was successfully added to your cart.

PRASANGKA ITU KOTORKAN HATI DAN MEMPENGARUHI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

PRASANGKA ITU KOTORKAN HATI DAN MEMPENGARUHI HUBUNGAN DENGAN ALLAH
.
What people think, pergi haji orang setiap masa duduk kat masjid dan bertawaf. Benar pada certain population. Yg ada target je yg akan fokus kepada ibadat. Alhamdulillah, ketika kursus haji, ustaz ada mention perkara ni.
.
Kata ustaz….
.
Pergi haji ni, orang yg ada target je akan sentiasa nampak penuh masanya. Khatam quran, solat sunat, tawaf sunat. For me? Saya target khatam tadabbur dan tetap maintain my lifestyle: sedekah, eatclean and workout.
.
Kata ustaz lagi…
.
Yang tiada target…
jalan ke masjid, solat, makan, sembang, menguap, tidur, tanya “nak buat apa lagi ni?”… Repeat 5x sehari.
.
Tapi saya amat percaya, yang tidak meletakkan target ni Allah berikan kepada mereka kesihatan yang luar biasa yang buatkan mereka lalui fikiran kosong. Kosong itu adalah access kepada sesuatu yang luar biasa. Yang tidak dapat diakses bila fikiran melompat lompat dan banyak fikir. Yang buatkan people hunger to have this moment more and more. Solatnya in shaa Allah lebih khusyuk. Sekiranya population ini benar benar mencari Allah.
.
Maka, jangan prasangka kepada sesiapa. Allah Maha Adil kepada semua orang..
.
Prasangka membuatkan kita tercalit dosa. Dosa itu literally mengotorkan hati. Punca hati tak tenang adalah dosa
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Dalam surah Nuh, sangat banyak seruan tentang memohon keampunan Allah. Utk elak kesesatan hidup di dunia dan azab di akhirat.
.
Dengan memohon keampunan juga, ia adalah proses cuci hati. Side effect nya adalah menjemput pelbagai nikmat rezeki. Cuci hati kerana mahukan Allah berbeza impak dengan cuci hati kerana mahukan nikmat. Lihat tujuan utama dan side effects nya ya. Kita sama sama lah amalkan surah Nuh 71:10
.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun”
.
Saya check dosa apakah yang saya lakukan hari ini..
.
Rupanya belum menjaga nikmat fizikal melalui exercise. Belum workout. Lantas terus pergi gym.
.
Only now i realise my heart rate monitor (jam) tak betul reporting nya. Jam ni demam kah 😂. The Threadmill showed 5km briskwalk. But the watch showed 2516 steps only. 1 step is 2 metres? I am not a giant 😂. Huh.. I exceeded my daily 10,000 steps goal for today. Shall stop now..
.
By the way… Dapat sesuatu dari post ni? Apa dia?

About HusnaHaron

Leave a Reply