry with people and shouting like hell like that!”
.
Oh man! Senjata laser aku dah keluar! Dah selesai urusan toilet, saya mahu berwuduk.
.
Tersumpah seranah pula..kenapa lah telekung ni labuh sangat! Ahhhh nak bukak stokin lagi! Nak buka handsock lagi! Lecehnya jadi perempuan ni!
.
Ops! Apsal aku laser sangat ni! Hoi husna.. Ko ingat Allah hegeh sangat nak minta ko tutup aurat?? Pasal ko ada tangan ko pakai handsock.. Pasal ko ada kaki ko pakai stokin. Abis kalau tak nak pakai.. Jadi macam nick vugicic. Tiada tangan kaki! Itu pun dia ada manfaat pada jutaan orang! Itu pun nak complain!
.
Astaghfirullahalazim… Penangan perjalanan ke toilet sungguh banyak scene yg menyebabkan hati kotor. Saya belum sempat cuci hati.
.
Lantas saya pulang ke hotel. Dalam keadaan kepenatan. Selesai mandi.. Terus tertidur. Tanpa baca AlQuran. Tanpa cuci hati. Tanpa berdoa.
.
Bila azan subuh berkumandang dari speaker bilik, saya ignore. Azan kedua masih lagi ignore. Suami kejutkan solat subuh.. Masih ignore. Hingga saya solat subuh akhir akhir. Dalam keadaan yg memaksa diri.
.
Astaghfirullahalazim.. Hati kotor. Begitulah lagaknya. Yang wajib sukar dilaksanakan. Apatah lagi yang sunat. SUARA HATI YANG MEMBISIKKAN KEBAIKAN JUGA TERPADAM!
.
Maka, dengan hati kotor ini.. Kita memaksa pegang Alquran itu bagus dan diteruskan. Tapi cuci lah dan auditlah. Kerana apabila cucian itu benar benar bersih ia menukar keadaan kefahaman Alquran. Ia menukar environment.
.
Hati bersih, environment bersih, orang baik baik didatangkan kepada kita.
.
Hati kotor, environment kotor, orang kotor kotor hati didatangkan kepada kita..
.
Baik atau kotor nya orang bukan kerana mereka. Kerana kita sendiri yang menjemput mereka berperangai sedemikian. Hati kotor, orang lain semua salah.. Kerajaan salah, pasangan salah, anak anak salah… Yg lebih teruk, Allah juga kita persalahkan melalui taqdir. Inilah dosa besar melampau!
.
Punca hati tak tenang adalah dosa.
Saya mula mengaudit..
Di manakah mulanya dosa itu berlaku…
.
Oh ketika saya bercerita kepada kakak Indonesia itu. Tentang sihat. Schedulekan toilet.
.
Saya tidak acknowledge Allah.
Saya tidak lafazkan in shaa Allah
Saya tidak explain pasal penyerahan pada Allah.
Saya ter syok sendiri.. Maka saya dilupakan. Maka laluilah terus azab versi dunia. Akhirat tak tahu lah gayanya macam mana.
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Lantas saya lakukan cuci hati booster. Perlu cepat cepat cuci hati. Allah Maha pengampun. ALLAH MAHA CEPAT HITUNGAN HISABNYA..
.
Saya lihat Alquran.. Pembacaan Alquran sudah pun memberitahu sejauh mana hati kita bersih.
.
Alhamdulillah makin mudah faham Alquran. Makin seronok baca AlQuran.. Makin mudah melakukan kebaikan.. Ter amal pula ayat Alquran surah As-Saffat 37:84
.
Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
.
Allahuakbar yang mengizinkan.
.
Segala cuci hati di atas.. Ia melibatkan proses dan skill. Semua orang boleh cuci hati. How effective cucian itu? Boleh dipelajari. Saya kongsikan di dalam seminar audit life Supermommy.
.
Sengaja saya fokuskan kepada Supermommy. Saya tahu, anda sedang tertampar dengan post ini.. Percayalah, tiada wanita yang mahu jadi garang dan suka membebel seperti “singa betina kelaparan yang diusik anak”
.
Tiada wanita yang mahu kelihatan selekeh. Tiada wanita yang mahu membeliakkan mata melihat anak anak terbuat kesilapan. Tiada wanita yang mahu TERBEBEL SUAMI bila anak buat silap. Tiada wanita yang mahu tertidur ketika baring susukan anak. Tiada wanita mahu ada eyebag sebab kepenatan uruskan segalanya.
.
Semua wanita mahukan ketenangan..
Semua wanita mahukan metime.. Semua wanita mahukan khusyuk dalam solat..
.
Ayuh.. It starts dengan cuci hati. Ia melibatkan skills. Jemputlah ke seminar Auditlife Supermommy. Saya mahu bantu lebih ramai lagi wanita. Anda adalah asset ummah. Usaha anda mendidik anak anak MasyaAllah amat diperlukan. Regardless anda bekerja atau suri rumah. Anak anak anda adalah pemimpin islam yang bakal membangkitkan islam jilid 2…
.
It starts with u wahai wanita…
.
‘if you educate a man you educate individual, but if you educate woman you educate a nation’,”
.
Ayuh… Bagaimana mahu setiap masa dalam keadaan hati bersih sekiranya di rumah ada banyak situasi umpama kita dilanggar orang ketika bertawaf? Bagaimana kita mahu setiap masa usahakan bersama Alquran sekiranya setiap masa asyik berperang dengan masa?
.
Ya memang benar, saidina umar yang terkenal dengan garang itu juga sering dimarahi isteri.
Tapi tahukah anda bahawa Alquran MasyaAllah sempurna untuk kita keluar dari masalah itu.. Akan saya dedahkan pelbagai formula dari Alquran untuk wanita ada masa special untuk baca AlQuran. It starts from your house.
.
Cakaplah kat suami..abang tak izinkan tak pe. Tapi standby lah saya setiap masa jadi harimau nak makan orang. Mungkin itu nyanyian nyaring yang abang gemari berbanding nyanyian Alquran.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Guarantee saya adalah kosong..
Kerana ia bergantung 100% kepada anda dan hubungan anda dengan Allah.
.
Sebelum hadir seminar, ada online questionnaire yang perlu diisi. Untuk saya customize kandungan. Lain tempat, lain skills saya kongsikan. Lain formula. Ada 6236 ayat Alquran. Saya pilih.
.
Heheh beza ya kalau hantar orang lain datang. Buanglah ego. Tak menjadikan saya guru pun kalau anda hadir. Anda tetap lebih hebat dari saya. Tak cukup hanya copy paste post saya. Jomlah kita berjumpa direct. Of course berbeza kandungan seminar vs Facebook post..
.
So apa yang anda dapat dari post ini? Apakah that 1% that will change your life? And your connection with Allah?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri
.
Tarikh dan tempat seminar akan di announce esok ok. Set see first Facebook HusnaHaron ya

About HusnaHaron

Leave a Reply