was successfully added to your cart.

DOSA MU BEGITU BESAR UNTUK DIMAAFKAN?

By October 23, 2018Blog, I - Ilmu, QURAN, Quranic Hajj

DOSA MU BEGITU BESAR UNTUK DIMAAFKAN?
.
Lama saya merenung. Begitu ramai yg berebut untuk cium hajarulaswad. Untuk menghapuskan dosa. Untuk ikuti sunnah. Untuk synchronise, kesucian diri dengan kesucian kaabah. Itu yang orang ramai fahami.
.
Namun, untuk ke sana, gayanya seperti berperang. Yang kuat dan gagah mampu melawan orang, dipermudahkan untuk ke sana.
.
Setelah berjaya cium, muka bangga. Aku berjaya!
.
Melihat orang berebut.. Saya berfikir fikir.. Perlukah saya untuk turut serta…sedangkan dalam surah Al-Hujurat 49:10 Allah berfirman tentang
.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
.
Lantas saya ulang ulang surah Ash-shams 91:8
.
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –
.
Surah ini banyak meminta kita untuk fikirkan baik buruk sesuatu ilham.
.
– Mencium hajarulaswad adalah sunat.
– Menjaga hubungan sesama islam adalah wajib.
– Menghormati orang tua, wajib.
– Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan wajib.
– memukul, menolak, orang?menyakitkan orang?
.
Ya.. Dulu ketika belum kenal Alquran.. Saya pernah berebut untuk mencium hajarulaswad. Dalam 3 umrah yg berbeza. Pengalaman yg berbeza.
.
Proses yg dilalui dengan solat hajat.. Pergantungan dengan Allah.. Amat dipermudahkan tanpa tolak menolak..
.
Manakala proses yang dilalui dengan determination yang tinggi, struggle lah untuk berhimpit. Ditolak. Ditarik. Dimaki. Dipukul.
.
Apakah begitu complicated Allah ini?
Apakah begitu zalim Allah?
Apakah begitu ganas islam?
Apakah harus menyakiti dan menyakitkan?
.
Sedangkan memohon kemaafan Allah tidak memerlukan benda untuk disandarkan. Tanpa perlukan wang. Tanpa perlukan kudrat. Ia adalah aktiviti di dalam hati.
.
Sucikan diri dengan istighfar, solat, solat taubat nasuha, zikir, asmaulhusna, sedekah, buat baik..
.
Dan Allah itu Maha Pengampun.
Allah itu Maha Memaafkan
Allah itu Maha Menghitung
Dan hitungan Allah Maha Cepat.
.
Lantas saya memilih untuk lakukan terapi istighfar. Kerana Alquran cukup meyakinkan tentang kemaafan Allah. Effortless life with Alquran. Struggling life without Alquran.
.
Tak salah nak mencium hajarulaswad. Malahan ia adalah sunat. Namun, strategy nya adalah melalui pilihan proses yang diminta daripada Allah terlebih dahulu. Tanpa menyakiti orang lain…
.
Lihatlah apakah yang saya sedang emphasise kan di sini..
.
Walaupun sudah bermohon, apakah ready utk hadapi risiko yang diatas. Afterall, di sebalik apa jua struggle, PASTI ADA LESSONS LEARNED yang Allah mahu didik kita. Di dalam himpitan pelbagai itu, pasti ada nikmat lain yang Allah berikan. Mungkin melalui proses berhimpit itu, dilalui pula proses upgrade yakin yang diimpikan. Subhanallah!
.
Dalam post ini. Fokus saya adalah “ADA PELBAGAI CARA UNTUK SUCIKAN HATI dan kembali pada Allah. Sebelum kita mati.” bukan hanya mencium hajarulaswad. Kerana selepas itu, tetap kita perlu cuci hati atas apa jua kesilapan, keburukan, keingkaran yg kita lakukan …
.
Aal-e-Imran 3:89

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
.
Dan kemaafan Allah itu tidak mengira tempat. Di mana mana sahaja. Tiada ruang, jarak dan masa apabila kita mahukan Allah.
.
MasyaAllah betapa agungnya kasih sayang Allah…
Sungguh Allah Maha Adil.
.
Inilah yang saya fahami tentang tadabbur. Ia mengubah cara kita bertindak. Mengubah pendirian kita. Mengubah cara kita melihat apa yang menjadi normal dan picisan kepada orang lain. Kerana Allah Pencipta kau dan aku. ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KITA PERLUKAN. IA ADALAH UNIK. MENGIKUT QADA DAN QADAR KITA.
.
Keputusan itu pula tetap menghormati keputusan orang lain.
.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

About HusnaHaron

Leave a Reply